Sunday, October 26, 2014

Keterbatasan.....

Assalamualaikum.... Sejak berpindah kerja tempat baru segala kemudahan untuk bersosial memang sangat2 terbatas..... Tak pe... Aku pun tak kisah sgt.. kisah sikit3 jer... hehhe. yelah blogging tu personal aku... mana boleh aku nak guna kemudahan syarikat utk personal aku. Jadi..... aku kenalah cari alternatif sendiri. Broadband aku dah lama aku terminate sejak ada My Iman. Sejak tu memang aku dah tak pernah layan pun laptop aku tu sampai en. Suami tegur. 'loptop awak tu nak wat ape? Tersadai jer mcm tu x layan dia pun' 'rosaaakkk...' perlahan jer aku jwp sambil garu kepala tak gatal. ' kenapa tak repair???' 'errr...errrr... Lom ade mase...' 'ermmm.... Alasan lain?' Adeh!! Yelah.. Yelah... Aku yang salah. Tak tau na jaga harta benda. Semuanyamain longgok & biarkan... Dah kena tegur tau pulak nak sentap... Huhuhu. Nak tak mgu depan kena hantar gak kat ex opismate... Repair free.. Heheh. Jadinya disebabkan keterbatasan gejet aku yang tak berapa nk canggih ni... Tiadalah n3 bergambar hingga aku dapat penganti... Huh ade ker...

Tuesday, October 21, 2014

SADO - apa tu???

Assalamualaikum.

Terasa beno umur ni dah makin meningkat. Macam2 bahasa yang budak2 sekarang guna & aku langsung tak tau apa maknanya. Kesian2.....

Baru2 ni ada seorg kawan asyik sebut abg sado... abg sado... Aku pulak berkerut2 dahi memikirkan ape benda yang kawan aku tu cakap. Siasat punya siasat rupa2nya 'sado' singkat dari perkataan - besar(sa) + bodoh (do) = sado. Perkataan ni hanya sesuai untuk lelaki yang mempunyai badan yg tough sahaja. Isk3 macam2 dah budak sekarang ni.

Oh! Malaysiaku.... Betapa anak bangsaku yang semakin merosakkan bahasa. Makin terfikir2 kesian anak2ku kelak. Ntah bahasa bagaimana lagi yg akan tercipta mengiringi tumbesaran mereka....

Tuesday, October 14, 2014

#IKIM PILIHAN UTAMA SAYA


Assalamualaikum....

Sejak beberapa tahun lalu aku dah menukar siaran radio kereta kepada IKIM. Sebelum ni pun selalu gak dgr channel tu. Tapi on off. kekdg dgr kekdg tak. Tak tau ntah kenapa IKIM rase begitu dekat dihati. Bila tukar channel lain rase lain macam je.

Segmen2 kat IKIM pun lebih kepada mengisian rohani. Segmen yang paling aku suka ibrah, ilmu & pendidikan, islam agamaku, usrati & usrah nurani. Tu rantaian segmen setiap isnin hingga jumaat. bermula jam 5.15 ptg.

Ada satu lagi segmen islam itu indah. yg tu pun aku suka sebab ada ustaz pahrol. tapi malangye jarang sgt dapat dengar.

Jom sama2 tukar channel radio kepada IKIM. Moga bermanfaat utk semua.

#promofree
#mohondapatsahamakhiratjer
#perjuangandirikejalanmujahadah


 

Thursday, October 9, 2014

UBAN - USIA YANG MAKIN MENINGKAT

Assalamualaikum....

Terperasan sejak akhir2 ni banyak betul uban tumbuh kat kepala aku. Sampaikan En. Suami pun dah tegur....  huhuhu. jawapan mudah aku
              " nak wat cmne... bini abg ni dah semakin tua... abg tu jer yg tak tua2"
En. Suami pun gelak lah suka.... hehehe. Serius en. suami dah berumur 41 thn tapi belum sekali pun jumpa uban kat kepala dia. Abang aku yg sebaya dgn en. suami pun dah byk ubannye.

Kekadang selalu terfikir uban makin banyak, umur makin meningkat selama lebih 30 thn aku hidup ni dah berapa banyak amalan yg aku buat? Diterimakah amal kebaikan aku tu? Memenuhi syaratkah solat 5 waktuku? Cukup baik kah aku dgn ibubapa & mentuaku? Macam2 bendalah yang bermain dalam kotak fikiran aku ni.

Selalu juga aku berharap agar Allah panjangkan umurku sekurang2nya sehingga anak2ku dewasa & boleh mencorak kehidupan & mengikut syariat. Selalu juga aku kesayuan bila mengenangkan 'my iman'. Permata hati yang Allah hadiahkan saat aku benar2 merindukan tangisan anak kecil dalam rumahku...

Sahabat sekelian, andai jasad ini sudah tiada lagi dimuka bumi ini kirimkanlah Al fatihah utkku......


Wednesday, June 25, 2014

Tukar Kerja Lagi....

Assalamualaikum.....

Sebenarnya nak up citer ni mase sebelum masuk kerja baru haritu. Tapi ada macam2 hal lah pulak tu yang tak sempat nak up citer.

Aku resign tmpt kerja lama bukan sebab tak best. Giler tak best? Waktu kerja flexible. Kerja tak banyak. boleh 'tonton' bila2 suka. Sabtu tak kerja. Lagi? macam2lah. Cuma yang tak best gaji sikit... huhu. Betul walau gaji banyak mana pun kalau tak beringat tetap tak cukup juga. Tapi sejak ada ahli keluarga baru.... kena lah fikirkan keselesaan mereka juga.

Alhamdulillah... sebaik jer aku habis berpantang selang beberapa hari aku pegi interview. Dan diterima pada hari yang sama. Notis 2 minggu kat tempat kerja lama. Isnin aritu aku kerjalah tempat baru. Setakat ni kerja ok2 jer la... ye lah org baru... sok lusa belum tahu.... InshaAllah semuanya berjalan lancar.

Thursday, June 19, 2014

Siti Nur Wafiyyah Husna

Assalamualaikum .....

Haritu belum cerita lagi siapa nama puteriku itu.... Namanya adalah Siti Nur Wafiyyah Husna.
Maksud nama Wafiyyah Husna tu  yg menepati janji & baik.

Ramai juga yang tanya kenapa namanya panjang sangat? Heehehe.... kenapa ye? Jawapan mudah.... susah nk dapat woo ntah bila boleh dapat lagi. Ummi & ayahnya usia dah lanjut. hehe... ok x jawapan tu?

Nama panggilannya tak ada yg khusus pun... boleh jer nak panggil yg berkaitan dengan namanya.
aku panggil Husna... Mak aku pulak panggil una una una (style upin ipin). Mr Hubby aku panggil anak dagha ayah... hehe.. abg longnya panggil adik una.



Gambar ni di ambil masa usia Husna 2 bulan. Dah makin besar anak ummi... smg anak yg solehah ye sayang....



Tuesday, June 17, 2014

Bday my iman yg ke 3

Assalamualaikum....

Sekejap je masa berlalu. My Iman dah nak masuk 3 tahun. Selama hampir 3 tahun ni, Imanlah yang menjadi penyeri dalam rumahtangga kami. Anugerah yang tak ternilai. Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan permata ini walau bukan dari keturunan kami.

Sungguh kami ikhlas menjaga dan merawatnya. Memberikan didikan yang sewajarnya. Mengajar & menegur mana yang tersilap. (marah & rotan kalau tak dengar cakap tu wajib... huhu) Bukan bertujuan utk menyakitinya tapi utk memberi pengajaran padanya.

My Iman seorang yang cepat belajar sesuatu. Kadang2 hanya dengan melihat dia mampu untuk meniru @ mengulang perbuatan seseorang. Jadi perlu diingatkan jangan tunjuk perbuatan yang negatif pada Iman!!

Semenjak kehadiran Husna, Iman mungkin terasa kasih sayang kami tergugat sedikit. Tapi sejujurnya, kasih sayang kami tak pernah berkurang pun malah bertambah lagi.

Ulangtahun Iman yg bakal tiba nanti aku bercadang nak buat kek khas utk iman. Tapi, waktu tu aku baru bertukar kerja. Takut faktor kesibukan, keletihan & macam2 lagi aku batalkan hasrat tu. Jadi, kita order jer kek utk Iman yer... hehe

cari kat google


Kek kat atas tu contoh jer sbb mmg order rainbow kek. Kek sebenar belum ade lagi. Minggu depan kalau ada masa aku upload gmbr kek tu ye!




Bujang dah anak ummi....

orang baru..

Assalamualaikum....

Lamanya dah tak update blog nih.... Sibuk melayan org baru lah katakan... hehehe.

11/4/2014  Setelah sekian lama menanti maka lahirlah puteriku yg pertama.





Sepatutnya aku bersalin cara pembedahan pada 8/4/2014 sebab kedudukan bayi songsang. Procedure pembedahan dibuat pada 7/4/14. Pagi yg sepatutnya aku dibedah tu doktor scan balik & kedudukan bayi dah tak songsang & boleh bersalin secara normal. Caranya doktor akan beri ubat untuk mempercepat pembukaan pintu rahim.

Sakinya ya ampun!!! Rase nak karate jer doktor tu... Selepas 2 hari pintu rahim cuma buka 2 cm jer & baby pun jadi kurang aktif. Bila masuk air baby tu aktif ler kalau tak dia tidur jer.... Doktor risau, aku & hubby lagi lah risau. Tambah mak & family aku yg lain pun ikut risau.

Jadi... Doktor amik keputusan nak operate aku ari jumaat tu. Mase tu mmg tawakkal jer... Takut??? toksah citer. Sepanjang proses utk operation mmg tak henti berzikir jer. Akhirnya jam 12.40 PM.... Alhamdulillah... lahirlah 'dak tantik' 'anak dagha' ummi nih... :)

Tuesday, February 25, 2014

nasi lemak oh nasi lemak..

cari kat tok google

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak membebel pasal nasi lemak. Bukan nak membandingkan dengan nasi lemak yang mak aku buat sbb takkan bleh lawan. Tapi wahai peniaga2 nasi lemak... janganlah hanya memikirkan soal keuntungan semata2. Berniaga biarlah ikhlas. Baru rezeki yang kita dapat tu berkat. 

Biarpun tak semua peniaga nasi lemak macam tu, tapi yang sesetengah tulah yang selalu aku terkena. Serik?? Tak jugak... cuma serik nak pergi gerai yang sama ler...

Kalau terasa masak tu tak sedap carilah ilmu supaya masakan tu jadi sedap. Pembeli pun berpuas hati. Dan tak mustahil org akan datang lagi utk membeli. Ini harga nak mahal produk tak semenggah buat org marah. Agak2 lain kali org nak datang lagi tak?? 

Sekian bebelan utk hari ini!!

Monday, February 24, 2014

umrah


Assalamualaikum...

Semalam (Ahad 23/2/2014) mak, adik2, adik ipar & wak pol (abg mak) pergi menunaikan ibadah umrah.
Ikut perancangan awal tahun ni sepatutnya aku yang pergi dengan mak tapi disebabkan aku mengandung & pihak arab saudi menetapkan wajib adanya mahram aku tak dapat pegi.... belum sampai masa aku agaknya.. (redha) jadi mak pergilah dengan adik2.

Semalam adalah hari yang ditunggu2... mak dah pernah menunaikan ibadah haji pada tahun 1991. Selepas tu mak mmg berniat utk menunaikan haji sekali lagi tapi malangnya permohonan mak tidak diluluskan. Pada 2012 mak mendaftar dengan agensi CS Travel utk menunaikan haji tapi permohonan mak ditolak. Masa tu kononnya nak pegi dengan kak ngah & suaminya. Mak mmg kecewa sangat masa tu... 

Tahun lepas, aku menawarkan diri utk pergi bersama2 mak. Tapi tak kesampaian pulak. Jadi mak ajak adik (mak su) pergi tapi masalah utk mendapatkan mahram pula. At last, mak ajak cik naem dan suaminya. mase tu wak pol tiada dalam perancangan. Bila wak pol dapat tahu mak nak menunaikan umrah, dia pun dah kelam kabut nak pergi juga. Secara automatik adik pun dapatlah pergi juga... 

Semoga Ibadah mak dgn yang lain diberkati dan dipermudahkan oleh Allah....

Semasa sesi perpisahan tu gugurlah airmata kami. En. suami pun x boleh menahan sebak kala mak memeluknya. My Iman pulak menangis menjerit2 ketika melepaskan mereka pergi. En. suami terus mencempung iman takut dia berlari mendapatkan mbahnya. Sehingga dalam kereta Iman masih nangis lagi tanpa mahu dipujuk... akhirnya Iman diam juga bila ayahnya berhenti ditepi jalan utk melihat kapal terbang.

6/3/14 nanti mak dan yang lain akan balik ke Malaysia. Semoga mereka semua selamat di perjalanan... Amin...
alamak mak pejam mata lak
lom sedia lagi ler...
iman pun nak g umrah gak...
saaaaaayang.. mak..
adik aka mak su, mak, cik jal, wak pol, mummy aka cik naem..
peaceee...
iman da start wat muka sedih..

SINAR HARIAN : Terkejut lihat bayi dihurung semut

Terkejut lihat bayi dihurung semut

Assalamualaikum....

Buka jer berita sinar harian on9 harini dah nampak berita nih.... Rasa sangat sedih dan kecewa dgn sikap sesetengah rakyat Malaysia ni. Kat mana diorg letakkan tahap kewarasan diorang ni aku pun tak tau!! Tahap emosi aku mmg tinggi melangit bila baca berita2 mcm nih....

Berita lanjut sila baca kat SINI .

Dekat opis aku ni ada seekor anjing. Setiap kali org lalu, tak kira lah pejalan kaki atau berkenderaan dia akan mengejar & menggonggong. Anjing tu bukan nak mengigit atau minta makanan tapi, dia nak minta simpati pada yg lalu lalang utk mencari anaknya yg diambil org. Itu cerita yg diberitahu oleh mamat cina yg kerja kat bawah opis aku. Aku tanya mana dia tau? kata dia lagi, anjing tu mmg da lama berkeliaran kat kawasan situ sebelum dia beranak lagi. Dia yang selalu bagi makanan kat anjing tu. Anjing tu ok2 jer sebelum ni. Tak kisah pun dengan org yang lalu lalang. Tapi sejak dia beranak & anak dia diambil org dia jadi mcmtu.

Korang nmpk tak?? sedangkan seekor anjing yang tak punya akal pun begitu sayangkan anaknya, apa yang sepatutnya seorg manusia yang Allah kurniakan akal fikiran yang sempurna lakukan??

Ada ramai lagi pasangan yg berkahwin kat dunia ni susah nak dapat zuriat. Ini yang dapat zuriat boleh senang2 jer campak anak kat tong sampah. Memang diorg ni tak pernah fikir apa perasaan anak tu bila dia dewasa & tau kat mana diorg dijumpai... menyedihkan bukan??


Monday, February 17, 2014

bubur


Assalamualaikum...

Sejak aku mula mengandung aku mmg suka sangat dengan masakan dulu2. Masakan nostalgia gitu. Yang bagusnya aku nak masak sendiri. Tak de lah nak menyusahkan org nak memasaknye. Kecuali pecal & bihun goreng bokde birah. Masa awal mengandung tu mak aku dah buatkan sambal pecal... Tersangatlah nikmatnye bila dapat makan. Pasal bihun tu mmg dah tak boleh buat apelah sebab tukang masaknye dah meninggal. Harap2 anak aku tak 'ngences' hehehe....

Selain tu aku ade gak buat lepat pisang, bingka roti, tumpi & lempeng cicah sambal tumis. Mase tu mood nak berpesbuk & memblog tak de... so... tak de lah snap gambar.... hehehe...

Baru2 ni aku buat bubur pulak. Tak tau ler ntah kenapa tetiba suka sangat dengan makanan manis2 nih. Minta dijauhkan dari penyakit yang manis tu yer..

Bubur merah ni bubur yang sangat nostalgia... berbelas tahun rasanya dah aku tak makan bubur nih. Igtkan nak suruh mak buatkan..... tapi mengenangkan mak yg keletihan selepas kenduri haritu, aku ambil resepi & buat sendiri jer... Org mengidam bukan nak makan banyak pun.... dapat sesudu pun dah cukup puas dah... Buat lebih bagilah kat jiran2 & kawan2 En. suami yg rajin bertandang ke rumah...



bubur merah
bubur pisang + candel
Bubur pisang + candel ni pun kes teringin jugak. Susah betul nak cari pisang nipah yg masak tua bukan masak peram. Jadi bila jumpa je aku tak bertangguh lagi... Alhamdulillah... syukur atas rezeki yg Allah beri...

Sekian...

Friday, February 14, 2014

selesai sudah kenduri 'tingkepan' , cukur rambut, aqiqah & doa selamat....



Assalamualaikum.....

Alhamdulillah..... Pada 8/2/13 selesai sudah kenduri ' tingkepan, aqiqah, cukur rambut & doa selamat kat rumah mak di kampung (Bt. Pht, Johor).

Aku sekeluarga bergerak pulang selepas Isyak utk memudahkan urusan perjalanan. Bila yang lebih utama didahulukan dah tak de apa yang perlu dirisaukan lagi.

Sampai di rumah mak lebih kurang jam 12.00 mlm. Kat rumah mak dah meriah bila kami sampai. Bukan senang kami nak berkumpul 7 beradik ni kalau tak de kenduri macam ni. Sedangkan waktu hari raya pun payah sangat nak berkumpul bersama. Tiba2 teringat kat arwah along.... andainya along masih ada pasti suasana lebih meriah lagi. (sebak)

My Iman pun teruja sangat berjumpa dgn sepupu2nya. Senyum mak pun meleret jer... Malam tu memang meriah sungguh ler rumah mak. Bila dah berkumpul beramai2 tu biasalah, sambil membuat kerja sambil bersembang. anak2 sibuk bermain walaupun malam dah semakin lewat.

Keesokkan paginya, selepas sarapan mak dah membahagi2 tugas pada semua. Seawal Jam 8.30 pagi, jiran2 dah sampai utk merewang. My iman pagi2 memang dah bangun pantang aku bergerak sedikit. Kononnya nak ikut ayah & mbahnya ke pasar tapi dia terasa berat hati takut tak dapat bermain dengan sepupu2nya. Bukan main seronok lagi dia. Ummi & ayah dia dah tak layan lagi dah.

Jam 2.30 petang, kumpulan yaasin wanita sampai & majlis bacaan yaasin & berzanji dimulakan. Semasa bacaan berzanji berlangsung aku sedang diurut manja2 oleh Cik Ti. Sebagai adat 'Tingkepan' (bahasa jawa). Urutan ini sekadarnya saje utk mengesan kedudukan bayi. Selalunya adat ini dilakukan utk wanita yang mengandungkan anak sulong sahaja. Juadah sempena tingkepan ini mak aku sediakan rojak tingkep namenye. rojak tu terdiri dari buah 7 warna. (lupa nak snap gambar) rasenya sedap. Cara buatnye?? errr... aku tak tau... belum menuntut ilmu lagi.

Sebaik bacaan berzanji selesai, upacara mencukur rambut sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pun bermula. Cukur rambut ni utk Muhammad Aqif Sharifuddin (anak adik lelaki aku) & Zahra Nurmarliana (anak adik perempuan aku). Majlis diakhiri dengan bacaa doa selamat.

Majlis utk kumpulan yaasin lelaki berlangsung pada waktu malam selepas Maghrib. Kumpulan2 yaasin ni terdiri dari penduduk kampung  jer.... tak de kumpulan khusus pun. Sesiapa yang berkesempatan boleh jer datang. Kenduri ni juga bersempena kesyukuran mak & adik2 aku yg bakal menunaikan ibadah umrah pada 23/2/14 nanti.

Alhamdulillah.... lebih kurang jam 11.00 mlm majlis selesai & tetamu beransur pulang....

Sekian...


kurma kambing aqiqah
kumpulan yaasin wanita (waktu siang)
org kuat (tukang masak)
'berkat' buah tangan utk tetamu bawa pulang
org kuat bhg dalam rumah
 sebahagian kuih muih & sup ayam kampung
bahan utk memasak

Thursday, February 6, 2014

Zoo Negara


Assalamualaikum....

Cuti CNY yang lepas kami tak balik kampung pun. Seminggu sebelum CNY dah balik kampung En Suami kat Sungai Petani. Kampung aku pulak akan balik seminggu selepas CNY. Mak aku berhajat nak buat kenduri doa selamat (org jawa kate tingkepan) buat kenduri aqiqah utk anak adik2 aku sekali.

Jadi utk memenuhi, kelapangan masa cuti en. suami pun ajak le ke Zoo Negara bawa My Iman berjalan.... tgk2 haiwan.

Sangatlah xcitednya My Iman. Dia langsung tak mengeluh atau merengek kepenatan. Ummi iman pulak yg keletihan. Nasib baik ayah iman tu cergas orgnya.. Jadi, setiap pelusuk zoo negara dia bawak iman menjelajah...



Gambar2 ni antara yg sempat my en. suami snap. Lepas puas berjalan2 tibalah masa utk kami pulang. Sebaik kami masuk kereta, tak sampai 5 minit kami tak dengar pun suara Iman bertanya itu dan ini seperti kebiasaannya. Rupa2nya dia dah terjelepok kat seat belakang. mungkin terlalu letih.

En. suami bercadang nak bawa iman mandi manda kat kemensah. Yelah dah terlanjur sampai kat zoo negara, boleh singgah ziarah kawan2 lama kat Rimba Jinbara sambil2 tu boleh la iman mandi manda. Tapi malangnya My Iman dah terlalu keletihan. Sampaikan bila ditanya nak mandi sungai ke tak dia hanya mampu menggeleng kepalanya sedikit saja... Letih sangat2 dah. Apa pun kami rasa puas hati & gembira bila dapat gembirakan hati anak.

Sekian..

11 tahun telah berlalu....

Assalamualikum....

31/01/2003 aku selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati.
31/01/2014 genap 11 tahun usia perkahwinanku.

Sepanjang 11 tahun pelbagai kisah suka, duka, pahit, manis, masam, kelat, payau yang kami tempuhi. Alhamdulillah..... Kami lulus ujian kehidupan selama 11 tahun ini walaupun tidak cemerlang....

InshaAllah kami akan berusaha utk lebih cemerlang hari ini dan seterusnya.

Doakan kami ye.... mekasih...


Sekian..

Monday, January 27, 2014

melayan si bujang kecil..



Assalamualaikum....

Dah agak lama gak aku tak mengekek..... smlm pagi si bujang kecilku celik mata jer tanya.. 'ummi... ade kek tak mi?' alahai anakku pagi2 subuh ni mane lah ummi nak cari kek nakkk?

Nasib baik bahan semua ade... jadi boleh ler buat kek yg simple2 utk si bujang kecil tu.

Kek butter kosong ler yg jadi... malas lak nak bubuh benda lain... Alhamdulillah..jadi jer pun... sebelum kek masak kejap2 my Iman tanya

                                          'mi kek mana mi?'
                                          'sekejap sayang kek tak masak lagi'
                                          'apa ummi cakap sekejap2?'

Erkkk terkedu sebentar aku. Selalunya aku akan tegur dia 'tak mo cakap kejap2. bila ummi suruh buat kena terus buat'. Itu situasi bila aku ajak dia mandi atau buat apa saja dia akan kata sekejap. kali ni dia tegur aku pulak. adoiii... terkono den... betul2 sel2 otaknya telah berhubung... huhu.

kek utk iman...
Bila kek dah masak beria2 dia makan  tapi makan 3 potong kecil jer pun... 'perut iman da penuh. tadi makan roti canai' Hahaha.... sebenarnye makan lempeng bukan roti canai. ummi yg troll kata tu roti canai... katanya lagi dia tak nak makan semua nak simpan utk ayah.... yelah org ade ayah... ummi ni ayah dah tak de... hukhukhuk...

Sekian...

Thursday, January 23, 2014

bihun goreng ooo bihun goreng...

menggoogle lagi....

Assalamualaikum.....

Tekak org mengandung ni kekdg lain macam. Sama gak mcm aku.... Banyak bende yg aku teringin nak makan. Tapi nak yg aku masak sendiri. Nasib baik ler yang aku nak makan tu x de ler susah no nk membuatnye....

Tapi kali ni aku teringin sgt nak makan bihun goreng yang arwah bokde (makcik dlm bahase jawa) aku masak. Mana nak cari derr... orgnya dah meninggal. Rasa bihun tu sedap sgt... Bihun tu bukan ade letak perencah apa2 pun cuma bihun semata2. Sayur pun tak de. 

Aku dapat makan bihun tu dari sekolah rendah sampai tingkatan 3 jer. Sbb tingkatan 4 aku dah masuk asrama. Kalu dapat 2 bungkus pun aku bleh habis. Bihun yang org lain buat bukan tak sedap... tapi aku nak rase yang bokde tu buat gak... dah pujuk dah tekak ni jgn mintak yg bukan2. tapi hati & fikiran yg degil.... huhuhu... kesian3...

sekian...



Wednesday, January 22, 2014

Terima Kasih Faez Zainal...

Assalamualaikum.....

Baru buka blog & tengok dkt bloglist ada update dari seorg blogger utk follower ke 20 & 40.... Hehehe tak sangka pulak aku ler follower yang ke 20 tu....

Terima kasih Faez Zainal.... buatkan n3 khas. Sangat terharu kerana dihargai.

Insha Allah akan selalu singgah blog kamu... pada kawan2 yang lain jom kita sama2 meriahkan blog kawan kita ni @ http://faezzainal93.blogspot.com/ .

Semoga ukhwah ini terus berpanjangan...

Sekian...

Tuesday, January 21, 2014

mak...



Assalamualaikum....

Baru lepas call mak tanya keadaan kesihatan mak. Mak kata mak lemah2 badan. Bukan ada buat kerja apa pun. Cuma pegi kedai order barang ukt kenduri jer nanti. Bila balik badan jadi lemah2 lagi.

Sejak akhir2 ni mak selalu sakit2. Semalam adik aku dtg rumah dia tanya aku, perasan tak kalau mak dok sorang2 mak suka menghitung jari jemarinya. aku mane lah nak perasan sebab aku mmg jarang2 balik. kata adik aku bila ditanya dengan mak kenapa hitung jari mak kata dia menghitung hari... kalau dapat mati kat
mekah kan seronok.

Aku yang dengar dari adik aku pun dah sentap apatah lagi adik aku yg dengar dari mulut mak sendiri. Mati tu pasti. tak siapa pun dalam dunia ni mampu menidakkan akan adanya kematian. Aku juga pasti akan mati suatu hari nanti. Tapi YA ALLAH... kami masih memerlukan mak utk mendampingi kami. masih mahu bergantung harap. masih memerlukan nasihat & kata2 semangat dari mak. Kami masih mahu mengembirakan & menyenangkan hati mak. masih mahu melunaskan impian2 mak yang masih belum tercapai....

YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH USIA HJH MARIAM BINTI HAJI BASORI. KAU KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUKNYA. KAU PELIHARALAH KESEJAHTERAAN HIDUPNYA.... AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.....

Monday, January 20, 2014

Cuci baju baby diminggu ke 27

ihsan tok google lagi

Assalamualaikum.....

Minggu ni dah masuk minggu yang ke 27. aku dah mula mencuci baju-baju baby bekas my iman dulu. basuh sikit2. Baju baru belum beli lagi. Masih awal lagi kan.... tak berniat pun nak beli banyak2 yang bekas iman dulu pun masih elok2 lagi. Walaupun kebanyakannya dah bagi kat jiran, masih ade lagi gak yang aku simpan. 

Disebabkan mase iman dulu mmg tak bersedia langsung, kali ni aku nak mempersiapkan sebaik mungkin. Yelah iman dulu lahir awal sebulan dari jangkaan. Sebab tu langsung tak de persediaan. Nasib baik jugak klinik ade bagi susu & lampin pakai buang. Malam tu jugak En. Hubby & adik2 aku gi beli semua keperluan... sampaikan tak sempat cuci pun... terus guna jer.

Semoga my baby sihat & segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.... amin...

Sekian.

drama Balqis karya Erma Fatimah

foto ehsan tok google

Assalamualaikum......

Dah lama giler tak layan drama kat TV3. mlm td tertengok drama Balqis hasil karya Pengarah Erma Fatimah. Serius sedih citer tu. May be tu citer lama kot. aku jer yg tak tengok.

Aku memang suka giler kalau tgk Nabila Huda yg berlakon. menjadi saje lakonan dia. Puteri Balqis tu pun pandai sgt berlakon. kecik tapi berbakat besar. aku rase dia lebih hebat dari Mia Sara.

dah nak citer tu jer... Sekian..

Friday, January 10, 2014

Mak jatuh tangga!!


Assalamualaikum.....

Minggu lepas 2 org adik perempuan aku balik kampung. Mulanya sebab nak menghadiri kursus umrah tapi dibatalkan last minute oleh pihak pengurusan. Oleh kerana mak pun tak berapa sihat & abg yg jaga mak kena hantar anaknya balik asrama di Perak, adik2 pun teruskan jugak balik ke kampung.

Mak aku tu walaupun tak sihat bukan reti duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya. Hari ahad lepas makan tengahari masing2 kekenyangan dan buat aktiviti membelai perut. Yang mak pulak boleh jer tetiba hilang. Tetiba adik aku yg last dengar benda jatuh yang agak kuat juga bunyinya. Boleh pulak dia ignore je bunyi tu tak pegi tengok. Selang beberapa ketika baru dengar mak aku mengerang kesakitan. Apalagi menjerit & berlarilah adik aku membantu.

Rupa2nya mak aku pegi panjat pokok cempedak. Sekarang ni memang musim cempedak & pokok kat rumah mak tu memang menjadi betul buahnya. buah tu mak aku nak petik buat bekalan adik2 aku balik ke sini katanya. Luka & berdarahlah kaki mak terkena batu. Kepalanya pulak benjol terkena tangga.

Adik nak hantar ke klinik tapi mak tak mahu jadi, hantar jerlah mak pegi berurut. Abg yg hantar anaknya kat Perak pun bergegas balik lepas semua urusan pendaftaran selesai. Risau juga dgn keadaan mak walaupun bukanlah teruk sangat (kata mak lah...) kami adik beradik tetap risau juga. Mak tu ada mengidap kncing manis dan darah tinggi & selalu mengalami lemah2 badan. sebab tu agak risau kalau tinggalkan mak kat rumah sendirian. mujur juga kami ada 8 beradik (yg sulong dah meninggal tinggal 7). Jadi bila abang yang tinggal dengan mak ada urusan kena ke tempat lain akan adalah yang akan mengganti tempatnya.

Disebabkan kaki mak bengkak abang buatkan lah tongkat utk memudahkan mak berjalan. Minggu ni giliran aku pulak balik menjenguk mak. Abg ada urusan esok menghantar anak ke2nya ke sekolah tahfiz. My Iman pun dah x sabar nak balik jumpa mbahnya...




Photo: lw pown mata aq ngantok xley than sal bru blek dri perak mlm tdy.. Siap gak tongkat mak aq.. Hasil tgan aq.. Bkn kdkot tpy bjimat cermat. Hehex
tongkat hasil tangan abg utk mak (abg aku ni mmg kreatif)



Sekian.

Thursday, January 9, 2014

ALHAMDULILLAH DAH 25 MINGGU....

Assalamualaikum......

Sebenarnya dah lama nak kongsi berita gembira ni kat sini tapi malas nak menaip la pulak.... hehehe.. Setelah aku menunggu hampir 11 tahun akhirnya aku disahkan mengandung utk kali kedua (kali pertama nov 2011. tapi x ingat ada update kat sini @ tak) SYUKUR ALHAMDULILLAH... segala puji hanya bagi Allah. Dia yg menurunkan rezeki pada hambaNya.

Pertama kali check sendiri aku gembira tak terkata. Waktu en. suami buat solat sujut syukur aku menangis teresak2. En. suami apatah lagi. My Iman pun nampaknya teruja nak dapat adik.

Sekarang ni usia kandungan aku dah masuk 25 minggu. Alhamdulillah tiada alahan yg teruk utk aku. Masa awal mengandung tu aku memang tak berapa lalu nak makan. Berat badan pun susut sikit. Sangat loya bila tengok telur & daging ayam. Sekarang Alhamdulillah... dah boleh terima telur ayam kecuali telur mata kerbau. Daging ayam pulak cuma boleh makan tang dada je. kalau part lain mesti loya.

Masa pertama kali buka buku pink kat klinik kesihatan macam2 la yang nurse tu bagi nasihat. nurse semua baik2 dan comel lote belaka. yang sebelum ni ada kawan2 cakap nurse klinik kesihatan kerajaan garang2 tu hanyalah gopis semata2. Disebabkan aku ada masalah tekanan darah tinggi maka aku kenalah datang melawat KK tu 2 kali seminggu. Tujuannya utk mengawal tekanan darah & mengelakkan komplikasi semasa mengandung. Alhamdulillah tekanan darah sekarang ni amat terkawal. walaupun aku dibekalkan ubat tapi aku tak makan ubat tu beria2 pun. Aku cuba mengawal dengan cara aku sendiri.

Masalah aku bukan setakat tekanan darah je yang tinggi. aku ni memang dah sedia obesiti jadi nurse betul2 nak pantau keadaan aku. Aku jugak ada masalah kekurangan darah. Macam2 masalah ada. Tapi aku layankan aje. Nak mengandung ni pun bukannya senang. Kena tunggu 11 thn woo.. jadinya aku kena jaga kesihatan aku sebaik mungkin.




ihsan cik google

Lain kali sambung lagi (pssstt... kalu rajin)

Sekian..

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..


Assalamualaikum.....

Dah lama sangat tak join Segmen.... kali ni ni join segmen En. Abak pulak. Sesapa nak join boleh ler klik kat link tu ye...




Thursday, January 2, 2014

SEDEKAH KERANA ALLAH...

Assalamualaikum.....

Harta yg sedikit kalau dibahagi2kan ke jalan Allah pasti ada ganjaran.
Mungkin kita belum mampu untuk memberikan zakat harta kita yg tidak seberapa.
Tapi selalu2 lah menghulurkan sedikit sumbangan kepada yg memerlukan...

Setiap sumbangan kita janganlah mengharapkan balasan dari manusia cukuplah sekadar mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT.

Sebenarnya ini adalah ingatan utk diri sendiri dan sekadar berkongsi pada yang sudi membaca..

Sekian.

TAHUN BARU... AZAM???

Assalamualaikum.....

Sekian lama aku menyepikan diri dari dunia blog...... Hari ni berazam nak buat n3 pertama utk thn 2014... Ermmmm..... nak cerita pasal apa ye? Azam baru? Ada ke? Macam tak de jer... huhuhu.

Azam tahun ni nak meneruskan azam tahun lalu. Errr... Ingat lagi ke azam tahun lalu tu apa? macam dah lupa je.. kihkihkih.. huh!! apa2 je lah...

Insha Allah tahun ni aku akan tingkatkan lagi usaha utk menjadi wanita dan isteri yg solehah. Ummi yang mithali. Anak yg solehah juga. teman yg memahami. Buang semua sifat-sifat negatif dan suburkan sifat-sifat positif... Doakan aku ye...

Sekian..