Friday, December 21, 2012

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA



Assalamualaikum......

Pagi ni aku dapat email dari seorg kawan.... jom baca utk renungan bersama..


Tuan/puan,
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Saudara saudari sekelian ,saya ingin berkongsi sedikit info yang mungkin saudara  saudari sudah pun dengar dan berfikir- fikir.
Sejak kebelakangan ini banyak sudah di perkatakan mengenai ‘The alignment of the Universe  or planets’ pada 23,24 dan 25 Dec 2012.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘the allignment of the universe atau planets’.Kita tahu sudah berkali -kali berlakunya gerhana matahari dan bulan.Di antara kita, ada yang pernah lihat dengan mata kita sendiri gerhana tersebut. Dalam bahasa mudah,ia berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam satu garisan lurus.  Kita tahu Setiap planet jarak pusingannya berlainan begitu juga dengan kelajuan pusingan tidak sama, makin jauh daripada matahari makin kurang daya tarikan gravity masing- masing dan juga ‘mass’ mereka berlainan. Maka tidaklah mustahil pada satu ketika kesemua 9 planet (Al Quran kata ada 11 ) yang mengelilingi matahari akan berada pada satu garisan lurus.
Mengikut pengetahuan sains yang dikurniakan kepada manusia daripada Allah S.W (umpama setitik dalam lautan) manusia dapat mengira dengan tepat kepada  ‘the nearest second atau minit’, bila masa dan tarikh akan berlakunya gerhana matahari,gerhana bulan mahu pun b ila ‘ comet halley’ akan sampai ke angkasa bumi sekali lagi.’Comet Halley’dijangka akan masuki ruang angkasa kita sekali lagi pada tahun 2061,kali terakhir ia masuk ke ruang angkasa kita pada tahun 1986.Jadi tidak mustahil untuk manusia mengiira bila masa akan berlaku ‘the alignment of the planets’.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh  NASA (kalau betul sumbernya,mereka dikatakan tarik balik kajian tersebut atas alasan ia akan buat manusia panic),apabila kesemua planet ada pada satu garisan, dunia akan beralih  dari  dimensi ke 3  ke dimensi 0 dan selepas itu akan beralih ke  dimensi ke 4 (Jika dimensi ke 2 atau tiga kita boleh bayangkan tetapi dimensi 0 dan ke 4 tidak dapat saya bayangkan,mungkin tuan-tuan lebih arif dalam hal ini) .  Sudah tentu planet planet ada pada jarak yang paling dekat ketika berada dalam satu garisan lurus.

Pada ketika itu juga Daya tarikan  gravity musytarikh(Jupiter)Planet yang ke 5 dari Matahari dan terbesar di Solar system kita, 318 kali ‘mass’ bumi kita dan 1320 kali isipadu bumi, dikatakan begitu kuat sehinggakan akan menarik bumi pusing berlawanan,iaitu bumi akan pusing mengikut pusingan jam ,kebiasaanya bumi pusing berlawanan jam pada paksinya (jika dilihat dari atas kutub Utara).
 Apabila bumi pusing mengikut pusingan jam maka kita akan lihat seolah olah matahari terbit dari arah barat, bukan seperti biasa dari arah timur.Dan dikatakan bumi akan berada dalam kegelapan selama tiga hari berturut turut disebabkan planet Zuhrah(Venus),planet yang ke dua dari matahari, melindungi bumi. Bumi adalah planet yang ketiga.Bumi juga dikatakan akan berhenti pusing pada paksinya seketika.
Apakah akan jadi jika bumi berhenti pusing seketika.!!!

Kita semua tahu apabila berada dalam kereta yang sedang bergerak  kalau ditekan ‘brake’ tiba tiba, maka kita melonjak ke depan.Maka kalau bumi berhenti pusing seketika ,sudah tentu air laut akan menjunam masuk ke darat. Fenomena ini dikatakan akan berlaku seketika sahaja ,selepas itu bumi akan putar berlawanan jam sepert sedia kala dan ditambahnya,selepas itu bumi akan jadi satu bumi baru.
Soalannya tuan tuan apakah yang dimaksudkan dengan bumi baru itu.!!!

Cuba kita lihat pula satu Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra
Rasullullah saw. Bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum matahari terbit daripada sebelah barat.Apabila matahari terbit daripada sebelah barat semua manusia akan jadi orang yang beriman,maka pada waktu itu iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya dia tidak beriman”(ada 6 rukun iman).
Kalau semua manusia jadi orang beriman,tiada orang jahat.tiada yang buat dosa dan maksiat,bukankah itu satu dunia baru . Dan  ketika itu tiada guna lagi beriman kerana pintu taubat sudah pun tertutup.
Berdasarkan pada huraian para Ulamak “Matahari akan terbit sebelah barat tetapi sekali sahaja dan sebelum matahari terbit sebelah barat bumi akan kegelapan selama 3 hari, dan itu adalah tanda kiamat hampir tiba”

Kita cuma nak lihat persamaan kajian manusia dan hadis Rasullullah saw.
Walau apa juga pendapat kita, jangan pandang ringan Hadis sahabat, Abu Hurairah r.a. Beliau adalah perawi kita Ahlus Sunnah WalJamaah dan telah meriwayatkan lebih 5000 hadis dan hafal lebih 1000 hadis.Kiamat sudah pasti berlaku,tetapi tidak semestinya fenomena tersebut diatas pasti berlaku,kesemuanya ditangan Allah swt…. Rasullullah saw. sendiri tidak pernah menyatakan bila masa akan berlaku kiamat,hadis tersebut di atas pun tidak menyatakan bila akan berlaku peristiwa tersebut.

Maka kita boleh lah senyum sikit….sikit sahaja.Mungkin ia tidak berlaku pada hujung tahun ini atau pun pada masa terdekat ini.
Jadi sediakanlah banyak banyak bekalan  iman sebelum terlambat.Tidaklah rugi kalau kita percaya akan fenomena ini jika ia boleh  menggalakan kita meningkatkan keimanan kita. Disamping banyak bertaubat , kita banyak berdoa memohon pada Allah swt  supaya ia tidak  berlaku.Kalau ia berlaku, ia akan berlaku juga, tidak ada makhluk yang berkuasa  menghentikanya melainkan Allah swt. dan kalau tidak berlaku maka shukur Alhamdulillah.Wallahualam.

Sekian, sekadar untuk  renungan sahaja ,jika ada salah silap harap maaf.Terima kasih.

Wednesday, December 19, 2012

13 Aurat Wanita

Assalamualaikum....

13 Aurat Wanita (INGATAN UTK DIRI SENDIRI & RAKAN2 YG SUDI MEMBACA)

 1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari... Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

 4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

 6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

 7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

 8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

 9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

 10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

 11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

 12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

  13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Friday, December 7, 2012

SEDIH DIDALAM REDHA......

Assalamualaikum..... Rasanya lama sangat dah tak meluah isi hati kat sini(mcmlah semua isi hati tercurah kat sini.. :P). x jenjalan kat blog kengkawan.... ada masa nanti aku singgah jenjalan & tinggalkan komen ye kengkawan.... Minggu lepas 29/11/12 sesuatu yg tak disangka terjadi dalam hidup aku.... AKU KEGUGURAN..... sedih, sebak & pelbagai rasa lagi. kehadiran indah yg kutunggu hampir 10 tahun itu belum redha untuk berada didalam rahimku... sungguh aku redha andai Allah belum mengurniakan untukku. sedih, sayu, pilu tu aku rasakan wajar asalkan tidak berlebihan & menyalahkan takdir Allah. aku percaya akan Qada & qadar Allah. DIA maha mengetahui...DIA juga berhak. pasti Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untukku.... terima kasih pada ahli keluarga & sahabat handai yg banyak memberikan sokongan...terima kasih untuk doa anda semua...

Wednesday, November 21, 2012

my iman

Assalamualaikum..... ape khabar semua... dah lama x bersiaran kat sini, diharap sume kawan2 sht... my iman skg ni dah makin membesar & sgt aktif... 26/11 ni genaplah umur Iman 1 tahun 5 bulan..... dah mula pandai bercakap & menyebut perkataan mudah. paling pantang nampak air mesti terjerit2 panggil air.. air... air... lagi satu asal merentasi jambatan jer mesti dia sebut air... mungkin dia fikir asal ada jambatan jer mesti ada air...
perkataan lain yg dia tau sebut ayah, atuk, opah, abang, nenek, mi(ummi/mummy) mama, nak, dah , asut(kasut), soso(susu),ball& beberapa perkataan lain lagi...
satu lagi kepantangan Iman adalah bola bila nmpk bola jer mesti dia terjerit2kan ball.. ball katanya. siap dah pandai sepak bola ambik side lagi.. haha.. buat masa ni permainan lain dia tak dela menunjukkan minat sgt... suka gitu2 jerk... kalau dapat kereta mainan mmg jahanam dia kerjakan rodanya... hehe
sifat positif yg sgt membanggakan bila setiapkali azan berkumandang Iman akan mengangkat tangannya ketelinga dan menyebut Allahu Akhbar (mengikut gaya pelat dia la) dan setiap kali selepas azan Iman akan mengangkat tangan utk berdoa... sungguh aku teruja & terharu... semoga Iman terus menunjukkan sifat2 positif kearah anak yg soleh... amin...

Monday, October 15, 2012

berhati2lah.....

Assalamualaikum.... apa khabar kengkawan... harini aku nak kongsikan sebuah kisah masyarakat.... moga jadi iktibar kepada kita semua...... ............................................................ Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini. Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri). Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru. Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali) Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan. Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika. Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku…… Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu. Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan. Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak. Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab. Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu. Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi. Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya. Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua : i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri) v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan” vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan) x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din) Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan…. Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)

Saturday, October 6, 2012

seandainye....

Assalamualaikum.... seandainya arwah along masih ada lagi harini genap umur along 43 tahun.... setiap kali ulang tahun along, dia akan menelefon aku untuk menagih ucapan selamat ulang tahun... dan aku dengan sengaja tidak mengucapkannya dulu..... kini setelah 3 tahun pemergian arwah along aku begitu merinduinya...aku redha akan pemergiannya tapi aku juga tak mampu membuang rase rindu ini... Al Fatihah untuk arwan Sa'ifuddin bin Haji Samian.... semoga along tenang di alam sana....

Friday, October 5, 2012

maafkan aku.....

Assalamualaikum.... Maafkan aku ye kawan2... belum berkesempatan menjenguk & mengomen blog kawan2 semua.... sekiranya berkesempatan... InshaAllah aku akan buat marathon komen & blogwalking... terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah & ada yg bagi komen kat blog aku ni... InshaAllah ada masa nanti aku meriahkan blog korang pulak.... ye...

my iman...

Assalamualaikum.... Iman dah semakin membesar. makin lasak jugak. Mula memahami apa yg diajarkan. cepat belajar. semoga iman terus sihat, bijak, aktif dan jadi anak soleh.... sayang sangat dengan iman. keletah manja dia buatkan aku selalu tak sabar menunggu waktu balik...hehe...

Wednesday, October 3, 2012

try & error

Assalamualaikum..... Saje nk try update blog guna hp bleh ke tidak... Huhu mmg byk cabarannye...

Tuesday, October 2, 2012

MATAHARI

Assalamualaikum....

kengkawan ada tengok matahari hari ni? jom tgk imej ni ...


kalau nak tengok yg real punya tengok kat dada langit...... pertama kali tengok fenomena ni....  Subhanallah...

Wednesday, September 19, 2012

MEREMANG BULU ROMA

Assalamualaikum...

Cer kengkawang tgk gambo kat bawah ni fokus kat dlm bulatan merah....
gambo ni di ambil beberapa bulan yg lalu oleh anak kawan en. suami (lelaki dalam gambo). lokasinya dekat salah sebuah restoran seafood dekat port klang. (aku pun dah beberapa kali makan kat tempat ni... masakannya mmg sedap.)
kawan en. suami (aku lupa nama dia) bawa keluarganya makan kat tempat ni meraikan saudaranya yg datang dari kampung. menurut ceritanya sesampai mereka kat tempat ni anak saudaranya sekitar umur 1 tahun menangis dan tak boleh dipujuk... oleh kerana mereka telah membuat tempahan, mereka meneruskan niat utk makan disitu. anak kepada lelaki ni sibuk mengambil gambar ketika sesi makan2 utk dijadikan kenangan tanpa menyedari ada makhluk lain yg turut sama bergambar. apabila balik rumah menilik balik gambar2 yg diambil baru terperasan adanya makhluk lain dalam gambar ni...
seram? seram gak la... taubat nak mkn tmpt tu lagi.....

Friday, September 7, 2012

DALAM DIAM SIAPA BERKATA2

Assalamualaikum....

apa khabar semua? pagi ni sampai opis on pc check email tetiba ternmpk email e kad dari irma hasmie... meh aku share kat sini... jom semua kita doakan kawan2 kite...


Thursday, August 30, 2012

apesaje..


Pageview chart 6585 pageviews - 
Assalamualaikum....
baru 6585 pageviews...... mekasih le pad yg sudi menjengok blog aku yg x seberapa ni...
aku suka ngn no 6585 ni sbb sama ngn no phn aku... hihihi..... satu2nye no yg aku guna melebihi 5 thn...
err... cume nk merapu pasal tu jerk..

Wednesday, August 22, 2012

Thursday, August 9, 2012

N3 TIADA TAJUK...

Assalamualaikum....

Apa khabar kawan2 sume?.. lama dah tak membebel kat sini... N3 yg ada tu pun selalu copy paste dari email @ facebook...... nak blogwalking pun amatlah terhad masanye.... huhu...

1 Ramadhan aritu aku sambut kat my hometown... Johor negeriku.... hehe.. last minute en. suami ajak balik... aku apa lagi.... mestila suka kan...

beberapa minggu sebelum tu mak aku mmg da suruh balik tapi aku cuma cakap Inshaallah je.. tak berani janji. mak aku kata kalau tak nak balik pos jer Iman kat adik2.. haha boleh pulak camtu?? mak aku tu dah rindu sgt kat cucunya yg sorg tu....

mak kata balik ler... mak nk masak2 nak 'munjung' (ni istilah jawa aku x tau istilah dlm bahasa melayu).
'Munjung' di 1 ramadhan ni kene catat dalam diari tau. pertama kali selama 33 thn aku hidup.... selalunya mak masak2 utk munjung tu lepas 2 minggu puasa..... munjung tu dah jadi tradisi masyarakat jawa kat johor... mungkin ada jugak kat tempat lain tapi aku x pasti....

hari yg dinanti tiba... kami 3 beranak pun baliklah kekampung.... igtkan nak surprisekan mak & abg khalid serta anak2... rupa2nye kami lak yg tersurprise pulak sbb diorg sume dah pergi surau utk solat terawih.... huhu.. terpaksalah call abg khalid utk ambil kunci... hurmmmm..

waktu siang 1 ramadhan tu bergotong-royong lah kami adik beradik memasak juadah utk punjungan.... ada sambal tumis telur puyuh, daging masak kari, sayur lodeh & nasi impit.... kuih buah melaka & pengat labu bersama candel pun ade juga...semua juadah selesai dimasak dan dibungkus sekitar jam 3.30 ptg. mak bahagi2kan tugas utk menghantar punjungan pada jiran2 dan saudara mara.
juadah yg dipunjung.. (erkk.. dam mcm raya jerk..)








Wednesday, August 1, 2012

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS


ASSALAMUALAIKUM......

TERIMA EMAIL DARI SEORG SAHABAT.... JOM SAMA2 KITA BACA...
 

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.
 

Saturday, July 28, 2012

5 SUNGAI DIKUASAI KUFFAR TANDA KEBANGKITAN IMAM MAHDI


Assalamualaikum......

Masa ITU semakin hampir.... bersediakah kita??




Antara tanda2 besar kebangkitan Imam Mahdi adalah seperti berikut:

1. lima sungai besar dunia dikuasai oleh kaum kafir.

2. kehancuran Mesir disebabkan keringnya air Sungai Nil.

3. pencerobohan kuasa Barat ke dalam Mesir sebelum kemunculan Sufyani.

Sebuah hadis yang riwayatkan oleh Hudzaifah Al-Yamani menerangkan mengenai
penguasaan lima sungai tersebut.

"(Di antara tanda2 kedatangan Imam Mahdi adalah) Jika mereka telah menguasai Sudan dan berusaha menguasai Arab. Setelah itu tanah Arab akan sangat terlihat jelas oleh mereka sehingga mereka dapat mengejar orang2 yang bersembunyi di perut bumi. Ketika mereka mula bergerak menuju tanah Arab, seorang Sufyani telah menyiapkan 360 orang tenteranya untuk menuju Damsyik."

(Nota: Kuasa Barat telah pun berjaya memecahkan negara Sudan dengan mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai negara baru mulai 9 Julai 2011.)

Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari:

"Suatu hari Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah
Jibrail as seraya berkata: "Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam." Kemudian Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan As-Salam.Jibrail as menjawab: "As-Salam adalah nama untuk lima sungai iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat dan sungai Nil di Mesir. Kelima-lima sungai ini telah
dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan pengikut2mu." Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu."

Setakat ini empat sungai telah berada di bawah penguasaan kaum kafir kecuali
Sungai Nil.

Dengan terpecahnya Sudan kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama Kristian dan animis, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh kuasa asing kini akan menjadi lebih mudah.

Jika laluan Sungai Nil yang berpunca dari Sudan diempang nescaya bahagian sungai
tersebut di Mesir akan menjadi kering.

Jika Amerika Syarikat berjaya melaksanakan rancangan jahat mereka di Sudan, Mesir akan tertekan dari segi politik dan ekonomi disebabkan kebergantungan besar negara itu kepada sumber air dari sungai Nil.

Malah usaha ke arah itu sudahpun bermula dengan pengumuman negara miskin Ethiopia mahu membina empangan yang dikenali sebagai Projek Empangan Grand Millennium berharga AS$4.7 bilion.

Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2015 iaitu tahun di mana Imam Mahdi dikatakan akan muncul!

Projek tersebut akan menjana tenaga elektrik sebanyak 5,000 megawatt dan mampu menyalurkan bekalan tenaga elektrik kepada negara baru Sudan Selatan





sumber : https://www.facebook.com/andi.silahhuddin

Saturday, July 7, 2012

KISAH SURAH AT TIN

Assalamualaikum....

berkunjung ke blog kak Nor @ cinnamon.com tadi membaca n3 yang ini membuatkan aku terlalu sebak. terkenangkan arwah ayah yg telah 25 tahun meninggalkan dunia ini. 

ketika itu umur aku 8 tahun. arwah ayah meninggal disebabkan oleh beberapa penyakit & salah satunya adalah kerosakan buah pinggang. 

arwah ayah yg mengajarkan aku membaca tulisan jawi & rumi juga membaca Al-quran. menceritakan sirah Rasulullah. mengajarkan aku bermacam perkara supaya aku menjadi anak yang solehah.

arwah ayah jenis yang suka membaca surah2 pendek untuk pendengaran anak2nya walaupun bukan pada waktu mengaji. antaranya surah AT TIN ... setiap kali membaca surah ini pasti aku sebak kerana inilah satu2nya surah yang arwah ayah ajarkan beserta maknanya sekali...... memori itu terlalu manis semanis buah tin & buah zaitun.... ALFATIHAH UNTUK ARWAH AYAH HAJI SAMIAN BIN AHMAD..

SURAH AT TIN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,
  2. وَطُورِ سِينِينَ dan demi bukit Sinai,
  3. وَهَذَا الْبَلَدِ الأمِينِ dan demi kota (Mekah) ini yang aman,
  4. لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
  5. ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
  6. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
  7. فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
  8. أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?



gambar memotivasikan diri....


Assalamualaikum...... 
 Lama jugak rumah aku ni tak de cerita baru. Gambar yang aku copy dari facebook ni betul2 menginsafkan aku. Ditambah lagi dengan aku dengar radio IKIM pagi tadi, membuatkan aku lebih merasa kerdilnya diri ini. 

"BERMUJAHADAH ITU PAHIT TAPI SYURGA ITU MANIS"

kata2 motivasi dari Ustaz Pahrol begitu meresapi hati hingga membuatkan aku terlalu sebak. aku manusia biasa yg terlalu banyak kekurangan. terlalu banyak nafsu dan keinginan. dan terlalu sedar iman yg hanya senipis kulit bawang. mampukah aku bermujahadah mencari keredhaan Ilahi? Jawapannya hanya ada pada aku sama ada aku mahu atau tidak.

Ya Allah.... istiqomahkan & permudahkanlah jalan muhajadah ku ini dalam usaha mencari redhaMU. sesungguhnya aku hambaMU yg terlalu lemah. semakin hari semakin kurasakan kerinduanku terhadap syurga MU Ya Allah.... tetapi aku terlalu takut andai aku tidak layak untuk syurgaMU. & aku juga tidak sanggup andai neraka itulah tempatku... (t-t)


Monday, June 25, 2012

DOA MATI DALAM ISLAM...



Assalamualaikum....

Ya Allah.... semoga Hidup & matiku  sentiasa dalam Islam..... Aminnnnn....





















Thursday, June 21, 2012

Thursday, June 14, 2012

Dimanakah Allah...


Dimanakah Allah

design by hasnulhadiahmad.com
DIMANAKAH ALLAH
Padang pasir terbentang luas. Matahari bersinar menyala seolah-olah hendak membakar ubun-ubun kepala. Disebuah jalan yang membelah padang pasir, kelihatan seorang berjubah putih sedang berjalan keletihan. Orang itu tidak lain adalh Abdullah Bin Umar r.a, salah seorang sahabat Nabi Muhammad Saw, yang terkenal kealiman (tinggi ilmu) dan kezuhudannya (sederhana). Dia sedang berjalan keluar dari Madinah menuju ke Mekah untuk beribadah di Baitullah.
Berkali-kali Abdullah Bin Umar menghentikan langkahnya sesaat, untuk meminum seteguk air bekalannya. Namun sayang, kantong airnya telah kering kontang. Dia benar-benar kehausan. Dia melihat kearah sekitarnya, siapa tahu ada orang Badwi atau pengembala yang boleh memberinya seteguk air sebagai penawar dahaga. Nmun, sejauh mata memandang, yang dia temukan hanyalah warna kecoklatan samudera pasir.
Dia tetap bersabar dan terus berjalan, akhirnya matanya menagkap beberapa titik-titik hitam dan putih di kejauhan sana. Di sebalik bukit pasir. Hatinya berasa lega., berkali-kali dia mengucapkan syukur Alhamdulillah. Dia yakin, titik hitam dan putih itu adalah manusia. Abdullah terus melangkah kaki mendekati titik hitam dan putih itu. Apabila sudah dekat, persekitarannya tidak meleset. Titik hitam dan putih itu adalah seorang pengembala dan kambing-kambingnya.
Ketika Abdullah bin Umar r.a berada tidak jauh dari pengembala itu, tiba-tiba terlintas dalam fikirannya untuk menguji pengembala itu. Dia ingin tahu, apakah ajaran islam telah sampai ke tengah padang pasir yang terpencil jauh ini? Dia juga ingin tahu, adakah pengembala itu telah menerima ajaran suci yang dibawa Nabi Muhammad saw?
Setelah menyucapkan salam, Abdullah bin Umar berkata kepada pengembala yang merupakan seorang hamba, “ Wahai pemuda! Aku ingin membeli seekor kambing yang kau gembalakan ini. Bekalanku sudah habis.”
“ Maaf tuan, aku hanyalah seorang hamba yang bertugas mengembalakan kambing-kambing ini. Aku tidak boleh menjuainya. Ia bukan milikku. Aku tidak diberi kebenaran menjuainya,” jawab pengembala kambing itu.
“ Ah! Itu masalah mudah. Begini, kau juai seekor saja kambing gembalaanmu padaku. Kambing yang kau jaga ini sangat banyak, tentu sangat sukar bagi pemiliknya untunk menghitung jumlahnya. Kalau pun dia tahu ada seekor kambingnya tidak ada, cakap saja telah dibaham serigala. Mudah sekalikan? Kau pun boleh membawa wangnya,” Pujuk Abdullah bin Umar r.a dengan wajah ang serius.
“ dengan itu, dimanakah Allah? Pemilik kambing iini memang tidak akan tahu dan boleh dibohongi, tetapi ada Zat yang Maha tahu, yang pasti melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan. Apa kau kita Allah tidak ada?” jawab pengembala itu mantap.
Sungguh, jawapan itu membuat Abdullah bin Umar tersentak.
“ aku tidak diberi kuasa oleh pemilik kambing ini untuk menjuainya. Aku hanya ditugaskan mengembalakannya dan meminum air susunya ketika aku memerlukannya dan member minum kepada para musasir yang kehausn,” sambung pengembala itu.
Dia berkata begitu sambil memerah susu seekor kambing ke dalam sebuah mangkuk. Selepas penuh berisi susu, dia memberikannya kepada Abdullah bin Umar.
“ minumlah tuan, aku lihat kau kehausan. Jika masih kurang, boleh ditambah. Jangan risau, susu ini halal sebab pemiliknya menyuruh aku member minum musafir yang memerlukannya.,” kata pengembala itu dengan tutur kata yang halus dan ramah.
Abdullah bin Umar menerima angkuk berisi susu itu dengan hati terharu. Dia minum sehingga rasa hausnya hilang. Setelah itu,, dia mohon diri. Di perjalanan, dia tidak boleh menyembunyikan tangisnya, teringat kata-kata pengembala itu.
“ Di manakah Allah ? Apakah kau beranggapan Allah tidak ada?”
Abdullah bin Umar menangis teringatkan bahawa seorang pengembala kambing di tengah padang pasir yang pakaiannya kotor, ternyata memiliki kejujuran yang tinggi. Hatinya menyinarkan keimanan. Akhlaknya sungguh mulia.Ajaran Rasulullah saw telah terpatri dalam jiwanya. Abdullah bin Umar terus melangkah kaki sambil bercucuran air mata.
Kemudian, Abdullah bin Umar mencari kampong terdekat dan menanyakan,siapakah tuang pengembala kambing itu. Setelah berjumpa, Abdullah bin Umar terus membeli hamba itu dan memerdekakannya.
Seorang manusia yang jujur dan memiliki rasa ketakwaan kepada Allah yang begitu tinggi tidaklah sepatutnya menjadi hamba kepada manusia. Dia layak menjadi hamba Allah SWT.
Wallahu’alam….

Thursday, June 7, 2012

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

 



Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com


Thursday, May 24, 2012

DAPUR KAYU




Assalamualaikum....

Korang pernah ke merasa guna dapur kayu? kalau dok kat bandar mestilah tak pernah kan.... tapi sekarang ni pun susah nak cari rumah yang masak menggunakan dapur kayu kat kampung. kebanyakannya dah guna dapur gas. kat rumah mak aku pun sama. susah beno nak cari kayu api nak wat masak.

Masak menggunakan dapur kayu ni bagi aku rasanya lebih sedap dan beraroma. waahh!!! rindu lak dgn zaman kecik2 dulu. bentuk dapur kayu kat kebanyakan rumah lebih kurang sama je mcm kat gmbr tu. (tu kat kg aku la. tmpt lain aku tak tau).

Cara nak hidupkan api guna getah tube basikal atau motosikal yg dah di potong kecil2. Ada jugak yg guna getah skrap. lepas tu kayu pun kena susun elok2. tak boleh rapat2 nanti api susah nak nyala. dulu bila nyalakan api tak hidup mak aku ckp kencing x cebuk la tu sbb tu api nak nyala. hahaha. lepas dah selesai masak kene renjis dapur dengan air utk mengelakkan abu berterbangan.


AL-FATIHAH....NORMA TELAH PERGI BUAT SELAMANYA.... (t_t)

Assalamualaikum......

Pernah baca kisah Norma yang menghidap penyakit tumor otak? Aku start baca bila tersebarnya kat beberapa blogger yg buat N3 utk norma beberapa bulan yg lepas. lepas tu aku pn start follow blog MOON biras Arwah Norma ni.

Semalam pukul 1 pagi norma dah menghembuskan nafasnya yg terakhir. sedih sgt2. berakhir sudah penderitaan norma. semoga Allahyarhamah Noormawati Binti Mohd Rasif ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...

semua kisah2 norma boleh dibaca kat blog MOON.... AL-FATIHAH..



CREDIT GAMBAR DARI BLOG MOON

GADIS 15 TAHUN DIROGOL TEMAN LELAKI

Assalamualaikum.....

Macam2 kes sekarang ni.... anak2 gadis sekarang ni makin berani. pengawasan ibubapa pun tak begitu ketat. aduhai risaunyaaaa aku. walaupun aku belum ada anak gadis tapi anak2 abg2 aku kebanyakannya perempuan. kekadang sampai sesak dada memikirkan tingkah laku anak2 gadis sekarang yg x berapa cerdik nk menjaga diri.

Kalau dah dengan rela hati diri dijadikan pemuas nafsu lelaki layak ke dikatakan di rogol? Entah ler... jom kita baca kisah rogol tu kat SINI .

Tuesday, May 15, 2012

wajarkah??

Assalamualaikum....

sebenarnya dah lama aku nak menulis akan rasa hatiku ni..... tapi tak tau macamana aku nak meluahkannya. lagipun aku sedar diri ini... siapalah yang akan ambil pusing akan cakap2 & luahan hatiku...

aku rasa hampir seluruh rakyat Malaysia menyedari yang MALAYSIA kini sedang mengalami masalah keruntuhan kewajaran fikiran & akhlak. lebih2 lagi bila musim pilihan raya yang bakal tiba.

perbezaan pendapat itu kadang2 perlu. tetapi wajarkah hingga mengadakan perhimpunan jalanan yg menyusahkan banyak pihak? wajarkah mencanangkan keaiban orang berulang kali? orang dewasa bergaduh, menghasut, perang mulut sesama sendiri. wajarkah itu?

inikah cara orang dewasa yg memimpin atau bakal memimpin negara mempengaruhi anak muda yg bakal mewarisi negara? media elektronik & cetak seolah2 tidak mempunyai tapisan. gambar yang tidak sepatutnya menjadi tajuk utama. sedangkan semua tahu media bukan sahaja ditonton & dibaca oleh org dewasa sahaja. (zaman aku sek dulu ada program akhbar dalam darjah utk meluaskan pengetahuan) tapi sekiranya berita & gambar yang tidak sepatutnya yg dipertontonkan wajarkah dijadikan akhbar dalam darjah? (kalau program itu masih wujud)

tidak bolehkah diadakan 'rundingan meja bulat' yang membawa kata sepakat? aku faham mentadbir negara bukan semudah 123 & ABC. tapi jika masa & tenaga yg ada hanya dihabiskan untuk ceramah2 politik yg membawa kepada perpecahan adakah itu berbaloi? kalau ceramah menambah ilmu akhirat tu tidak mengapalah juga. memang banyak faedahnya.

kalau boleh aku nak merayu kepada pemimpin negara DS Najib tentunya supaya mengadakan rundingan dengan semua pihak2 yg terlibat (semua parti) utk menghentikan perbuatan mereka yg tidak berfaedah itu. ceramah2 mereka itu tidak memberi kesan positif pada ekonomi negara pun. bergaduh, memfitnah, menghasut dan akhirnya apa akan jadi pada negara kita??

fikir2kan lah... sekian..

Thursday, May 10, 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Assalamualaikum......





Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya



By: Islamic Articles

Wednesday, April 18, 2012

cinta solat


Assalamualaikum...

sharing is caring... :)


tak berapa nmpk sgt... kalau nk lebih jelas terjah link ni ye... Medynnac Kelab

credit to : Medynnac Kelab

cerita seram ni...

Assalamualaikum....

"Perempuan itu membawa payung, berbaju kebaya. Bila ditanya oleh pengawal keselamatan, hendak ke mana? Dia menjawab, tunggu bas. Masalahnya, pada ketika itu jam 2 pagi dan dia berdiri jauh dari jalan utama. Lebih menarik, dia bergerak lalu melanggar pagar di tepi kanan jalan, menembusi pagar sebelum menghilangkan diri. Pengawal keselamatan takut, panik sebelum menceritakan kejadian kepada rakan setugas lain," ujar bekas pengawal keselamatan pernah bertugas di situ.












haish!! seram2.... aku mmg suka sgt baca kisah seram lagi seram lagi teruja aku nk baca. selalunya baca kisah seram ni kat http://penyingkapfakta666.blogspot.com nak tau cerita penuh kena klik kat sini http://penyingkapfakta666.blogspot.com/2012/04/nyanyian-di-banglo-bukit-darah-pada-jam.html lebih byk gambar & lebih byk cerita.... jom kite...

Thursday, April 12, 2012

KEBURUKAN MENAHAN KENCING


Assalamualaikum...

sharing is caring.... :)



SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
Pundi
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.




“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.