Saturday, July 7, 2012

gambar memotivasikan diri....


Assalamualaikum...... 
 Lama jugak rumah aku ni tak de cerita baru. Gambar yang aku copy dari facebook ni betul2 menginsafkan aku. Ditambah lagi dengan aku dengar radio IKIM pagi tadi, membuatkan aku lebih merasa kerdilnya diri ini. 

"BERMUJAHADAH ITU PAHIT TAPI SYURGA ITU MANIS"

kata2 motivasi dari Ustaz Pahrol begitu meresapi hati hingga membuatkan aku terlalu sebak. aku manusia biasa yg terlalu banyak kekurangan. terlalu banyak nafsu dan keinginan. dan terlalu sedar iman yg hanya senipis kulit bawang. mampukah aku bermujahadah mencari keredhaan Ilahi? Jawapannya hanya ada pada aku sama ada aku mahu atau tidak.

Ya Allah.... istiqomahkan & permudahkanlah jalan muhajadah ku ini dalam usaha mencari redhaMU. sesungguhnya aku hambaMU yg terlalu lemah. semakin hari semakin kurasakan kerinduanku terhadap syurga MU Ya Allah.... tetapi aku terlalu takut andai aku tidak layak untuk syurgaMU. & aku juga tidak sanggup andai neraka itulah tempatku... (t-t)


2 comments:

Knor said...

motivasi utk saya juga..

p/s betul seperti angin lalu saja..tapi utk anak2 perlu tahu..yg mana betul dan tak betul dan kita perlu memberi penerangan ttg ini..kerana mereka baru mahu meneroka utk lebih mengetahui.dan kita patut memberi penerangan yg sebenar2nya.

mselim3 said...

Tersentuh tgk gambar ini...kita ini tak beringat masa sihat ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara...

perkongsian yang bagus....

thanks.......