Tuesday, January 31, 2012

happy anniversary yg ke9


Assalamualaikum....

Diam tak diam dah 9 tahun usia perkahwinan aku & Mr. Hubby. sepanjang 9 tahun ini dah macam2 dugaan yg kami lalui bersama.... kehadiran Iman Hakeem dalam rumahtangga kami 7 bulan yang lalu menhantar satu kebahagiaan yang sukar digambarkan dengan kata2...
semoga kebahagiaan ini terus kekal... amin....

SARA 1Malaysia – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia


Assalamualaikum...
kawan2 yang berkelayakan silalah memohon... :))

SARA 1Malaysia – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Sara 1Malaysia - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia - Saham 1Malaysia
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan didalam Pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, satu skim telah diwujudkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah bawah antara RM500 hingga RM3000 iaitu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia atau SARA 1Malaysia.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.
Perdana Menteri Najib Tun Razak yang melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini pada 12 Januari 2012 yang lalu mengatakan skim ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan golongan-golongan atau isi rumah yang berpendapatan rendah antara RM500 hingga RM3000 ini menabung dan   melabur sekaligus membantu golongan ini mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.
Melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini, satu-satu isi rumah boleh membuat pelaburan samada melalui pinjaman bank atau simpanan sendiri berjumlah RM5000. Sekiranya melalui pinjaman bank, peminjam boleh membuat pinjaman RM5000 untuk tempoh 5 tahun dengan pembayaran balik hanya sebanyak RM84 daripada RM134, RM50 merupakan keuntungan daripada pelaburan.
Manakala yang membuat pelaburan melalui simpanan sendiri, keuntungan bersih RM134 akan diperolehi. Untuk tempoh 5 tahun, pelabur akan memperoleh keuntungan sehingga RM5000 bagi yang membuat pinjaman danRM13000 yang menggunakan simpanan sendiri.

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 hingga 58 tahun
  2. Mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3000
  3. Pemohon mestilah tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  5. Pemohon atau/dan pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul mestilah bersamaan atau kurang dari RM10,000.
  6. Status unit amanah ASNB tidak bermasalah
  7. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  8. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang mernagkumi kategori berikut :
  • Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri
  • Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu

Cara Memohon (borang Perhohonan) SARA 1Malaysia

  1. Untuk membuat permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan dimana-mana salah satu cawangan bank yang terlibat dengan perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula 30 Januari 2012.
  2. Borang permohonan yang telah siap diisi perlu diserahkan kembai kepada pihak bank untuk semakan. Bank yang terlibat dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia adalah Maybank, CIMB, RHB dan BSN
  3. Sila bawa bersama dokumen asal serta salinan yang telah disahkan iaitu :
  • MyKad Pemohon beserta 2 salinan
  •  MyKad pasangan (Jika berkenaan) beserta 1 salinan
  • Bukti pendapatan ( 1 salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini dan  1 salinan penyata bank 3 bulan terkini)

Pilihan Cara Pelaburan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia :

Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
1. Melalui Pinjaman Bank:
  • Gaji bawah RM3,000 – buat pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan yang diterima adalah sebanyak RM50 (pendapatan bulanan – bayaran kepada bank) (RM134-RM84)
2. Pelaburan Tunai :
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
Tempoh permohonan SARA 1Malaysia adalah selama setahun bermula dari tarikh pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, atau sehingga kesemua peruntukan pembiayaan habis dilanggan yang mana lebih awal.
Maklumat lanjut Skim Amanah Rakyat 1Malaysia layari http://www.sara1malaysia.com.my
Walaubagaimanapun, banyak kekeliruan yang bermain difikiran rakyat Malaysia terutamanya penganut Islam yang tertanya-tanya apakah status halal dan haram Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ini. Apa kata kita tunggu sahaja pandangan daripada yang lebih arif mengenai hal ini daripda kita membuat kesimpulan sendiri.
Sebagai panduan, boleh rujuk pada artikel ” Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjamin Keuntungan“.
Kredit : BeritaSemasa  
&

Thursday, January 26, 2012

Bagaimana Kita Hendak Menyayangi Seseorang.

Bagaimana Kita Hendak Menyayangi Seseorang.

1. Sayangi dia dengan hati,bukan dengan perasaan.Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2 . Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yg istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia, maka tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yg lain.

3 . Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yg ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yg lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4 . Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak yg anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5 . Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6 . Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7 . Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yg terakhir untuk anda berdua.

8 . BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9 . Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10 . Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yg mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yg jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Kerana “DIA” insan terpilih…

15 RUTIN SEORANG MUSLIM

BismillahirRahmanirRahim
Assalamu'alaikum & Selamat Pagi sahabat2 yg di Rahmati Allah ♥(^_^)
Alhamdulillah...bertemu kita kembali....dan buat renungan kita di pagi ini...

~ 15 RUTIN SEORANG MUSLIM ~

1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah,bacaan bismillah dalam setiap benda dan setiap perkara yg dilakukan.
3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa kita
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14.Tidak mencari populariti
15.Tidak memandang rendah kepada sesiapa

“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.” InsyaAllah. 

copy paste dari koleksi ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (facebook)

Thursday, January 19, 2012

Nafsu Muka Buku (cinta muka buku islamic version with lirik) - Youtube.mp4



Assalamualaikum.....

Harini aku like Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original) kat facebook. mase menjelajah wall Ustaz Don, jumpa mp4 ni terus share kat sini. penuh maksud tersurat & tersirat. jadi adik2, abg2 & kakak2 yg sedang mencari jodoh.. jadikanlah lirik lagu ni sbg panduan.... semoga kalian berusaha menjadi insan yg soleh/solehah & bertemu jodoh dengan insan yg soleh/solehah juga....amin..

Thursday, January 12, 2012

Iman setelah 6 bulan....


Assalamualaikum......

Buah hati aku nan sorang ni dah berumur 6 bulan.... dah makin lasak. makin manja pun ye jugak

Sejak 2 minggu lepas aku da hantar Iman ke rumah mak cik aku... Jauh sikit tapi hati aku lebih tenang. Apa2 pun aku tetap berterima kasih dengan pengasuh Iman sebelum ni.

Semoga Iman tak banyak ragam kat rumah neneknya. Semoga Iman jadi peramah mcm pak udanya.. bijak mcm pak andaknya & umi iqinnye, soleh mcm pak ngahnya. kalau boleh x mau ganggu sgt mama yananya sbb thn ni mama yana struggle study utk SPM...

Bersyukur kerana semua menyenangi kehadiran Iman...

Saturday, January 7, 2012

saje jer...

Harini terlebih rajin lak .... tetiba ada n3 ke2... selalu tu bukan main liat lagi nk update... huhu

Sekarang ni tengah kecoh pasal Amalina & yuna yg komen pasal legging... tapi apa lak komen aku? hehe ... aku nk komen ape ye? aku rase org yg pakai legging tu nmpk cantik. tapi cantik tu kan subjektif...

kekdg aku fikir diorg ni x malu ker pakai legging cmtu? pastu pakai tudung... buruk beno rupanya.. bukan la aku jeles sbb aku x leh pakai yg nmpk jelas buruk no rupanya.... tapi tu mcm ntahla tak tau nak cakap cmner...

kalau teringin sgt nak pakai, pakai ler... tapi biarlah kat rumah jer... tak payah le tunjuk kat org luar.... tak pasal2 kita tambah dosa kat org2 yg tgk kita.

sekian..

n3 pertama 2012

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua... nilah n3 pertama untuk 2012... agak sibuk & selalu tu buat2 sibuk.. hehehe...

Ermmm... x nak cerita pasal azam tahun ni..... azam tu simpan dalam hati jer... kalau berjaya Alhamdulillah... kalau x cuba lagi tahun depan.... hehehe.. boleh gitu?

Semalam ada seorg sahabat mengadu tentang masalah rumahtangganya. Dia meminta nasihat & pandanganku. Erkkk!!!! Layak ke aku memberi pandangan? sedangkan dalam rumahtanggaku masih banyak cacat celanya.

Kata sahabatku itu dia lebih mempercayaiku dari temannya yang lain. terima kasih kuucapkan padanya kerana mempercayaiku. Tapi persoalannya jujurkah aku sbg sahabatnya? bolehkan aku menyimpan rahsianya. sesungguhnya itu amanah yg amat berat bagiku.

Pada sahabatku itu kutitipkan sedikit nasihat dan pandangan demi utk tidak menghampakannya....

- jgn tinggal solat 5 waktu (ingatan utkku juga)
- selalu baca Quran. (ingatan utkku juga)
- amalkan ayat seribu dinar, ayat kursi & beberapa potong ayat yg memang selalu aku amalkan.
- jangan bandingkan diri dgn org yg bahagia sebaliknya yakinkan diri kita juga boleh bahagia seperti mereka.
- bersyukur menerima ujian ini kerana dengan ujian ini ia lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.
- sentiasa muhasabah diri.
- kuatkan semangat. org yg lemah syaitonirrojim memang suka menghasut.

dan satu lagi perkongsian dari seseorg(kak ichom) yg aku hormati melalui ibuku - sedekahkan fatihah utk diri sendiri & org2 yg kita sayang setiap kali lepas solat....

semoga sabahatku itu tabah menghadapi ujian ini.... Amin Ya RabbilA'laminnn.....