Tuesday, January 31, 2012

SARA 1Malaysia – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia


Assalamualaikum...
kawan2 yang berkelayakan silalah memohon... :))

SARA 1Malaysia – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Sara 1Malaysia - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia - Saham 1Malaysia
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan didalam Pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, satu skim telah diwujudkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah bawah antara RM500 hingga RM3000 iaitu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia atau SARA 1Malaysia.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.
Perdana Menteri Najib Tun Razak yang melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini pada 12 Januari 2012 yang lalu mengatakan skim ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan golongan-golongan atau isi rumah yang berpendapatan rendah antara RM500 hingga RM3000 ini menabung dan   melabur sekaligus membantu golongan ini mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.
Melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini, satu-satu isi rumah boleh membuat pelaburan samada melalui pinjaman bank atau simpanan sendiri berjumlah RM5000. Sekiranya melalui pinjaman bank, peminjam boleh membuat pinjaman RM5000 untuk tempoh 5 tahun dengan pembayaran balik hanya sebanyak RM84 daripada RM134, RM50 merupakan keuntungan daripada pelaburan.
Manakala yang membuat pelaburan melalui simpanan sendiri, keuntungan bersih RM134 akan diperolehi. Untuk tempoh 5 tahun, pelabur akan memperoleh keuntungan sehingga RM5000 bagi yang membuat pinjaman danRM13000 yang menggunakan simpanan sendiri.

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 hingga 58 tahun
  2. Mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3000
  3. Pemohon mestilah tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  5. Pemohon atau/dan pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul mestilah bersamaan atau kurang dari RM10,000.
  6. Status unit amanah ASNB tidak bermasalah
  7. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  8. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang mernagkumi kategori berikut :
  • Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri
  • Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu

Cara Memohon (borang Perhohonan) SARA 1Malaysia

  1. Untuk membuat permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan dimana-mana salah satu cawangan bank yang terlibat dengan perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula 30 Januari 2012.
  2. Borang permohonan yang telah siap diisi perlu diserahkan kembai kepada pihak bank untuk semakan. Bank yang terlibat dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia adalah Maybank, CIMB, RHB dan BSN
  3. Sila bawa bersama dokumen asal serta salinan yang telah disahkan iaitu :
  • MyKad Pemohon beserta 2 salinan
  •  MyKad pasangan (Jika berkenaan) beserta 1 salinan
  • Bukti pendapatan ( 1 salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini dan  1 salinan penyata bank 3 bulan terkini)

Pilihan Cara Pelaburan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia :

Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
1. Melalui Pinjaman Bank:
  • Gaji bawah RM3,000 – buat pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan yang diterima adalah sebanyak RM50 (pendapatan bulanan – bayaran kepada bank) (RM134-RM84)
2. Pelaburan Tunai :
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
Tempoh permohonan SARA 1Malaysia adalah selama setahun bermula dari tarikh pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, atau sehingga kesemua peruntukan pembiayaan habis dilanggan yang mana lebih awal.
Maklumat lanjut Skim Amanah Rakyat 1Malaysia layari http://www.sara1malaysia.com.my
Walaubagaimanapun, banyak kekeliruan yang bermain difikiran rakyat Malaysia terutamanya penganut Islam yang tertanya-tanya apakah status halal dan haram Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ini. Apa kata kita tunggu sahaja pandangan daripada yang lebih arif mengenai hal ini daripda kita membuat kesimpulan sendiri.
Sebagai panduan, boleh rujuk pada artikel ” Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjamin Keuntungan“.
Kredit : BeritaSemasa  
&

1 comment:

Unknown said...

Salam,
Tkasih atas usaha perkongsian maklumat yang penting seperti ini