Monday, February 27, 2012

azam 2012 akan terlaksana ke?

Assalamualaikum.....

Kejap jer rasenya baru masuk 2012 tapi feb dah bakal melabuhkan tirainya... thn lepas aku ada bercita2 nak ambil cuti beberapa hari & spend time dgn bonda terchenta... aku x pernah cuti lama2 & dok ngn mak selalu cuti kejap jer... mak aku selalu ckp mcm mimpi jer ko balik nih. aku balas rungutan mak dgn senyuman... mase aku lom matang dulu aku ckp - dulu mase org lom kawin, tiap minggu org balik mak kata asyik balik jer. duit habis kat perjalanan. skg org dah kawin x leh balik lama2 mak kata cmni pulak.
tapi sejak2 dah matang ni bila mak merungut cmtu aku senyum jer.

memangla kalau org dengar ape yg aku ckp biase2 jer. (mungkin sbb aku ckp sambil gelak2) tapi tu dulu... mak dah makin berumur, dah makin sensitif perasaannya. walaupun mak x cakap tapi sapa tau apa yang ada dalam hati mak? kalau boleh aku x nk lukakan hati mak walau sikit pun. calarpun x mau. CNY aritu baru jer mak dtg umah aku & pegi bercuti sama2 4 hari. lepastu minggu berikutnya mak da tye bile nak balik kampung? bagi aku ala baru jer jumpa aritukan. tapi bagi mak?

secara jujurnya dulu aku mmg kurang rapat dengan mak berbanding arwah ayah. yelah sejak sekolah aku dah berjauhan dengan mak. dok asrama & habis sekolah aku sambung belajar. balik pun jarang2. bila dah kerja aku rajin gak balik. tapi tulah.. mak bising kata aku asyik balik, duit habis kat perjalanan. tak menyimpan langsung. lepastu aku dah jarang2 balik. sampailah aku kawin 9 thn lepas. arwah ayah lak meninggal masa tu aku kecik lagi baru nak masuk darjah 3. tapi detik yg singkat tu kami amat rapat. aku faham mak x leh la nk tumpu pada aku sorang sedangkan bawah aku ada 4 org lagi yg perlukan lebih perhatian. jadi banyak masa aku dengan arwah ayah. belajar pun dengan arwah ayah. dengan mak? mak garang sgt. x berani nk belajar ngn mak... huhu...

ops nk citer balik pasal azam yg bakal terlaksana tu... aku plan nk cuti 28/4/2012 - 1/5/2012. cukup x agaknye  masa utk mak ye? harap2 cukup.

Friday, February 24, 2012

aku suka hijau!!

Assalamualaikum....
Hijau.... saujana mata memandang... aku suka warna hijau. sejuk jer mata bila pandang warna hijau... org kata warna hijau semula jadi ni bagus utk terapi mata. sejauh mana kebenarannya aku tak tau. x google pun. yang aku atu aku suka warna hijau.... kalau aku tengah bengang pun bile terpandangkan warna hijau serta merta tahap kebengangan aku menurun. ermmm ... kalau boleh ape jer yg dekat dengan aku, aku nak warna hijau. bagi aku apa2 jer yg warna hijau mesti cantik.... apa yang penting aku suka hijau!!

selamat pengantin baru... yusry/lisa

pic copy dari beautifulnara.

Assalamualaikum.....

Harini jengok blog kawan2 sume ade citer pasal pasangan yusry & lisa surihani. dah pun selamat diijabkabulkan.... aku pun tak mahu ketinggalan nak ucapkan selamat pengantin baru. semoga berkekalan & bahagia hingga ke akhir hayat.... tu jer lah... :)




Thursday, February 23, 2012

15 tahun telah berlalu...


Assalamualaikum.....

Diam tak diam dah lebih 15 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan. zaman yg penuh kemanisan. terutamanya mase zaman form 4 &5 kat SMV Muar. tempoh persahabatan yg singkat tapi cukup bermakna. 

lepas SPM masing2 membawa haluan. ada yg terus bekerja & ada gak yg menyambung pelajaran. selepas beberapa tahun... kami dipertemukan dia alam maya.. facebook tentunya... ada jugak yg terus menghilang tanpa jejak. bila dah jumpa semula ni mcm2 cerita lama tersingkap semula. kalau dulunya kisah itu pahit, tapi sekarang dah jadi kenangan paling manis & lawak pun ada juga... hehe

Apabila 9 course bergabung (EK, EN, BB, AUTO, PPU, ABM, KFL, RF & KT) ada lagi macam2 versi cerita kisah kenangan kami semua. alangkah indahnya kalau kami bertemu semula di dunia nyata bukan sekadar di alam maya sahaja. bilakah masanya?? belum tahu lagi...


gambar kenangan class mate aku...
atas dari kiri :ahmad nikman, noorazli, wan fadzil, shahril yunus, isa, shukri, norul rizal, ragunaga, sanusi, khairul azli, rizal jaws, pelit, sharip, amirul, zai bai, tohe, zulhilmi, wak redza.
tengah dari kiri : ros, ayu, faiz, ida, ana, ina, zehan, mar, wati, aku, noor.
bawah dari kiri : hafiz, salleh, shahril pairon, zahari, irwan, mr. khoo, rin, lin, nora, umah, dila.




mega-suara cinta (lyric) & kenangan lalu



Assalamualaikum...

Pepagi ni layan lagu ni jap... hehe. Lagu ni zaman aku form 1 ker form 2 camtu ler. masa tu aku suka kawan2 dengan kakak senior yang dah form 4 & form 5.
Masa tu pulak kump mega ni antara kump yg paling diminati... semua lagunya meniti kat bibir remaja2 mcm kami ler... hehe.
aku ingat lagi kak suhaili siap tuliskan lirik lagi ni utk aku & kitorg nyanyi ramai2.... sekarang ntah mane2 hala la agaknya kertas lirik tu... tu antara kenangan manis aku zaman tu....

Bila teringatkan zaman tu aku teringat lak ngan arwah nuar.... kawan lelaki yg paling baik ngan aku mase tu...  Al-fatihah utk arwah... arwah meninggal pada mlm selepas pilihan raya tahun 1995. meninggal accident masa konvoi meraikan kemenangan UMNO dekat daerah aku masa tu.

Tak tau cmne aku boleh kawan rapat dengan nuar sedangkan dia form 5 & aku form 1. setiap hari dia mesti teman aku tunggu bas. lepas aku naik bas baru dia blah. kitorg bukan la couple. cuma kawan biasa yang selalu sembang macam2 hal. dekat setahun kitorg jadi kawan rapat. bila dia habis spm aku dah jarang2 jumpa dia sebab dia pun dah kerja. makin lama kitorang dah makin renggang & last berita yang aku dengar dia dah meninggal. sedihnya bukan kepalang. nuarlah satu-satunya sahabat lelaki aku yg paling best. paling sempoi & gila2. semoga Arwah Anuar Bin Miskon ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah.....

Monday, February 13, 2012

AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ...

Assalamualaikum....

Serius sedih dgr ceramah ni..... x tau nk gmbrkan ngn kata2 betapa sayunya hati aku ni.... korang pun tonton la video ni eh.... smg kita sentiasa insafi diri.... mendidik anak2 kita dengan sebaiknya.... moga jadi bekalan utk kita akhirat kelak....





Saturday, February 11, 2012

Assalamualaikum...

Weekend nak kemana? dok rumah melepak macam biasa. review balik novel2 lama yang aku dah habis baca.
adehhh!! bosannyeee.... aku da x de stok baru novel untuk dibaca. nak beli sekarang ni mcm membazir la pulak. baik tunggu pesta buku yang tak berapa lama lagi. barula bijak membeli dan bijak membaca... hehe..
novel yg aku borong masa karnival karangkraft haritu dah selamat aku khatamkan.
mungkinkah patut aku angkut novel dari rumah kak nurul??  akan ku fikirkan kemudian.

sebahagian dari novel yg aku borong mase karnival karangkraft thn lepas.