Wednesday, June 25, 2014

Tukar Kerja Lagi....

Assalamualaikum.....

Sebenarnya nak up citer ni mase sebelum masuk kerja baru haritu. Tapi ada macam2 hal lah pulak tu yang tak sempat nak up citer.

Aku resign tmpt kerja lama bukan sebab tak best. Giler tak best? Waktu kerja flexible. Kerja tak banyak. boleh 'tonton' bila2 suka. Sabtu tak kerja. Lagi? macam2lah. Cuma yang tak best gaji sikit... huhu. Betul walau gaji banyak mana pun kalau tak beringat tetap tak cukup juga. Tapi sejak ada ahli keluarga baru.... kena lah fikirkan keselesaan mereka juga.

Alhamdulillah... sebaik jer aku habis berpantang selang beberapa hari aku pegi interview. Dan diterima pada hari yang sama. Notis 2 minggu kat tempat kerja lama. Isnin aritu aku kerjalah tempat baru. Setakat ni kerja ok2 jer la... ye lah org baru... sok lusa belum tahu.... InshaAllah semuanya berjalan lancar.

Thursday, June 19, 2014

Siti Nur Wafiyyah Husna

Assalamualaikum .....

Haritu belum cerita lagi siapa nama puteriku itu.... Namanya adalah Siti Nur Wafiyyah Husna.
Maksud nama Wafiyyah Husna tu  yg menepati janji & baik.

Ramai juga yang tanya kenapa namanya panjang sangat? Heehehe.... kenapa ye? Jawapan mudah.... susah nk dapat woo ntah bila boleh dapat lagi. Ummi & ayahnya usia dah lanjut. hehe... ok x jawapan tu?

Nama panggilannya tak ada yg khusus pun... boleh jer nak panggil yg berkaitan dengan namanya.
aku panggil Husna... Mak aku pulak panggil una una una (style upin ipin). Mr Hubby aku panggil anak dagha ayah... hehe.. abg longnya panggil adik una.



Gambar ni di ambil masa usia Husna 2 bulan. Dah makin besar anak ummi... smg anak yg solehah ye sayang....



Tuesday, June 17, 2014

Bday my iman yg ke 3

Assalamualaikum....

Sekejap je masa berlalu. My Iman dah nak masuk 3 tahun. Selama hampir 3 tahun ni, Imanlah yang menjadi penyeri dalam rumahtangga kami. Anugerah yang tak ternilai. Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan permata ini walau bukan dari keturunan kami.

Sungguh kami ikhlas menjaga dan merawatnya. Memberikan didikan yang sewajarnya. Mengajar & menegur mana yang tersilap. (marah & rotan kalau tak dengar cakap tu wajib... huhu) Bukan bertujuan utk menyakitinya tapi utk memberi pengajaran padanya.

My Iman seorang yang cepat belajar sesuatu. Kadang2 hanya dengan melihat dia mampu untuk meniru @ mengulang perbuatan seseorang. Jadi perlu diingatkan jangan tunjuk perbuatan yang negatif pada Iman!!

Semenjak kehadiran Husna, Iman mungkin terasa kasih sayang kami tergugat sedikit. Tapi sejujurnya, kasih sayang kami tak pernah berkurang pun malah bertambah lagi.

Ulangtahun Iman yg bakal tiba nanti aku bercadang nak buat kek khas utk iman. Tapi, waktu tu aku baru bertukar kerja. Takut faktor kesibukan, keletihan & macam2 lagi aku batalkan hasrat tu. Jadi, kita order jer kek utk Iman yer... hehe

cari kat google


Kek kat atas tu contoh jer sbb mmg order rainbow kek. Kek sebenar belum ade lagi. Minggu depan kalau ada masa aku upload gmbr kek tu ye!




Bujang dah anak ummi....

orang baru..

Assalamualaikum....

Lamanya dah tak update blog nih.... Sibuk melayan org baru lah katakan... hehehe.

11/4/2014  Setelah sekian lama menanti maka lahirlah puteriku yg pertama.





Sepatutnya aku bersalin cara pembedahan pada 8/4/2014 sebab kedudukan bayi songsang. Procedure pembedahan dibuat pada 7/4/14. Pagi yg sepatutnya aku dibedah tu doktor scan balik & kedudukan bayi dah tak songsang & boleh bersalin secara normal. Caranya doktor akan beri ubat untuk mempercepat pembukaan pintu rahim.

Sakinya ya ampun!!! Rase nak karate jer doktor tu... Selepas 2 hari pintu rahim cuma buka 2 cm jer & baby pun jadi kurang aktif. Bila masuk air baby tu aktif ler kalau tak dia tidur jer.... Doktor risau, aku & hubby lagi lah risau. Tambah mak & family aku yg lain pun ikut risau.

Jadi... Doktor amik keputusan nak operate aku ari jumaat tu. Mase tu mmg tawakkal jer... Takut??? toksah citer. Sepanjang proses utk operation mmg tak henti berzikir jer. Akhirnya jam 12.40 PM.... Alhamdulillah... lahirlah 'dak tantik' 'anak dagha' ummi nih... :)

Tuesday, February 25, 2014

nasi lemak oh nasi lemak..

cari kat tok google

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak membebel pasal nasi lemak. Bukan nak membandingkan dengan nasi lemak yang mak aku buat sbb takkan bleh lawan. Tapi wahai peniaga2 nasi lemak... janganlah hanya memikirkan soal keuntungan semata2. Berniaga biarlah ikhlas. Baru rezeki yang kita dapat tu berkat. 

Biarpun tak semua peniaga nasi lemak macam tu, tapi yang sesetengah tulah yang selalu aku terkena. Serik?? Tak jugak... cuma serik nak pergi gerai yang sama ler...

Kalau terasa masak tu tak sedap carilah ilmu supaya masakan tu jadi sedap. Pembeli pun berpuas hati. Dan tak mustahil org akan datang lagi utk membeli. Ini harga nak mahal produk tak semenggah buat org marah. Agak2 lain kali org nak datang lagi tak?? 

Sekian bebelan utk hari ini!!

Monday, February 24, 2014

umrah


Assalamualaikum...

Semalam (Ahad 23/2/2014) mak, adik2, adik ipar & wak pol (abg mak) pergi menunaikan ibadah umrah.
Ikut perancangan awal tahun ni sepatutnya aku yang pergi dengan mak tapi disebabkan aku mengandung & pihak arab saudi menetapkan wajib adanya mahram aku tak dapat pegi.... belum sampai masa aku agaknya.. (redha) jadi mak pergilah dengan adik2.

Semalam adalah hari yang ditunggu2... mak dah pernah menunaikan ibadah haji pada tahun 1991. Selepas tu mak mmg berniat utk menunaikan haji sekali lagi tapi malangnya permohonan mak tidak diluluskan. Pada 2012 mak mendaftar dengan agensi CS Travel utk menunaikan haji tapi permohonan mak ditolak. Masa tu kononnya nak pegi dengan kak ngah & suaminya. Mak mmg kecewa sangat masa tu... 

Tahun lepas, aku menawarkan diri utk pergi bersama2 mak. Tapi tak kesampaian pulak. Jadi mak ajak adik (mak su) pergi tapi masalah utk mendapatkan mahram pula. At last, mak ajak cik naem dan suaminya. mase tu wak pol tiada dalam perancangan. Bila wak pol dapat tahu mak nak menunaikan umrah, dia pun dah kelam kabut nak pergi juga. Secara automatik adik pun dapatlah pergi juga... 

Semoga Ibadah mak dgn yang lain diberkati dan dipermudahkan oleh Allah....

Semasa sesi perpisahan tu gugurlah airmata kami. En. suami pun x boleh menahan sebak kala mak memeluknya. My Iman pulak menangis menjerit2 ketika melepaskan mereka pergi. En. suami terus mencempung iman takut dia berlari mendapatkan mbahnya. Sehingga dalam kereta Iman masih nangis lagi tanpa mahu dipujuk... akhirnya Iman diam juga bila ayahnya berhenti ditepi jalan utk melihat kapal terbang.

6/3/14 nanti mak dan yang lain akan balik ke Malaysia. Semoga mereka semua selamat di perjalanan... Amin...
alamak mak pejam mata lak
lom sedia lagi ler...
iman pun nak g umrah gak...
saaaaaayang.. mak..
adik aka mak su, mak, cik jal, wak pol, mummy aka cik naem..
peaceee...
iman da start wat muka sedih..

SINAR HARIAN : Terkejut lihat bayi dihurung semut

Terkejut lihat bayi dihurung semut

Assalamualaikum....

Buka jer berita sinar harian on9 harini dah nampak berita nih.... Rasa sangat sedih dan kecewa dgn sikap sesetengah rakyat Malaysia ni. Kat mana diorg letakkan tahap kewarasan diorang ni aku pun tak tau!! Tahap emosi aku mmg tinggi melangit bila baca berita2 mcm nih....

Berita lanjut sila baca kat SINI .

Dekat opis aku ni ada seekor anjing. Setiap kali org lalu, tak kira lah pejalan kaki atau berkenderaan dia akan mengejar & menggonggong. Anjing tu bukan nak mengigit atau minta makanan tapi, dia nak minta simpati pada yg lalu lalang utk mencari anaknya yg diambil org. Itu cerita yg diberitahu oleh mamat cina yg kerja kat bawah opis aku. Aku tanya mana dia tau? kata dia lagi, anjing tu mmg da lama berkeliaran kat kawasan situ sebelum dia beranak lagi. Dia yang selalu bagi makanan kat anjing tu. Anjing tu ok2 jer sebelum ni. Tak kisah pun dengan org yang lalu lalang. Tapi sejak dia beranak & anak dia diambil org dia jadi mcmtu.

Korang nmpk tak?? sedangkan seekor anjing yang tak punya akal pun begitu sayangkan anaknya, apa yang sepatutnya seorg manusia yang Allah kurniakan akal fikiran yang sempurna lakukan??

Ada ramai lagi pasangan yg berkahwin kat dunia ni susah nak dapat zuriat. Ini yang dapat zuriat boleh senang2 jer campak anak kat tong sampah. Memang diorg ni tak pernah fikir apa perasaan anak tu bila dia dewasa & tau kat mana diorg dijumpai... menyedihkan bukan??