Wednesday, November 21, 2012

my iman

Assalamualaikum..... ape khabar semua... dah lama x bersiaran kat sini, diharap sume kawan2 sht... my iman skg ni dah makin membesar & sgt aktif... 26/11 ni genaplah umur Iman 1 tahun 5 bulan..... dah mula pandai bercakap & menyebut perkataan mudah. paling pantang nampak air mesti terjerit2 panggil air.. air... air... lagi satu asal merentasi jambatan jer mesti dia sebut air... mungkin dia fikir asal ada jambatan jer mesti ada air...
perkataan lain yg dia tau sebut ayah, atuk, opah, abang, nenek, mi(ummi/mummy) mama, nak, dah , asut(kasut), soso(susu),ball& beberapa perkataan lain lagi...
satu lagi kepantangan Iman adalah bola bila nmpk bola jer mesti dia terjerit2kan ball.. ball katanya. siap dah pandai sepak bola ambik side lagi.. haha.. buat masa ni permainan lain dia tak dela menunjukkan minat sgt... suka gitu2 jerk... kalau dapat kereta mainan mmg jahanam dia kerjakan rodanya... hehe
sifat positif yg sgt membanggakan bila setiapkali azan berkumandang Iman akan mengangkat tangannya ketelinga dan menyebut Allahu Akhbar (mengikut gaya pelat dia la) dan setiap kali selepas azan Iman akan mengangkat tangan utk berdoa... sungguh aku teruja & terharu... semoga Iman terus menunjukkan sifat2 positif kearah anak yg soleh... amin...