Saturday, January 7, 2012

n3 pertama 2012

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua... nilah n3 pertama untuk 2012... agak sibuk & selalu tu buat2 sibuk.. hehehe...

Ermmm... x nak cerita pasal azam tahun ni..... azam tu simpan dalam hati jer... kalau berjaya Alhamdulillah... kalau x cuba lagi tahun depan.... hehehe.. boleh gitu?

Semalam ada seorg sahabat mengadu tentang masalah rumahtangganya. Dia meminta nasihat & pandanganku. Erkkk!!!! Layak ke aku memberi pandangan? sedangkan dalam rumahtanggaku masih banyak cacat celanya.

Kata sahabatku itu dia lebih mempercayaiku dari temannya yang lain. terima kasih kuucapkan padanya kerana mempercayaiku. Tapi persoalannya jujurkah aku sbg sahabatnya? bolehkan aku menyimpan rahsianya. sesungguhnya itu amanah yg amat berat bagiku.

Pada sahabatku itu kutitipkan sedikit nasihat dan pandangan demi utk tidak menghampakannya....

- jgn tinggal solat 5 waktu (ingatan utkku juga)
- selalu baca Quran. (ingatan utkku juga)
- amalkan ayat seribu dinar, ayat kursi & beberapa potong ayat yg memang selalu aku amalkan.
- jangan bandingkan diri dgn org yg bahagia sebaliknya yakinkan diri kita juga boleh bahagia seperti mereka.
- bersyukur menerima ujian ini kerana dengan ujian ini ia lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.
- sentiasa muhasabah diri.
- kuatkan semangat. org yg lemah syaitonirrojim memang suka menghasut.

dan satu lagi perkongsian dari seseorg(kak ichom) yg aku hormati melalui ibuku - sedekahkan fatihah utk diri sendiri & org2 yg kita sayang setiap kali lepas solat....

semoga sabahatku itu tabah menghadapi ujian ini.... Amin Ya RabbilA'laminnn.....

No comments: