Monday, February 24, 2014

umrah


Assalamualaikum...

Semalam (Ahad 23/2/2014) mak, adik2, adik ipar & wak pol (abg mak) pergi menunaikan ibadah umrah.
Ikut perancangan awal tahun ni sepatutnya aku yang pergi dengan mak tapi disebabkan aku mengandung & pihak arab saudi menetapkan wajib adanya mahram aku tak dapat pegi.... belum sampai masa aku agaknya.. (redha) jadi mak pergilah dengan adik2.

Semalam adalah hari yang ditunggu2... mak dah pernah menunaikan ibadah haji pada tahun 1991. Selepas tu mak mmg berniat utk menunaikan haji sekali lagi tapi malangnya permohonan mak tidak diluluskan. Pada 2012 mak mendaftar dengan agensi CS Travel utk menunaikan haji tapi permohonan mak ditolak. Masa tu kononnya nak pegi dengan kak ngah & suaminya. Mak mmg kecewa sangat masa tu... 

Tahun lepas, aku menawarkan diri utk pergi bersama2 mak. Tapi tak kesampaian pulak. Jadi mak ajak adik (mak su) pergi tapi masalah utk mendapatkan mahram pula. At last, mak ajak cik naem dan suaminya. mase tu wak pol tiada dalam perancangan. Bila wak pol dapat tahu mak nak menunaikan umrah, dia pun dah kelam kabut nak pergi juga. Secara automatik adik pun dapatlah pergi juga... 

Semoga Ibadah mak dgn yang lain diberkati dan dipermudahkan oleh Allah....

Semasa sesi perpisahan tu gugurlah airmata kami. En. suami pun x boleh menahan sebak kala mak memeluknya. My Iman pulak menangis menjerit2 ketika melepaskan mereka pergi. En. suami terus mencempung iman takut dia berlari mendapatkan mbahnya. Sehingga dalam kereta Iman masih nangis lagi tanpa mahu dipujuk... akhirnya Iman diam juga bila ayahnya berhenti ditepi jalan utk melihat kapal terbang.

6/3/14 nanti mak dan yang lain akan balik ke Malaysia. Semoga mereka semua selamat di perjalanan... Amin...
alamak mak pejam mata lak
lom sedia lagi ler...
iman pun nak g umrah gak...
saaaaaayang.. mak..
adik aka mak su, mak, cik jal, wak pol, mummy aka cik naem..
peaceee...
iman da start wat muka sedih..

7 comments:

babYpose said...

Alhamdulillah, moga dapat ke sana juga nanti, InshaAllah

Knor said...

semoga selamat sampai dan kembali..
in shaa Allah teringin sgt nak ke sana..

Kesuma Angsana said...

kita doakan mereka semua yer !

Kakzakie said...

Tengok dari beg mak kakak pergi sekeluarga hari itu itu pun dgn Tiram Travel. Tapi kakak flight dari Senai Johor direct ke Jeddah.. 8 jam kami tiba sana.

Moga mak dan semuanya diberi kesihatan terbaik utk beribadah dgn penuh khusyuk..

RDZ Z said...

Semoga mendapat umrah yanhg mabrur..Aminn!!

Nanie said...

Semoga selamat semuanya...

Cho Zila said...

Alhamdulillah dapat menjejekkan kaki ke sana.. semoga selamat semuanya...