Tuesday, February 25, 2014

nasi lemak oh nasi lemak..

cari kat tok google

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak membebel pasal nasi lemak. Bukan nak membandingkan dengan nasi lemak yang mak aku buat sbb takkan bleh lawan. Tapi wahai peniaga2 nasi lemak... janganlah hanya memikirkan soal keuntungan semata2. Berniaga biarlah ikhlas. Baru rezeki yang kita dapat tu berkat. 

Biarpun tak semua peniaga nasi lemak macam tu, tapi yang sesetengah tulah yang selalu aku terkena. Serik?? Tak jugak... cuma serik nak pergi gerai yang sama ler...

Kalau terasa masak tu tak sedap carilah ilmu supaya masakan tu jadi sedap. Pembeli pun berpuas hati. Dan tak mustahil org akan datang lagi utk membeli. Ini harga nak mahal produk tak semenggah buat org marah. Agak2 lain kali org nak datang lagi tak?? 

Sekian bebelan utk hari ini!!

6 comments:

babYpose said...

Haha sekian bebelan tu yang tersenyum tu :) nasi lemak bungkus dulu tu sedap bukannya susah pun, copy paste ja, hehe sambung bebel :)

Kakzakie said...

Kalau nasi lemak kakak buat sendiri mesti nak letak halba sikit, letak halia dan bawang putih. Dah tu jgn lupa masukkan serai dan daun pandan mesti sedap hajar...

So baik buat sendiri:)

Knor said...

betul,setakat ni belum ada lagi nasi lemak yg sedappp..semuanya sedih..bt sendiri lgi bagus..

bila mkn nasi lemak kedai..selalunya sedih...sampai kta kat somi..kalau diorg minta knor ajar masak nasi lemak,boleh sgt..free je bgi ilmu memasak..bknnya nak sombong,tapi niat nak membantu..

Abe Kie said...

kdg2 harga yg dibayar tu x sepadan dgn rasa makanan itu. kalau mahal tp sedap ok je..masalahnya dah la mahal..rasa plak hampeh.

Kesuma Angsana said...

kalau sedap beli lagi lah, kalau k mmg idaklah !

Torascool said...

salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com