Friday, January 10, 2014

Mak jatuh tangga!!


Assalamualaikum.....

Minggu lepas 2 org adik perempuan aku balik kampung. Mulanya sebab nak menghadiri kursus umrah tapi dibatalkan last minute oleh pihak pengurusan. Oleh kerana mak pun tak berapa sihat & abg yg jaga mak kena hantar anaknya balik asrama di Perak, adik2 pun teruskan jugak balik ke kampung.

Mak aku tu walaupun tak sihat bukan reti duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya. Hari ahad lepas makan tengahari masing2 kekenyangan dan buat aktiviti membelai perut. Yang mak pulak boleh jer tetiba hilang. Tetiba adik aku yg last dengar benda jatuh yang agak kuat juga bunyinya. Boleh pulak dia ignore je bunyi tu tak pegi tengok. Selang beberapa ketika baru dengar mak aku mengerang kesakitan. Apalagi menjerit & berlarilah adik aku membantu.

Rupa2nya mak aku pegi panjat pokok cempedak. Sekarang ni memang musim cempedak & pokok kat rumah mak tu memang menjadi betul buahnya. buah tu mak aku nak petik buat bekalan adik2 aku balik ke sini katanya. Luka & berdarahlah kaki mak terkena batu. Kepalanya pulak benjol terkena tangga.

Adik nak hantar ke klinik tapi mak tak mahu jadi, hantar jerlah mak pegi berurut. Abg yg hantar anaknya kat Perak pun bergegas balik lepas semua urusan pendaftaran selesai. Risau juga dgn keadaan mak walaupun bukanlah teruk sangat (kata mak lah...) kami adik beradik tetap risau juga. Mak tu ada mengidap kncing manis dan darah tinggi & selalu mengalami lemah2 badan. sebab tu agak risau kalau tinggalkan mak kat rumah sendirian. mujur juga kami ada 8 beradik (yg sulong dah meninggal tinggal 7). Jadi bila abang yang tinggal dengan mak ada urusan kena ke tempat lain akan adalah yang akan mengganti tempatnya.

Disebabkan kaki mak bengkak abang buatkan lah tongkat utk memudahkan mak berjalan. Minggu ni giliran aku pulak balik menjenguk mak. Abg ada urusan esok menghantar anak ke2nya ke sekolah tahfiz. My Iman pun dah x sabar nak balik jumpa mbahnya...




Photo: lw pown mata aq ngantok xley than sal bru blek dri perak mlm tdy.. Siap gak tongkat mak aq.. Hasil tgan aq.. Bkn kdkot tpy bjimat cermat. Hehex
tongkat hasil tangan abg utk mak (abg aku ni mmg kreatif)



Sekian.

4 comments:

BUNDA said...

Salam ukhwah...selamat petang..

makcikkantin said...

moga mak hajar cepat sihat

Knor said...

Mmg begitulh mak2 ni..haih pyh sgt nk ke klinik..

urut sajalh diorg nk..
alhamdulillah ada org baik hati buatkan tongkat..
moga cpt baik .

Irfa said...

mak dah ok ke?