Monday, January 20, 2014

drama Balqis karya Erma Fatimah

foto ehsan tok google

Assalamualaikum......

Dah lama giler tak layan drama kat TV3. mlm td tertengok drama Balqis hasil karya Pengarah Erma Fatimah. Serius sedih citer tu. May be tu citer lama kot. aku jer yg tak tengok.

Aku memang suka giler kalau tgk Nabila Huda yg berlakon. menjadi saje lakonan dia. Puteri Balqis tu pun pandai sgt berlakon. kecik tapi berbakat besar. aku rase dia lebih hebat dari Mia Sara.

dah nak citer tu jer... Sekian..

Friday, January 10, 2014

Mak jatuh tangga!!


Assalamualaikum.....

Minggu lepas 2 org adik perempuan aku balik kampung. Mulanya sebab nak menghadiri kursus umrah tapi dibatalkan last minute oleh pihak pengurusan. Oleh kerana mak pun tak berapa sihat & abg yg jaga mak kena hantar anaknya balik asrama di Perak, adik2 pun teruskan jugak balik ke kampung.

Mak aku tu walaupun tak sihat bukan reti duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya. Hari ahad lepas makan tengahari masing2 kekenyangan dan buat aktiviti membelai perut. Yang mak pulak boleh jer tetiba hilang. Tetiba adik aku yg last dengar benda jatuh yang agak kuat juga bunyinya. Boleh pulak dia ignore je bunyi tu tak pegi tengok. Selang beberapa ketika baru dengar mak aku mengerang kesakitan. Apalagi menjerit & berlarilah adik aku membantu.

Rupa2nya mak aku pegi panjat pokok cempedak. Sekarang ni memang musim cempedak & pokok kat rumah mak tu memang menjadi betul buahnya. buah tu mak aku nak petik buat bekalan adik2 aku balik ke sini katanya. Luka & berdarahlah kaki mak terkena batu. Kepalanya pulak benjol terkena tangga.

Adik nak hantar ke klinik tapi mak tak mahu jadi, hantar jerlah mak pegi berurut. Abg yg hantar anaknya kat Perak pun bergegas balik lepas semua urusan pendaftaran selesai. Risau juga dgn keadaan mak walaupun bukanlah teruk sangat (kata mak lah...) kami adik beradik tetap risau juga. Mak tu ada mengidap kncing manis dan darah tinggi & selalu mengalami lemah2 badan. sebab tu agak risau kalau tinggalkan mak kat rumah sendirian. mujur juga kami ada 8 beradik (yg sulong dah meninggal tinggal 7). Jadi bila abang yang tinggal dengan mak ada urusan kena ke tempat lain akan adalah yang akan mengganti tempatnya.

Disebabkan kaki mak bengkak abang buatkan lah tongkat utk memudahkan mak berjalan. Minggu ni giliran aku pulak balik menjenguk mak. Abg ada urusan esok menghantar anak ke2nya ke sekolah tahfiz. My Iman pun dah x sabar nak balik jumpa mbahnya...




Photo: lw pown mata aq ngantok xley than sal bru blek dri perak mlm tdy.. Siap gak tongkat mak aq.. Hasil tgan aq.. Bkn kdkot tpy bjimat cermat. Hehex
tongkat hasil tangan abg utk mak (abg aku ni mmg kreatif)



Sekian.

Thursday, January 9, 2014

ALHAMDULILLAH DAH 25 MINGGU....

Assalamualaikum......

Sebenarnya dah lama nak kongsi berita gembira ni kat sini tapi malas nak menaip la pulak.... hehehe.. Setelah aku menunggu hampir 11 tahun akhirnya aku disahkan mengandung utk kali kedua (kali pertama nov 2011. tapi x ingat ada update kat sini @ tak) SYUKUR ALHAMDULILLAH... segala puji hanya bagi Allah. Dia yg menurunkan rezeki pada hambaNya.

Pertama kali check sendiri aku gembira tak terkata. Waktu en. suami buat solat sujut syukur aku menangis teresak2. En. suami apatah lagi. My Iman pun nampaknya teruja nak dapat adik.

Sekarang ni usia kandungan aku dah masuk 25 minggu. Alhamdulillah tiada alahan yg teruk utk aku. Masa awal mengandung tu aku memang tak berapa lalu nak makan. Berat badan pun susut sikit. Sangat loya bila tengok telur & daging ayam. Sekarang Alhamdulillah... dah boleh terima telur ayam kecuali telur mata kerbau. Daging ayam pulak cuma boleh makan tang dada je. kalau part lain mesti loya.

Masa pertama kali buka buku pink kat klinik kesihatan macam2 la yang nurse tu bagi nasihat. nurse semua baik2 dan comel lote belaka. yang sebelum ni ada kawan2 cakap nurse klinik kesihatan kerajaan garang2 tu hanyalah gopis semata2. Disebabkan aku ada masalah tekanan darah tinggi maka aku kenalah datang melawat KK tu 2 kali seminggu. Tujuannya utk mengawal tekanan darah & mengelakkan komplikasi semasa mengandung. Alhamdulillah tekanan darah sekarang ni amat terkawal. walaupun aku dibekalkan ubat tapi aku tak makan ubat tu beria2 pun. Aku cuba mengawal dengan cara aku sendiri.

Masalah aku bukan setakat tekanan darah je yang tinggi. aku ni memang dah sedia obesiti jadi nurse betul2 nak pantau keadaan aku. Aku jugak ada masalah kekurangan darah. Macam2 masalah ada. Tapi aku layankan aje. Nak mengandung ni pun bukannya senang. Kena tunggu 11 thn woo.. jadinya aku kena jaga kesihatan aku sebaik mungkin.




ihsan cik google

Lain kali sambung lagi (pssstt... kalu rajin)

Sekian..

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..


Assalamualaikum.....

Dah lama sangat tak join Segmen.... kali ni ni join segmen En. Abak pulak. Sesapa nak join boleh ler klik kat link tu ye...




Thursday, January 2, 2014

SEDEKAH KERANA ALLAH...

Assalamualaikum.....

Harta yg sedikit kalau dibahagi2kan ke jalan Allah pasti ada ganjaran.
Mungkin kita belum mampu untuk memberikan zakat harta kita yg tidak seberapa.
Tapi selalu2 lah menghulurkan sedikit sumbangan kepada yg memerlukan...

Setiap sumbangan kita janganlah mengharapkan balasan dari manusia cukuplah sekadar mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT.

Sebenarnya ini adalah ingatan utk diri sendiri dan sekadar berkongsi pada yang sudi membaca..

Sekian.

TAHUN BARU... AZAM???

Assalamualaikum.....

Sekian lama aku menyepikan diri dari dunia blog...... Hari ni berazam nak buat n3 pertama utk thn 2014... Ermmmm..... nak cerita pasal apa ye? Azam baru? Ada ke? Macam tak de jer... huhuhu.

Azam tahun ni nak meneruskan azam tahun lalu. Errr... Ingat lagi ke azam tahun lalu tu apa? macam dah lupa je.. kihkihkih.. huh!! apa2 je lah...

Insha Allah tahun ni aku akan tingkatkan lagi usaha utk menjadi wanita dan isteri yg solehah. Ummi yang mithali. Anak yg solehah juga. teman yg memahami. Buang semua sifat-sifat negatif dan suburkan sifat-sifat positif... Doakan aku ye...

Sekian..

Monday, October 7, 2013

Enam beradik ditinggal kelaparan

Enam beradik ditinggal kelaparan

KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang. (berita lanjut baca kat SINI)


**** serius bila baca cerita mcm ni aku akan emosi melangit :(((