Assalamualaikum......
Pagi ni aku dapat email dari seorg kawan.... jom baca utk renungan bersama..
Tuan/puan,
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Saudara saudari sekelian ,saya ingin berkongsi
sedikit info yang mungkin saudara saudari sudah pun dengar dan berfikir- fikir.
Sejak
kebelakangan ini banyak sudah di perkatakan mengenai ‘The
alignment of the Universe or planets’ pada 23,24 dan 25 Dec 2012.
Apakah yang
dimaksudkan dengan ‘the allignment of the universe atau planets’.Kita tahu sudah berkali -kali
berlakunya gerhana matahari dan bulan.Di antara kita, ada yang pernah lihat
dengan mata kita sendiri gerhana tersebut. Dalam bahasa mudah,ia berlaku
apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam satu garisan lurus. Kita tahu Setiap planet jarak pusingannya
berlainan begitu juga dengan kelajuan pusingan tidak sama, makin jauh daripada
matahari makin kurang daya tarikan gravity masing- masing dan juga ‘mass’
mereka berlainan. Maka tidaklah mustahil pada satu ketika kesemua 9 planet (Al Quran
kata ada 11 ) yang mengelilingi matahari akan berada pada satu garisan lurus.
Mengikut
pengetahuan sains yang dikurniakan kepada manusia daripada Allah S.W (umpama
setitik dalam lautan) manusia dapat mengira dengan tepat kepada ‘the nearest second atau minit’, bila masa
dan tarikh akan berlakunya gerhana matahari,gerhana bulan mahu pun b ila ‘
comet halley’ akan sampai
ke angkasa bumi sekali lagi.’Comet Halley’dijangka akan masuki ruang angkasa
kita sekali lagi pada tahun 2061,kali terakhir ia masuk ke ruang angkasa kita pada
tahun 1986.Jadi tidak mustahil untuk manusia mengiira bila masa akan berlaku ‘the
alignment of the planets’.
Mengikut
kajian yang dijalankan oleh NASA (kalau
betul sumbernya,mereka dikatakan tarik balik kajian tersebut atas alasan ia
akan buat manusia panic),apabila kesemua planet ada pada satu garisan, dunia
akan beralih dari dimensi ke 3
ke dimensi 0 dan selepas itu akan beralih ke dimensi ke 4 (Jika dimensi ke 2 atau tiga kita
boleh bayangkan tetapi dimensi 0 dan ke 4 tidak dapat saya bayangkan,mungkin
tuan-tuan lebih arif dalam hal ini) . Sudah
tentu planet planet ada pada jarak yang paling dekat ketika berada dalam satu
garisan lurus.
Pada ketika
itu juga Daya tarikan gravity
musytarikh(Jupiter)Planet yang ke 5 dari Matahari dan terbesar di Solar system
kita, 318 kali ‘mass’ bumi kita dan 1320 kali isipadu bumi, dikatakan begitu
kuat sehinggakan akan menarik bumi pusing berlawanan,iaitu bumi akan pusing mengikut
pusingan jam ,kebiasaanya bumi pusing berlawanan jam pada paksinya (jika
dilihat dari atas kutub Utara).
Apabila bumi pusing mengikut pusingan jam maka
kita akan lihat seolah olah matahari terbit dari arah barat, bukan seperti
biasa dari arah timur.Dan dikatakan bumi akan berada dalam kegelapan selama
tiga hari berturut turut disebabkan planet Zuhrah(Venus),planet yang ke dua
dari matahari, melindungi bumi. Bumi adalah planet yang ketiga.Bumi juga
dikatakan akan berhenti pusing pada paksinya seketika.
Apakah akan
jadi jika bumi berhenti pusing seketika.!!!
Kita semua
tahu apabila berada dalam kereta yang sedang bergerak kalau ditekan ‘brake’ tiba tiba, maka kita melonjak
ke depan.Maka kalau bumi berhenti pusing seketika ,sudah tentu air laut akan
menjunam masuk ke darat. Fenomena ini dikatakan akan berlaku seketika sahaja
,selepas itu bumi akan putar berlawanan jam sepert sedia kala dan
ditambahnya,selepas itu bumi akan jadi satu bumi baru.
Soalannya
tuan tuan apakah yang dimaksudkan dengan bumi baru itu.!!!
Rasullullah saw. Bersabda “Tidak
akan terjadi hari kiamat sebelum matahari terbit daripada sebelah barat.Apabila
matahari terbit daripada sebelah barat semua manusia akan jadi orang yang beriman,maka
pada waktu itu iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya dia tidak
beriman”(ada 6 rukun iman).
Kalau semua manusia jadi orang beriman,tiada orang jahat.tiada
yang buat dosa dan maksiat,bukankah itu satu dunia baru . Dan ketika itu tiada guna lagi beriman kerana
pintu taubat sudah pun tertutup.
Berdasarkan
pada huraian para Ulamak “Matahari akan terbit sebelah barat tetapi
sekali sahaja dan sebelum matahari terbit sebelah barat bumi akan kegelapan
selama 3 hari, dan itu adalah tanda kiamat hampir tiba”
Kita cuma
nak lihat persamaan kajian manusia dan hadis Rasullullah saw.
Walau apa juga pendapat kita, jangan pandang ringan Hadis sahabat,
Abu Hurairah r.a.
Beliau adalah perawi kita Ahlus Sunnah WalJamaah dan telah meriwayatkan lebih
5000 hadis dan hafal lebih 1000 hadis.Kiamat
sudah pasti berlaku,tetapi tidak semestinya fenomena tersebut diatas pasti
berlaku,kesemuanya ditangan Allah swt…. Rasullullah saw. sendiri tidak pernah menyatakan bila masa akan berlaku kiamat,hadis
tersebut di atas pun tidak menyatakan bila akan berlaku peristiwa tersebut.
Maka kita boleh lah senyum sikit….sikit sahaja.Mungkin ia
tidak berlaku pada hujung tahun ini atau pun pada masa terdekat ini.
Jadi
sediakanlah banyak banyak bekalan iman
sebelum terlambat.Tidaklah rugi kalau kita percaya akan fenomena ini jika ia
boleh menggalakan kita meningkatkan
keimanan kita. Disamping banyak bertaubat , kita banyak berdoa memohon pada Allah
swt supaya ia tidak berlaku.Kalau ia berlaku, ia akan berlaku juga,
tidak ada makhluk yang berkuasa menghentikanya melainkan Allah swt. dan kalau tidak berlaku maka shukur
Alhamdulillah.Wallahualam.
Sekian, sekadar untuk renungan sahaja ,jika ada salah silap
harap maaf.Terima kasih.