Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Santai Bersama BEN ASHAARI

Assalamualaikum... jom2 join segmen nih... aritu konon kata malu nk join segmen tapi join gak (X_X).
hehe.. meh le kritik ape2 yg patut.... ape2 jer aku x kisah... aku adalah seorg yg positif terhadap kritikan.. cheewahhh...

harini Iman da genap sebulan... :)


Assalamualaikum... Alhamdulillah... Iman da genap sebulan harini... amk pic ni mase beberapa hari Iman di lahirkan. muka pun masih merah2 lagi. skg Iman da makin putih. ade masa nanti aku nk upload pic Iman lagi. mgu ni nak buat majlis potong jambul & cukur rambut kat kampung aku (bp).... x saba nk balik kg...




 

sakit beguk??

Assalamualaikum ..  korang pernah kene sakit beguk? aku x taulah dah pernah kene ke belum. org kata seumur hidup sekali mesti kene penyakit tu... pagini masuk ofis, sorang colleague aku kene sakit ni. kesian aku tgk dia. mgu lps kaki bengkak sbb terjatuh kat dpn tangga ofis. arini pipi lak yang bengkak. sampai menangis dia sbb terlalu sakit agaknya. g klinik tadi dapatla mc 2 ari. jom kita amik tau sikit pasal penyakit nih..



gambo2 ehsan dari tok google..

Beguk dan wabak parotitis merupakan penyakit disebabkan virus bagi manusia, disebabkan oleh virus beguk (RNA Paramyxovirus). Sebelum pembangunan vaksin dan pengenalan vaksin beguk, ia merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.[1]
Bengkak pada kelenjar liur (secara klasik dikenali sebagai kelenjar parotid) merupakan ciri penonjolan biasa.[2] Bengkak yang menyakitkan pada bahagian kerandut zakar (orchitis) dan rash juga mungkin berlaku. Simptom ini biasanya tidak teruk pada kanak-kanak. Bagi remaja dan orang dewasa, komplikasi seperti mandul atau separa mandul adalah lebih biasa, sungguhpun masih jarang dari segi bilangan mutlak.[3][4][5] Penyakit ini biasanya terhad, mereka yang sakit sembuh sendiri, tanpa rawatan khusus selain mengawal simptom dengan ubat penahan sakit.

nak tau lebih lanjut? jom merewang kat sini. nak baca kat sini pun boleh..

Friday, July 22, 2011

aku tak sihat.....



Assalamualaikum..... aku tak sihat... batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan semua complete. balik karang nak buat bubur mcm kat gmba ni lah.. pastu buat sambal tumbuk buat pedas2. mkn ngn kicap pun ok jer... rebus telur masin pun ok..

Tak dapatla nk cium Iman. takut berjangkit. nanti susah pulak. rasanya arini rindu kat Iman berkali2 ganda.. rase2 nak jer bwk Iman g keje sok.. ade kat dpn mata senang..hehe bleh ke gitu??

Tuesday, July 19, 2011

kalau join segman...

Assalamualaikum....
n3 ni lebih kepada nak membebel kpd diri sendiri... (boleh gitu??)
kalau aku join segmen confirm followers aku bertambah. tapi tak kan aku nak mengharap segmen jer sedangkan pengisian blog aku cmne?? kekdg malu gak nak join segmen. segan nanti2 bila org singgah blog aku bukan ade ape bende yg menarik... komen2 dari rakan2 seblogger x lama dulu pun banyak yang lom aku perbaiki. ntah bilelah agaknye...
Keadaan masa yang amat2 terhad skg ni aku pun x tau nak wat cmne... bila blogwalking kat blog kengkawan terase rendahnya diri ni... (yang da sememangnye rendah.. )
tengok kengkawan kdg3 satu hari diorg punye n3 lebih dari 3 n3 terase jerk nk jadi mcm diorg.. tapi apa n3 cmne yg aku nk buat? org suka ke ngn n3 aku nanti?
ape2 pun aku akan berusaha mengatasi kelemahan aku ni.... sokongan dari kengkawan amatlah diperlukan.... :)

Friday, July 15, 2011

Lambaian Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum Warahmatullah.
MAAF DIATAS SEGALA KESILAPAN & TELAH LALU... (IKHLAS DARI SAYA)
Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Jadi tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah S.A.W. dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).
Berapa ramaikah daripada kalangan kita yang tidak tercapai hasratnya untuk merasai kemanisan dan kelazatan berada di bulan Ramadhan ini kerana telah dijemput menghadap Allah Taala terlebih dahulu? Berapa ramaikah yang masih mengharapkan tarbiah dan kelebihan dari Ramadhan untuk persiapan dirinya ketika mendapat Allah Taala akan tetapi ajalnya datang terlebih dahulu? Hakikatnya ialah kita dipilih oleh Allah Taala sekali lagi untuk mengecapi bulan Ramadhan ini. Oleh sebab itulah maka bersyukurlah di atas kesempatan yang telah diberikan oleh Allah Taala ini untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Semoga artikel ringkas yang saya sediakan ini dapat menjadi peringatan supaya kita tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah Taala pada Ramadhan kali ini. InsyaAllah.
ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN
Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).
Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).
ANTARA PERISTIWA PADA BULAN RAMADHAN (BULAN KEMENANGAN)
Peperangan Badar al-Kubra.
Pererangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.
Pembukaan Makkah.
Berlaku pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
Peperangan al-Qadisiyah.
Berlaku pada tahun 14 Hijrah.
Pembukaan Andalusia.
Berlaku pada tahun 92 Hijrah.
Peperangan Hittin.
Berlaku pada tahun 583 Hijrah.
Kekalahan Tentera Tartar.
Berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Kekalahan Israel.
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.
KEKUATAN RAMADHAN MENGHADAPI SYAITAN
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Syaitan merupakan musuh tradisi kepada anak Adam. Permusuhan ini bermula sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S. sehinggalah ke hari qiamat. Janganlah sesekali anak Adam tunduk mengabdikan diri kepada tuntutan syaitan yang akan terus-menerus menyesatkan manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
(Surah Yasin: ayat 60 dan 61).
Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan sedangjan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah: ayat 268).
Di antara peranan syaitan ke atas anak Adam ialah:
01. - Berusaha mengkufurkan orang mukmin.
02. - Bersifat gopoh.
03. - Mengikut hawa nafsu.
04. - Hasad dengki.
05. - Takabbur.
06. - Menghapuskan rasa takut dan ingatan manusia kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugikan.
(Surah al-Mujaadilah: ayat 19).
Di kesempatan Ramadhan kali sama-samalah kita menjauhi segala apa yang telah dilarang oleh Allah Taala dan mentaati segala apa yang diperintahkan olehNya. Semoga segala sifat-sifat dan ajakan syaitan tidak dapat menumbusi diri kita kerana syaitan telahpun dirantai sepanjang Ramadhan. Janganlah pula hawa nasfu diri turut menguasi diri tatkala mana syaitan tiada di sisi.
BEBERAPA PERINGATAN DAN NASIHAT SEPANJANG RAMADHAN
01. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah Taala.
02. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
03. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah Taala menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
04. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
05. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
06. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.