Tuesday, January 21, 2014

mak...



Assalamualaikum....

Baru lepas call mak tanya keadaan kesihatan mak. Mak kata mak lemah2 badan. Bukan ada buat kerja apa pun. Cuma pegi kedai order barang ukt kenduri jer nanti. Bila balik badan jadi lemah2 lagi.

Sejak akhir2 ni mak selalu sakit2. Semalam adik aku dtg rumah dia tanya aku, perasan tak kalau mak dok sorang2 mak suka menghitung jari jemarinya. aku mane lah nak perasan sebab aku mmg jarang2 balik. kata adik aku bila ditanya dengan mak kenapa hitung jari mak kata dia menghitung hari... kalau dapat mati kat
mekah kan seronok.

Aku yang dengar dari adik aku pun dah sentap apatah lagi adik aku yg dengar dari mulut mak sendiri. Mati tu pasti. tak siapa pun dalam dunia ni mampu menidakkan akan adanya kematian. Aku juga pasti akan mati suatu hari nanti. Tapi YA ALLAH... kami masih memerlukan mak utk mendampingi kami. masih mahu bergantung harap. masih memerlukan nasihat & kata2 semangat dari mak. Kami masih mahu mengembirakan & menyenangkan hati mak. masih mahu melunaskan impian2 mak yang masih belum tercapai....

YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH USIA HJH MARIAM BINTI HAJI BASORI. KAU KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUKNYA. KAU PELIHARALAH KESEJAHTERAAN HIDUPNYA.... AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.....

6 comments:

Irfa said...

igt mati itu lebih baik dr lgsung x ingat mati
itu kata seorang ustaz dulu
dah senyum mak tu, besar betul buah mangga tu ye

MizzTina said...

moga dilanjutkan usia n diberi kesihatan yg baik².. kem slm kt rudik ye kak..

Kayu Manis said...

In shaa Allah sehat mak tu..nk sikit pelam tu...bt knor kecur je...lma tk mencicah...

Anonymous said...

amin2... mudah2an mak dah sihat yer !

hajar said...

mekasih atas doa kawan2... buah pelam beso tu tinggal kenangan jer... pokoknye dah merajuk tak nak berbuah...

Tengkubutang said...

semoga mak nya sihat walafiat dikasihi selalu.. aminn