Sebenarnya dah lama nak kongsi berita gembira ni kat sini tapi malas nak menaip la pulak.... hehehe.. Setelah aku menunggu hampir 11 tahun akhirnya aku disahkan mengandung utk kali kedua (kali pertama nov 2011. tapi x ingat ada update kat sini @ tak) SYUKUR ALHAMDULILLAH... segala puji hanya bagi Allah. Dia yg menurunkan rezeki pada hambaNya.
Pertama kali check sendiri aku gembira tak terkata. Waktu en. suami buat solat sujut syukur aku menangis teresak2. En. suami apatah lagi. My Iman pun nampaknya teruja nak dapat adik.
Sekarang ni usia kandungan aku dah masuk 25 minggu. Alhamdulillah tiada alahan yg teruk utk aku. Masa awal mengandung tu aku memang tak berapa lalu nak makan. Berat badan pun susut sikit. Sangat loya bila tengok telur & daging ayam. Sekarang Alhamdulillah... dah boleh terima telur ayam kecuali telur mata kerbau. Daging ayam pulak cuma boleh makan tang dada je. kalau part lain mesti loya.
Masa pertama kali buka buku pink kat klinik kesihatan macam2 la yang nurse tu bagi nasihat. nurse semua baik2 dan comel lote belaka. yang sebelum ni ada kawan2 cakap nurse klinik kesihatan kerajaan garang2 tu hanyalah gopis semata2. Disebabkan aku ada masalah tekanan darah tinggi maka aku kenalah datang melawat KK tu 2 kali seminggu. Tujuannya utk mengawal tekanan darah & mengelakkan komplikasi semasa mengandung. Alhamdulillah tekanan darah sekarang ni amat terkawal. walaupun aku dibekalkan ubat tapi aku tak makan ubat tu beria2 pun. Aku cuba mengawal dengan cara aku sendiri.
Masalah aku bukan setakat tekanan darah je yang tinggi. aku ni memang dah sedia obesiti jadi nurse betul2 nak pantau keadaan aku. Aku jugak ada masalah kekurangan darah. Macam2 masalah ada. Tapi aku layankan aje. Nak mengandung ni pun bukannya senang. Kena tunggu 11 thn woo.. jadinya aku kena jaga kesihatan aku sebaik mungkin.
ihsan cik google |
Lain kali sambung lagi (pssstt... kalu rajin)
Sekian..
6 comments:
11 tahun??? dila nak masuk tahun ke 2... stress.. semoga semangat akk datang kat dila pulak... macam-macam nak tanye.. tapi dila takde FB.. huhu.. camne?
alhamdulillah. lama tu..rezeki..
selagi kita tak putus asa berusaha , insha Allah ada hasilnya . tahniah ! akak saya pun sedang loya . cuma blh mkn buah dan nasi bersama sambal jer .
Alhamdulillah, rezeki Allah.. Tahniah ye kak X)
wah..best nya dapat baby..hehe..tahniah akak
waaaa tahniah .. jaga diri n baby baik2 =)
Post a Comment