Thursday, January 2, 2014

TAHUN BARU... AZAM???

Assalamualaikum.....

Sekian lama aku menyepikan diri dari dunia blog...... Hari ni berazam nak buat n3 pertama utk thn 2014... Ermmmm..... nak cerita pasal apa ye? Azam baru? Ada ke? Macam tak de jer... huhuhu.

Azam tahun ni nak meneruskan azam tahun lalu. Errr... Ingat lagi ke azam tahun lalu tu apa? macam dah lupa je.. kihkihkih.. huh!! apa2 je lah...

Insha Allah tahun ni aku akan tingkatkan lagi usaha utk menjadi wanita dan isteri yg solehah. Ummi yang mithali. Anak yg solehah juga. teman yg memahami. Buang semua sifat-sifat negatif dan suburkan sifat-sifat positif... Doakan aku ye...

Sekian..

Monday, October 7, 2013

Enam beradik ditinggal kelaparan

Enam beradik ditinggal kelaparan

KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang. (berita lanjut baca kat SINI)


**** serius bila baca cerita mcm ni aku akan emosi melangit :(((

Thursday, August 1, 2013

ZAKAT FITRAH 1434H



Assalamualaikum....

Alhamdulillah... zakat fitrah utk thn ni dah ditunaikan oleh en. suami mlm tadi sebelum solat terawih.

Lunaskan cepat supaya x kelam kabut bila dah sibuk berkemas utk baik kg nanti...

Kepada rakan2 pembaca yg beragama Islam... selamat menunaikan rukun Islam ke 4 ni ye....

Thursday, July 11, 2013

KOREAN DRAMA : JANG OK JUNG

Assalamualaikum.......

Sekarang ni drama korea dekat ONE HD mmg dah jadi kegilaan aku... x tahu kenapa. sebab citer2 dia best kot... kot la....

selain dari drama yg dah lps2 sblm ni, sekarang ade satu drama yg bersiaran setiap hari isnin & selasa . JANG OK JUNG. aku mmg suka giler dengan drama ni sbb dgn ketulusan hati ok jung tu mase sebelum dia jadi gundik & permaisuri..... ok jung tu pun cantik sangat.... err .... raja lee sun tu pun hensem gak dengan senyum senget dia..... heheheh.

2 episod yg lepas tu aku tgk gitu2 jer sbb terase ok jung jd kejam & terlalu cemburu.... tapi arini aku terase nk tgk on9 lak utk epi last.... errrr..... sedih !! kesian lak dgn ok jung.... peminat drama korea harus tgk drama nih....

                    'LIVE IN LOVE'






Selamat Menjalani Ibadah Puasa




Assalamualaikum....

W/pun harini dah hari ke2 Ramadhan.... aku nak ucapkan jugak selamat berpuasa pada semua kawan2 yg rajin singgah kat blog aku ni....

Semoga Ramadhan ni akan bertambahlah keimanan kita pada ALLAH SWT.... amin...



Thursday, June 20, 2013

info utk ibu hamil..

Kebaikan tidur mengiring untuk wanita mengandung (hamil)

Tidur mengiring merupakan posisi paling sesuai untuk wanita mengandung sama ada mengiring ke kiri atau kanan. Antara kebaikan tidur mengiring bagi wanita mengandung ialah :

1. Bayi mendapat oksigen dan nutrien yang maksima dari plasenta
2. Mengurangkan pembengkakan kaki, pergelangan kaki dan tangan.
3. Mengiring ke sebelah kanan mengikut sunnah rasulullah.
4. Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah.
5. Risiko bayi yang mati dalam kandungan rendah.



sumber: facebook

Khasiat Air