Sunday, October 26, 2014

Keterbatasan.....

Assalamualaikum.... Sejak berpindah kerja tempat baru segala kemudahan untuk bersosial memang sangat2 terbatas..... Tak pe... Aku pun tak kisah sgt.. kisah sikit3 jer... hehhe. yelah blogging tu personal aku... mana boleh aku nak guna kemudahan syarikat utk personal aku. Jadi..... aku kenalah cari alternatif sendiri. Broadband aku dah lama aku terminate sejak ada My Iman. Sejak tu memang aku dah tak pernah layan pun laptop aku tu sampai en. Suami tegur. 'loptop awak tu nak wat ape? Tersadai jer mcm tu x layan dia pun' 'rosaaakkk...' perlahan jer aku jwp sambil garu kepala tak gatal. ' kenapa tak repair???' 'errr...errrr... Lom ade mase...' 'ermmm.... Alasan lain?' Adeh!! Yelah.. Yelah... Aku yang salah. Tak tau na jaga harta benda. Semuanyamain longgok & biarkan... Dah kena tegur tau pulak nak sentap... Huhuhu. Nak tak mgu depan kena hantar gak kat ex opismate... Repair free.. Heheh. Jadinya disebabkan keterbatasan gejet aku yang tak berapa nk canggih ni... Tiadalah n3 bergambar hingga aku dapat penganti... Huh ade ker...

Tuesday, October 21, 2014

SADO - apa tu???

Assalamualaikum.

Terasa beno umur ni dah makin meningkat. Macam2 bahasa yang budak2 sekarang guna & aku langsung tak tau apa maknanya. Kesian2.....

Baru2 ni ada seorg kawan asyik sebut abg sado... abg sado... Aku pulak berkerut2 dahi memikirkan ape benda yang kawan aku tu cakap. Siasat punya siasat rupa2nya 'sado' singkat dari perkataan - besar(sa) + bodoh (do) = sado. Perkataan ni hanya sesuai untuk lelaki yang mempunyai badan yg tough sahaja. Isk3 macam2 dah budak sekarang ni.

Oh! Malaysiaku.... Betapa anak bangsaku yang semakin merosakkan bahasa. Makin terfikir2 kesian anak2ku kelak. Ntah bahasa bagaimana lagi yg akan tercipta mengiringi tumbesaran mereka....

Tuesday, October 14, 2014

#IKIM PILIHAN UTAMA SAYA


Assalamualaikum....

Sejak beberapa tahun lalu aku dah menukar siaran radio kereta kepada IKIM. Sebelum ni pun selalu gak dgr channel tu. Tapi on off. kekdg dgr kekdg tak. Tak tau ntah kenapa IKIM rase begitu dekat dihati. Bila tukar channel lain rase lain macam je.

Segmen2 kat IKIM pun lebih kepada mengisian rohani. Segmen yang paling aku suka ibrah, ilmu & pendidikan, islam agamaku, usrati & usrah nurani. Tu rantaian segmen setiap isnin hingga jumaat. bermula jam 5.15 ptg.

Ada satu lagi segmen islam itu indah. yg tu pun aku suka sebab ada ustaz pahrol. tapi malangye jarang sgt dapat dengar.

Jom sama2 tukar channel radio kepada IKIM. Moga bermanfaat utk semua.

#promofree
#mohondapatsahamakhiratjer
#perjuangandirikejalanmujahadah


 

Thursday, October 9, 2014

UBAN - USIA YANG MAKIN MENINGKAT

Assalamualaikum....

Terperasan sejak akhir2 ni banyak betul uban tumbuh kat kepala aku. Sampaikan En. Suami pun dah tegur....  huhuhu. jawapan mudah aku
              " nak wat cmne... bini abg ni dah semakin tua... abg tu jer yg tak tua2"
En. Suami pun gelak lah suka.... hehehe. Serius en. suami dah berumur 41 thn tapi belum sekali pun jumpa uban kat kepala dia. Abang aku yg sebaya dgn en. suami pun dah byk ubannye.

Kekadang selalu terfikir uban makin banyak, umur makin meningkat selama lebih 30 thn aku hidup ni dah berapa banyak amalan yg aku buat? Diterimakah amal kebaikan aku tu? Memenuhi syaratkah solat 5 waktuku? Cukup baik kah aku dgn ibubapa & mentuaku? Macam2 bendalah yang bermain dalam kotak fikiran aku ni.

Selalu juga aku berharap agar Allah panjangkan umurku sekurang2nya sehingga anak2ku dewasa & boleh mencorak kehidupan & mengikut syariat. Selalu juga aku kesayuan bila mengenangkan 'my iman'. Permata hati yang Allah hadiahkan saat aku benar2 merindukan tangisan anak kecil dalam rumahku...

Sahabat sekelian, andai jasad ini sudah tiada lagi dimuka bumi ini kirimkanlah Al fatihah utkku......