Monday, February 24, 2014

SINAR HARIAN : Terkejut lihat bayi dihurung semut

Terkejut lihat bayi dihurung semut

Assalamualaikum....

Buka jer berita sinar harian on9 harini dah nampak berita nih.... Rasa sangat sedih dan kecewa dgn sikap sesetengah rakyat Malaysia ni. Kat mana diorg letakkan tahap kewarasan diorang ni aku pun tak tau!! Tahap emosi aku mmg tinggi melangit bila baca berita2 mcm nih....

Berita lanjut sila baca kat SINI .

Dekat opis aku ni ada seekor anjing. Setiap kali org lalu, tak kira lah pejalan kaki atau berkenderaan dia akan mengejar & menggonggong. Anjing tu bukan nak mengigit atau minta makanan tapi, dia nak minta simpati pada yg lalu lalang utk mencari anaknya yg diambil org. Itu cerita yg diberitahu oleh mamat cina yg kerja kat bawah opis aku. Aku tanya mana dia tau? kata dia lagi, anjing tu mmg da lama berkeliaran kat kawasan situ sebelum dia beranak lagi. Dia yang selalu bagi makanan kat anjing tu. Anjing tu ok2 jer sebelum ni. Tak kisah pun dengan org yang lalu lalang. Tapi sejak dia beranak & anak dia diambil org dia jadi mcmtu.

Korang nmpk tak?? sedangkan seekor anjing yang tak punya akal pun begitu sayangkan anaknya, apa yang sepatutnya seorg manusia yang Allah kurniakan akal fikiran yang sempurna lakukan??

Ada ramai lagi pasangan yg berkahwin kat dunia ni susah nak dapat zuriat. Ini yang dapat zuriat boleh senang2 jer campak anak kat tong sampah. Memang diorg ni tak pernah fikir apa perasaan anak tu bila dia dewasa & tau kat mana diorg dijumpai... menyedihkan bukan??


4 comments:

Fiza Rahman said...

Ya! allah...kesiannya baby ni. Dah kena hurung semut plak tu :-(

win3 said...

Betul sekali Hajar, saudara saya juga sudah nikah belum dikaruniai keturunan, eh ni koq punya anak malah dibuang. Kasihan bayi itu dan betapa tidak bertanggung jawabnya si orang tuanya.

Blog Santai said...

Siapalah punya angkara tu ya...Hmmm. comel baby tu!!!

Anonymous said...

sedih sgt kan, x abis2 citer macm ni !