Assalamualaikum.....
Alhamdulillah..... Pada 8/2/13 selesai sudah kenduri ' tingkepan, aqiqah, cukur rambut & doa selamat kat rumah mak di kampung (Bt. Pht, Johor).
Aku sekeluarga bergerak pulang selepas Isyak utk memudahkan urusan perjalanan. Bila yang lebih utama didahulukan dah tak de apa yang perlu dirisaukan lagi.
Sampai di rumah mak lebih kurang jam 12.00 mlm. Kat rumah mak dah meriah bila kami sampai. Bukan senang kami nak berkumpul 7 beradik ni kalau tak de kenduri macam ni. Sedangkan waktu hari raya pun payah sangat nak berkumpul bersama. Tiba2 teringat kat arwah along.... andainya along masih ada pasti suasana lebih meriah lagi. (sebak)
My Iman pun teruja sangat berjumpa dgn sepupu2nya. Senyum mak pun meleret jer... Malam tu memang meriah sungguh ler rumah mak. Bila dah berkumpul beramai2 tu biasalah, sambil membuat kerja sambil bersembang. anak2 sibuk bermain walaupun malam dah semakin lewat.
Keesokkan paginya, selepas sarapan mak dah membahagi2 tugas pada semua. Seawal Jam 8.30 pagi, jiran2 dah sampai utk merewang. My iman pagi2 memang dah bangun pantang aku bergerak sedikit. Kononnya nak ikut ayah & mbahnya ke pasar tapi dia terasa berat hati takut tak dapat bermain dengan sepupu2nya. Bukan main seronok lagi dia. Ummi & ayah dia dah tak layan lagi dah.
Jam 2.30 petang, kumpulan yaasin wanita sampai & majlis bacaan yaasin & berzanji dimulakan. Semasa bacaan berzanji berlangsung aku sedang diurut manja2 oleh Cik Ti. Sebagai adat 'Tingkepan' (bahasa jawa). Urutan ini sekadarnya saje utk mengesan kedudukan bayi. Selalunya adat ini dilakukan utk wanita yang mengandungkan anak sulong sahaja. Juadah sempena tingkepan ini mak aku sediakan rojak tingkep namenye. rojak tu terdiri dari buah 7 warna. (lupa nak snap gambar) rasenya sedap. Cara buatnye?? errr... aku tak tau... belum menuntut ilmu lagi.
Sebaik bacaan berzanji selesai, upacara mencukur rambut sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pun bermula. Cukur rambut ni utk Muhammad Aqif Sharifuddin (anak adik lelaki aku) & Zahra Nurmarliana (anak adik perempuan aku). Majlis diakhiri dengan bacaa doa selamat.
Majlis utk kumpulan yaasin lelaki berlangsung pada waktu malam selepas Maghrib. Kumpulan2 yaasin ni terdiri dari penduduk kampung jer.... tak de kumpulan khusus pun. Sesiapa yang berkesempatan boleh jer datang. Kenduri ni juga bersempena kesyukuran mak & adik2 aku yg bakal menunaikan ibadah umrah pada 23/2/14 nanti.
Alhamdulillah.... lebih kurang jam 11.00 mlm majlis selesai & tetamu beransur pulang....
Sekian...
|
12 comments:
Alhamdulillah selesai semua ye..
knor tk thn tgok lauk kmpung ni..
dpt plk masak ala manual terserlah kesedapannya...nyummmm
wah nampak sedap je kurma kambing tu
meriah kenduri kg kan!
Alhamdulillah.
meriah..sy tingkepan hri tu bulan 1, blm masuk 7bulan pun sbb sekalikan dgn adik ipar.. moga semuanya selamat ye kak..
meriahnya! lauk pauk tu nampak menyelerakan :)
Alhamdulillah, dapat menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Akikah merupakan tebusan hutang anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari perhitungan. Sebagaimana Imam Ahmad mengatakan: "Dia tergadai dari memberikan Syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan akikahnya)".
Bestkan kalau dapt berkumpul beramai-ramai macam ni..meriah...
Assalammualaikum...
meriah nyer majlis macam nie kan.. best nyer dapat rewang macam nie kan..
mselim3
alhamdulillah lega bila dh selesai semuanyer !
nampak meriahjer kendurinyer.. seronok tengok adat yang masih dijaga..
nampak meriahjer kendurinyer.. seronok tengok adat yang masih dijaga..
Post a Comment