Wednesday, February 16, 2011

Aizat-Pergi with lyric

kaulah laguku.... irama terindah yg x lagi ku dengari....

jiwang?? ntah lah...

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.

Sumber:
Mesra.net

Monday, February 14, 2011

jiwang time..... part 3...


sukarnya melalui hari2 yg bakal menjelma..... melewati hari2 semalam juga teramat payah.... terlalu lama tidak merasai getar perasaan cinta..... dan kini bila perasaan itu hadir ia adalah perasaan cinta terlarang.... aku hanyalah manusia biasa.yang ada kalanya ingin merasai mencintai & dicintai. mana tahu cinta yg hadir itu adalah hempedu pahit yg x bisa ditelan. hempedu berbisa yg melukakan hati dan perasaan.

jiwang time.... part 2

saat jantung ini berdenyut & dipenuhi rasa cinta padamu... aku berusaha agar memadamkannya..... hari2 tanpamu benar2 membuatkan aku hilang arah... sejujurnya hati ini telah lama mati utk cinta tapi..... apabila mengenalimu & sering kau ungkapkan kata2 sayang membuatkan hatiku berbunga2.... membuatkan jiwaku melayang2. sesungguhnya perasaan ini amat tidak wajar. namun... aku belum mampu menyingkirkannya.... rasa sayang yang luar biasa hingga aku sanggup lakukan apasaja untukmu.... dan kebimbanganku terjawab apabila kau pergi meninggalkan aku tanpa apa2 pesanan setelah keinginanmu tercapai. kejamnya dirimu..... aku kecewa tetapi aku tidak mampu meluahkannya. aku juga tidak mampu untuk marah kerana perasaan sayang itu jauh lebih besar. bodohnya menjadi seorg aku yg menyayangi bayang2..... :(((

Thursday, February 10, 2011

jiwang time.....

seandainya kau membaca luahan ini.... aku ingin kau tau bahawa aku telah mula menyayangimu & namun kekhilafan & kebodohanku telah menjauhkanmu dariku.... dan kini antara kita sudah semakin jauh..... aku redha. sesungguhnya kau & aku tidak diciptakan untuk bersama. smg apa yg telah kite pernah ciptakan bersama kau buangkan. jangan kau simpan walau dimana2 pun disudut hatimu...

Sunday, February 6, 2011

demam, gastrik...

org sakit jgn byk demand... mkn jer bubur nih!!


letak accessories sikit lps tu.. mkn..