Sekejap je masa berlalu. My Iman dah nak masuk 3 tahun. Selama hampir 3 tahun ni, Imanlah yang menjadi penyeri dalam rumahtangga kami. Anugerah yang tak ternilai. Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan permata ini walau bukan dari keturunan kami.
Sungguh kami ikhlas menjaga dan merawatnya. Memberikan didikan yang sewajarnya. Mengajar & menegur mana yang tersilap. (marah & rotan kalau tak dengar cakap tu wajib... huhu) Bukan bertujuan utk menyakitinya tapi utk memberi pengajaran padanya.
My Iman seorang yang cepat belajar sesuatu. Kadang2 hanya dengan melihat dia mampu untuk meniru @ mengulang perbuatan seseorang. Jadi perlu diingatkan jangan tunjuk perbuatan yang negatif pada Iman!!
Semenjak kehadiran Husna, Iman mungkin terasa kasih sayang kami tergugat sedikit. Tapi sejujurnya, kasih sayang kami tak pernah berkurang pun malah bertambah lagi.
Ulangtahun Iman yg bakal tiba nanti aku bercadang nak buat kek khas utk iman. Tapi, waktu tu aku baru bertukar kerja. Takut faktor kesibukan, keletihan & macam2 lagi aku batalkan hasrat tu. Jadi, kita order jer kek utk Iman yer... hehe
cari kat google |
Bujang dah anak ummi....
4 comments:
happy besday iman!
Sanah helwah iman
hrpan ibu utk jadi anak yg soleh ye
happy birthday.. nak jugak kek rainbow...
salam singgah. semoga iman dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan berpanjangan hingga ke syurga abadi. amin :)
Post a Comment