Thursday, April 18, 2013
korean drama - you're still the one
Assalamualaikum......
Aku tak tau sejak bila aku giler sgt dengan drama korea ni. Tapi yang pasti kalau boleh semua drama korea aku nak tengok. tambah lagi sejak aku tau ade ONE HD lagi lah bertambah2 minat aku (errr... one hd ni dah lama kot tapi aku jer yg baru tau... old fashion tol aku nih... huhuhu)
Antara drama korea yang aku suka you're still the one. siapa pelakonnye ntah aku x tau yang aku tau na han joon, sung yoon, kang chae rin, kang woo jin, see hee, na ra, dong chul, do jung... errrr lagi sape eh? haa si kecik na mi so... haha siap menghafal nama watak2 lagi.... kalau mak aku tau nihhh.... mau berbakul kena tazkirah... hurmmm... dah minat nak wat cmne? ye dak? huhuhu...
full house take 2 dah habis & sekarang ganti dengan cheongnam dong alice.... best gak citernya... semalam baru episod satu mlm kita sambung tengok epi 2 yer... tata....
Wednesday, April 17, 2013
dilema sebagai pengundi
Assalamualaikum.....
Hari penamaan calon dah semakin hampir. Kemudian hari membuang undi pulak menyusul. Sampai hari ini aku masih dalam dilema siapakah yang harus ku undi. Parti manakah diantara gambar2 di atas akan dapat undian dari aku? hehe.. aku belum putuskan lagi.
Kak ngah aku saran utk solat istikharah dulu.... InshaAllah akan aku lakukan nanti.....
cuma berharap siapapun yg mentadbir Malaysia kelak.... janganlah ade lagi budaya fitnah menfitnah, lucah melucah & pelbagai lagi budaya yg negatif.....
Bakal2 menteri & bakal2 wakil rakyat berjanjilah untuk berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat sebaik2nya....
Saturday, April 13, 2013
Meniti hari2 terakhir....
Assalamualaikum....
7 tahun lepas aku dapat offer kerja kat tempat ni.... masa tu aku memang nak sangat pindah kerja dari tempat sebelumnya....
sepanjang tempoh 7 tahun ni dah macam2 benda aku belajar & lalui.... 15/4/13 ni aku akan serahkan surat resign pada manager. jadi, 15/5/13 akan datang akan tamatlah tempoh perkhidmatan aku.
kawan2 minta aku memikirkan semasak2nya dan itu pun telah ku lakukan..... mmg dah lama aku impikan utk bekerja dgn waktu yang sangat flexible... dalam masa yang sama aku dapat meluangkan lebih banyak masa dengan iman....
kalau mengikut gaji yang ditawarkan mmglah jauh beza dengan yang aku dapat sekarang.... tapi inshaAllah.... aku akan dapat manfaatkan dengan sebaik2nye....
Doakan aku tabah menempuh cabaran baru ditempat baru ye kawan2....
dalam tempoh hari2 terakhir kat sini aku akan selesaikan mana2 kerja yang tertangguh & beberapa nota yg harus ditinggalkan pada penggantiku nanti....

Friday, April 12, 2013
kekasihku diambil org....:(
Assalamualaikum...
Harini aku rasa sedih sangat... ingatkan lama lagi aku nak berpisah dengan 'dia'... tapi rupa2nya mmg jodoh kami tak panjang. harini lepas solat Jumaat tadi, 'kekasih' aku yg satu tu dah jadi milik org lain.... :(
10 tahun dah dia berkhidmat utk aku... mendengar keluhan aku walau hakikatnya dia tak punya telinga.... sedih .. sedih dan sedih....
sejak ada yg persona, aku mmg jarang sgt guna iswara tu..... bukan sbb apa pun, iswara tu manual. sejak iman ada ni dia suka2 jer nak duduk atas riba bila aku drive. bila guna auto senang sikit. manual kan susah nak tukar2 gear.
En. Hubby lak lebih suka guna motorsikal. tak payah kalut dengan jammed katanye... jadinya amat2lah jarang digunakan.
semalam bila ade org bertanya (bf en. hubby) dia terus tanya pendapat aku.... setelah ditimbang kati, kilo & kira longgok aku pun setuju. tapi sekarang aku yg sedih terlebih. En. hubby pun same siap meleleh airmata dia.. huhuhu.... nostalgia sungguh iswara tu ... dari selatan ke utara dia berkhidmat utk kami sekeluarga... akhirnya...... kami berikan hak milik kepada org lain... semoga tuan barunya nanti dapat menjaga dia dgn lebih baik...... :(
Wednesday, April 3, 2013
VIDEO LUCAH SANA SINI
Assalamualaikum...
Apa khabar semua? aku dah muncul balik setelah beberapa ketika hehehe...
Tak tau nak cerita ape pun... cuma sekarang ni parlimen dah bubarkan... jadi aku lebih tertumpu pada blog2 politik la... aku akan undi siapa??? usahlah ditanya kerana undi adalah rahsia...
Aku ikut perkembangan dua belah pihak. ada pro dan kontra.... yg baik kita jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.... tak kiralah kamu mengundi sesiapa jagalah budi bahasa dan perkataan yg nak diluahkan agar tidak meluka @ menyakitkn hati mana2 pihak..... bersainglah secara sihat... yakinkan pengundi dengan budi pekerti yang baik & jadilah contoh yang baik....
sememangnya kita hanyalah manusia biasa tidak sempurna & tak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak. kalau kita boleh tunjukkan teladan yg baik lambat laun org akan menghargai pengorbanan kite.... cheewah!!! pandai lak aku cakap... err cakap x kena bayarkan... sendiri mau ingat lah.... huhu..
Dan TOLONG... TOLONG... TOLONG juga HENTIKANLAH penyebaran video lucah sana sini. aku tak nmpk pun faedahnya dengan penyebaran tu....suatu ketika dulu.... sebarang urusan berkenaan dengan bahan lucah amatlah dilarang tapi sekarang???? sangatlah berleluasa seolah2 tiada sekatan.
kita menutup keaiban org, pasti Allah juga akan menutup keaiban kita... fikir2kan ye.....

Subscribe to:
Posts (Atom)