"HIDUP
KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~
Apa yang sedang Kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah
Hari pertama semoga Hari yang kedua Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita
pada Hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas
Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut Adalah
pemberian Allah secara percuma Dan Carilah keredhaan~Nya dalam
menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa Dan roh untuk
meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup
dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI
CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan Dan Kita hanya
diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula Ada 6
Dan apabila Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah
IA.
Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga
oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya Terjemahkan rukun ISLAM yang 5
itu Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai Bagi yang
ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, Umpama seorang yang mahu menaiki
kapal terbang, Tetapi tidak mempunyai boarding
pass.
Dan
mereka
yang sengaja melalaikan solat, Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa
melekatkan setem .. . Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai Pada
penerimanya .. . Lalu dia pun berkata Setemnya akan dihantar
kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda .. .
Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya
bersyukur Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita ..
. Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara Secara percuma untuk Kita
berzikir mengingati~Nya Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita
kembali Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. . Lalu masuk ke
dalam syurga dalam keadaan Kita redha Dan Allah meredhai.
Semoga Kita
semua berbahagia + sejahtera senantiasa .. . Di dunia jua di akhirat kelak
serta Di dalam rahmat Allah s.w.t.
|
3 comments:
assalamualaikum.
ye setuju..n3 ni..lps ni apalah sudahnya.
semoga kita semua mendapat kesudahan yang baik... aminnn
Cantik N3 ini Hajar. Suka kakak bila membaca dan mengamati apa yg diperkatakan itu.. moga kita terus muhasabah diri kita.
Post a Comment