Saturday, July 28, 2012

5 SUNGAI DIKUASAI KUFFAR TANDA KEBANGKITAN IMAM MAHDI


Assalamualaikum......

Masa ITU semakin hampir.... bersediakah kita??




Antara tanda2 besar kebangkitan Imam Mahdi adalah seperti berikut:

1. lima sungai besar dunia dikuasai oleh kaum kafir.

2. kehancuran Mesir disebabkan keringnya air Sungai Nil.

3. pencerobohan kuasa Barat ke dalam Mesir sebelum kemunculan Sufyani.

Sebuah hadis yang riwayatkan oleh Hudzaifah Al-Yamani menerangkan mengenai
penguasaan lima sungai tersebut.

"(Di antara tanda2 kedatangan Imam Mahdi adalah) Jika mereka telah menguasai Sudan dan berusaha menguasai Arab. Setelah itu tanah Arab akan sangat terlihat jelas oleh mereka sehingga mereka dapat mengejar orang2 yang bersembunyi di perut bumi. Ketika mereka mula bergerak menuju tanah Arab, seorang Sufyani telah menyiapkan 360 orang tenteranya untuk menuju Damsyik."

(Nota: Kuasa Barat telah pun berjaya memecahkan negara Sudan dengan mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai negara baru mulai 9 Julai 2011.)

Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari:

"Suatu hari Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah
Jibrail as seraya berkata: "Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam." Kemudian Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan As-Salam.Jibrail as menjawab: "As-Salam adalah nama untuk lima sungai iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat dan sungai Nil di Mesir. Kelima-lima sungai ini telah
dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan pengikut2mu." Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu."

Setakat ini empat sungai telah berada di bawah penguasaan kaum kafir kecuali
Sungai Nil.

Dengan terpecahnya Sudan kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama Kristian dan animis, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh kuasa asing kini akan menjadi lebih mudah.

Jika laluan Sungai Nil yang berpunca dari Sudan diempang nescaya bahagian sungai
tersebut di Mesir akan menjadi kering.

Jika Amerika Syarikat berjaya melaksanakan rancangan jahat mereka di Sudan, Mesir akan tertekan dari segi politik dan ekonomi disebabkan kebergantungan besar negara itu kepada sumber air dari sungai Nil.

Malah usaha ke arah itu sudahpun bermula dengan pengumuman negara miskin Ethiopia mahu membina empangan yang dikenali sebagai Projek Empangan Grand Millennium berharga AS$4.7 bilion.

Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2015 iaitu tahun di mana Imam Mahdi dikatakan akan muncul!

Projek tersebut akan menjana tenaga elektrik sebanyak 5,000 megawatt dan mampu menyalurkan bekalan tenaga elektrik kepada negara baru Sudan Selatan





sumber : https://www.facebook.com/andi.silahhuddin

Saturday, July 7, 2012

KISAH SURAH AT TIN

Assalamualaikum....

berkunjung ke blog kak Nor @ cinnamon.com tadi membaca n3 yang ini membuatkan aku terlalu sebak. terkenangkan arwah ayah yg telah 25 tahun meninggalkan dunia ini. 

ketika itu umur aku 8 tahun. arwah ayah meninggal disebabkan oleh beberapa penyakit & salah satunya adalah kerosakan buah pinggang. 

arwah ayah yg mengajarkan aku membaca tulisan jawi & rumi juga membaca Al-quran. menceritakan sirah Rasulullah. mengajarkan aku bermacam perkara supaya aku menjadi anak yang solehah.

arwah ayah jenis yang suka membaca surah2 pendek untuk pendengaran anak2nya walaupun bukan pada waktu mengaji. antaranya surah AT TIN ... setiap kali membaca surah ini pasti aku sebak kerana inilah satu2nya surah yang arwah ayah ajarkan beserta maknanya sekali...... memori itu terlalu manis semanis buah tin & buah zaitun.... ALFATIHAH UNTUK ARWAH AYAH HAJI SAMIAN BIN AHMAD..

SURAH AT TIN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,
  2. وَطُورِ سِينِينَ dan demi bukit Sinai,
  3. وَهَذَا الْبَلَدِ الأمِينِ dan demi kota (Mekah) ini yang aman,
  4. لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
  5. ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
  6. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
  7. فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
  8. أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?



gambar memotivasikan diri....


Assalamualaikum...... 
 Lama jugak rumah aku ni tak de cerita baru. Gambar yang aku copy dari facebook ni betul2 menginsafkan aku. Ditambah lagi dengan aku dengar radio IKIM pagi tadi, membuatkan aku lebih merasa kerdilnya diri ini. 

"BERMUJAHADAH ITU PAHIT TAPI SYURGA ITU MANIS"

kata2 motivasi dari Ustaz Pahrol begitu meresapi hati hingga membuatkan aku terlalu sebak. aku manusia biasa yg terlalu banyak kekurangan. terlalu banyak nafsu dan keinginan. dan terlalu sedar iman yg hanya senipis kulit bawang. mampukah aku bermujahadah mencari keredhaan Ilahi? Jawapannya hanya ada pada aku sama ada aku mahu atau tidak.

Ya Allah.... istiqomahkan & permudahkanlah jalan muhajadah ku ini dalam usaha mencari redhaMU. sesungguhnya aku hambaMU yg terlalu lemah. semakin hari semakin kurasakan kerinduanku terhadap syurga MU Ya Allah.... tetapi aku terlalu takut andai aku tidak layak untuk syurgaMU. & aku juga tidak sanggup andai neraka itulah tempatku... (t-t)