Tuesday, May 15, 2012

wajarkah??

Assalamualaikum....

sebenarnya dah lama aku nak menulis akan rasa hatiku ni..... tapi tak tau macamana aku nak meluahkannya. lagipun aku sedar diri ini... siapalah yang akan ambil pusing akan cakap2 & luahan hatiku...

aku rasa hampir seluruh rakyat Malaysia menyedari yang MALAYSIA kini sedang mengalami masalah keruntuhan kewajaran fikiran & akhlak. lebih2 lagi bila musim pilihan raya yang bakal tiba.

perbezaan pendapat itu kadang2 perlu. tetapi wajarkah hingga mengadakan perhimpunan jalanan yg menyusahkan banyak pihak? wajarkah mencanangkan keaiban orang berulang kali? orang dewasa bergaduh, menghasut, perang mulut sesama sendiri. wajarkah itu?

inikah cara orang dewasa yg memimpin atau bakal memimpin negara mempengaruhi anak muda yg bakal mewarisi negara? media elektronik & cetak seolah2 tidak mempunyai tapisan. gambar yang tidak sepatutnya menjadi tajuk utama. sedangkan semua tahu media bukan sahaja ditonton & dibaca oleh org dewasa sahaja. (zaman aku sek dulu ada program akhbar dalam darjah utk meluaskan pengetahuan) tapi sekiranya berita & gambar yang tidak sepatutnya yg dipertontonkan wajarkah dijadikan akhbar dalam darjah? (kalau program itu masih wujud)

tidak bolehkah diadakan 'rundingan meja bulat' yang membawa kata sepakat? aku faham mentadbir negara bukan semudah 123 & ABC. tapi jika masa & tenaga yg ada hanya dihabiskan untuk ceramah2 politik yg membawa kepada perpecahan adakah itu berbaloi? kalau ceramah menambah ilmu akhirat tu tidak mengapalah juga. memang banyak faedahnya.

kalau boleh aku nak merayu kepada pemimpin negara DS Najib tentunya supaya mengadakan rundingan dengan semua pihak2 yg terlibat (semua parti) utk menghentikan perbuatan mereka yg tidak berfaedah itu. ceramah2 mereka itu tidak memberi kesan positif pada ekonomi negara pun. bergaduh, memfitnah, menghasut dan akhirnya apa akan jadi pada negara kita??

fikir2kan lah... sekian..

5 comments:

Prince of Noob said...

saya setuju dgn pendapat puan... done follow - Noob

Kazman / Sue said...

tu la kan sekarang ni... macam2x hal....

IntaNBerliaN said...

mcm2 skrg ni...

ajak said...

asalam .. salam kenal ... thank for follow ..tq.

Sofea said...

tu laa pasal, kadang2 alkisah takut nak tgk baca dan tgk berita2 politik dari kedua-dua blah pihak.. lebih menghasut dari memberi kebaikan..

yang teruk nak kena adalah Rakyat..