Monday, May 30, 2011

Karma???

Assalammualaikum...
Aku dapat email dari seorg rakan... dah beberapa aku dapat email ni pun.... selalu tu tak terlintaspun nak share kat sini... kali ni saje2 jer la nak share... mungkin korang pun dah pernah baca...
aku x pasti citer ni citer betul atau rekaan... tapi korang baca....

P/S : buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali!!

Baca sampai habis... Satu pengajaran untuk kita......
 
 
MINE..PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA..
hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati aku..
Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita
secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru
berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya,
guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada
polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan,
hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat
anak aku
dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.
 
Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari kesilapan
lampau aku. Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2
tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa
tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku
ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.
 
Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang
dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu.
Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,cium
apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die
berjalan lancar selama 5 bulan.
 
Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke.
Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman
ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel
berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu
tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari
keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..
 
Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan
bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah
dengan ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.
Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewa.
Sambil ayu menangis ter esak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam
keadaan mcm ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak
nikah jugak dalam masa terdekat.
 
Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik
sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat
wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku
masih sayang pada isteriku..
 
Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat pada isteriku..sejak
itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku
pada ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh
tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku. Janji yg aku tabor
pada ayu, hanya janji manis saja.
 
Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku.
Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang
terjadi.
 
Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta
ayu didepan rumah ku, aku tecari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju
kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic,
tapi ape yang terjadi aku akan hadapi. Bila melangkah masuk kerumah, aku
lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku,
isteriku ceritakan segalanya. Isteri memberitahu perempuan gila ini, telah
ada menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya
Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer
menendang dan menampar ayu sepuas2 puasnye. Aku pula bingung. Dengan
lantas aku buat cerita ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main
dengan jantan lain,
 
Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah.
Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau
rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung
ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan
lagi..dan ayu juga melafazkan' aku benci kau, aku benci kau dan keturunan
kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'..terus ayu
menghilangkan diri.
 
Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku
dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental
selepas ditinggalkan kekasih lama.oleh kerana aku selalu mendengar keluhan
hati die, die naik syok dengan aku..Isteriku tak puas hati tapi die siap
warning jikan benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku,
kalau tak die akan minta cerai.
 
Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu.
Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan
ayu. Sebaik ayu menangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku..
sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati
kena rogol'..
 
Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah
meningal dunia tahun lepas. ..
 
Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku
menangisi nasib aku, anak2 aku.. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta
maaf dari ayu, tapi ayu sudah tiada..
Aku bingung,..setiap malam aku buat semayang sunat,taubat...tapi bayangan
ayu selalu hadir dlm minda ku...
 
Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku...perit..sungguh
perit.. ya, kisah aku lebih kurang dlm cerita2 rekaan yg selama ni kite
tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu
sendirian.. terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yg
menyindir..tapi mmg aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam
hidup..hidup aku,hidup family aku dan hidup insan lain..tak kala menulis
ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru..memikirkan hal anak
aku,aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa
memandu..anak aku sekarang semakin histeria,die tak boleh langsung melihat
kelibat lelaki dewasa, takut,bingung,menangis.. aku dan isteri sangat
sedih.anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah die berada dalam tandas
begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu. kami takut die bunuh
diri atau mencederakan diri.. setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat
agar Allah memulihkan semangat anak ku, minggu lepas kami ada bawa die
berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri
dibelakang kerusi.. isteriku menangis dan aku menahan sebak..kaunselor
kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nnt..sekarang mungkin die rase
tak selamat nak berjumpe org asing..
 
anak ku juga tak berapa makan,kami risau die akan sakit..aku pun tak tau
nak buat apa, anak ku hanya suke
bersendiri, kadang2 terdengar die menyanyi seorang2, risau juga takut die
alami gangguan emosi. die terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini,
tapi tak mustahil die tau ape yang bakal die alami bila dewasa
kelak..jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku di
ampunkan..
 
berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada
hubungi sepupu die Kay..kay memberitahu ayu sudah meninggal dunia. kes nya
terkena buatan orang. yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu ayu telah
keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri
ku. selepas itu, ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti
normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal
derita yang die tanggung, kay beritahu mujur ayu keguguran bayi, kalau
tidak macamana die nak hadapi family dan masyarakat..hmmm aku mengucap
panjang tanda keinsafan. selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di
kampung meminang ayu, tapi ayu menolak..ayu jelaskan pada kay, die tak
layak menerima pingangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnye..aku
terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan
akulah manusia paling kejam.
 
jejaka tu berang bile ayu menolak pinangan ....lepas tu hidup ayu terus
porak peranda.puas dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas
terakhir.kay kata ayu terkena santau dari siam.siapa yang buat
wallahualam..
 
selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan..sampaikan aku
terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup lain
sekaligus..
 
mengenai anak ku ni, kejadian hitam yang berlaku atas kecuaian aku dan
isteri juga.sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk
mengaji.selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke
rumah org ni lagi.pada malam tu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada
kelas mengaji. pelajar lain tidak hadir kerana masih yang belum pulang
dari kampung beraya. masa kejadian itu isterinya kerumah org untuk
beraya.kalau aku
periksa dulu dan hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak
benarkan die pergi mengaji malam tu.tapi kerana nak cepat aku tak sempat
nak check ...
 
aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan kenapalah budak sekecil anak ku
yang menjadi mangsa? aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi,
sedih yang teramat..kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan
org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah umur, maka kes ni tidak
didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh..kadang2 aku
geram sangat..geram pada laki tu..nak saja aku kerjakan die cukup2.. aku
ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun
kes ni pasti area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan
perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain.. akhir2 ni aku dan
keluarga tidak banyak keluar rumah..hidup kami tidak lagi ceria..tapi
alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah
sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga..
 
aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar
semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil
 
nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak2 anda dimana berada,
pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis
bersendirian dengan mana2 lelaki, walau sealim mana pun..ya kadang2
sebagai ibu bapa kite hanya menyerahkan anak kite pada guru sekolah,guru
tuisyen, mengaji, tukang gaji, driver,guard..tapi kite tak pernah pun amik
tau siapa mereka..ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan
 
salam

Wednesday, May 25, 2011

Bahaya merokok

Waaaa...... masih nak citer pasal rokok lagi... kali ni tentang bahayanya pulak (haha kalau aku suruh laki aku baca mesti dia buat muka ketat pastu dia kata aku sengaja cari pasal nak gaduh ngan dia... jadi lebih baik aku diam & post kat sini jer. confirm dia takkan baca. huhu..)


Bahaya merokok :
Epidemiologi :
Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.

Apakah bahaya merokok???
Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???
Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Bagaimana cara berhenti merokok ???
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 2 cara
1) Berhenti terus
2) Berhenti beransur-ansur
3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin. 

Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari
pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.

KEBOSANAN

sejak semalam facebook kat ofis aku ni dah kene block. hampeh tol!! dah tak dela nk bergosip2... masing2 dah macam ayam berak kapur. termasuk aku gak...hahaha...
dah bosan sangat pegi buat forum kat skype... dak su gi download game kat yahoo tapi cume trial jer beberapa minit. nasib baik you tube x kena block gak... kalau kena block jugakk... mmg harus kena boikot nih.... hehe... nampaknya setiap harilah ada fourm skype kat ofis nih...

Monday, May 23, 2011

Bengang!!

Bengang bila artikel yang aku dah taip beria2 hilang mcmtu jer!! dah  lama x update blog. bila nk update jadi cmni plak!! arghhhhh!!!

WANITA MEROKOK SEBAGAI SATU GAYAHIDUP ATAU...???

Wah! title  tak boleh blah... hehe.. saja nak share 1 kisah yang berlaku sabtu minggu lepas. Masa tu aku dengan ofismate pegi melepak kat warung tepi jalan. dekat gak la ngn tempat keje aku... memang kekdg kalau hari sabtu kitorg g makan kat situ. bihun sup dia sedap la jugak. kuih muih pun banyak paling aku suka cucur udang dia mmg superb!! karipap ayam dia pun sedap gak. potongan ayam dalam inti karipap tu besar2. (pernah masuk kat rancangan Warung Kita Astro Prima)

Tengah syok kitorg menjamu selera sambil bergosip, tiba2 marryam bisik kat aku, "maaakkk aiii!! ganasnya mak cik tu. pakai tudung tapi merokok." aku yang mendengar mengerutkan dahi. tapi aku x dela terus menoleh kemana2. takut suspek (waa suspek mcm penjenayah lak) terperasan.
marryam kata lagi, "cuba akak tengok kat belakang idza," aku pun baik punya taktik pura2 pandang ke arah kereta yang bertali arus tapi mata tetap kelirik kesasaran utama. serta merta aku beristighfar & mengucap kalimah syahadah dalam hati. semoga mak cik berkenaan sedar akan kelakuan tidak wajarnya itu dan bertaubat....

sedih bila tengok situasi tu... seorang wanita melayu, bertudung dan beragama islam tentunya, merokok dikhalayak. di kawasan yang pengunjung majoritinya adalah cina dan india. hurmmm... mungkin mak cik tu salah seorg antara ramai lagi wanita yang merokok .... rasanya dah macam2 kempen yang dijalankan. tapi nampak sangat tidak berkesan. nampaknya pihak yg berkenaan kena mencari alternatif lain yang lebih efektif. semoga perokok2 tegar (termasuk my hubby) akan sedar bahaya merokok.