Wah! title tak boleh blah... hehe.. saja nak share 1 kisah yang berlaku sabtu minggu lepas. Masa tu aku dengan ofismate pegi melepak kat warung tepi jalan. dekat gak la ngn tempat keje aku... memang kekdg kalau hari sabtu kitorg g makan kat situ. bihun sup dia sedap la jugak. kuih muih pun banyak paling aku suka cucur udang dia mmg superb!! karipap ayam dia pun sedap gak. potongan ayam dalam inti karipap tu besar2. (pernah masuk kat rancangan Warung Kita Astro Prima)
Tengah syok kitorg menjamu selera sambil bergosip, tiba2 marryam bisik kat aku, "maaakkk aiii!! ganasnya mak cik tu. pakai tudung tapi merokok." aku yang mendengar mengerutkan dahi. tapi aku x dela terus menoleh kemana2. takut suspek (waa suspek mcm penjenayah lak) terperasan.
marryam kata lagi, "cuba akak tengok kat belakang idza," aku pun baik punya taktik pura2 pandang ke arah kereta yang bertali arus tapi mata tetap kelirik kesasaran utama. serta merta aku beristighfar & mengucap kalimah syahadah dalam hati. semoga mak cik berkenaan sedar akan kelakuan tidak wajarnya itu dan bertaubat....
sedih bila tengok situasi tu... seorang wanita melayu, bertudung dan beragama islam tentunya, merokok dikhalayak. di kawasan yang pengunjung majoritinya adalah cina dan india. hurmmm... mungkin mak cik tu salah seorg antara ramai lagi wanita yang merokok .... rasanya dah macam2 kempen yang dijalankan. tapi nampak sangat tidak berkesan. nampaknya pihak yg berkenaan kena mencari alternatif lain yang lebih efektif. semoga perokok2 tegar (termasuk my hubby) akan sedar bahaya merokok.
No comments:
Post a Comment