Wednesday, May 25, 2011

Bahaya merokok

Waaaa...... masih nak citer pasal rokok lagi... kali ni tentang bahayanya pulak (haha kalau aku suruh laki aku baca mesti dia buat muka ketat pastu dia kata aku sengaja cari pasal nak gaduh ngan dia... jadi lebih baik aku diam & post kat sini jer. confirm dia takkan baca. huhu..)


Bahaya merokok :
Epidemiologi :
Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.

Apakah bahaya merokok???
Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???
Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Bagaimana cara berhenti merokok ???
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 2 cara
1) Berhenti terus
2) Berhenti beransur-ansur
3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin. 

Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari
pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.

No comments: