Thursday, April 28, 2011

Maharaja Lawak Minggu-4 Part-9 Jambu + SPECIAL Gift!! ❤❤❤❤





Dah berkali-kali tengok video nih.... lom jemu 2 lagi.... hehehe.... mcm apek kata terganas terbaek terganas terbaek terganas terbaek.... terbaek... terbaek... terbaekkkkkkkkkk!!!!!

Aku tengok Yus standby kat tepi tu jer pun da gelak bagai nk rak.... lom lagi wat aksi2 lain...
kat opis citer pasal jambu setiap hari x habis2.... MUKA LEGEND HATI CUTE... YG PENTING KITE ENJOYYYY........

Monday, April 25, 2011

untukmu (tajuk sementara... lom ade tajuk sebenar lagi...)

(hehe.. blaja2 tulis novel...)

'Alamak! Dah la hujan lebat, payung lupa bawak pulak' Alya mengomel sendiri. Keadaan hujan yang lebat jalan yang sesak menyebabkan Alya lewat tiba di pejabat pagi itu. Selalunya Alya memang datang lewat. tapi kali lebih lewat dari biasa. Sedang Alya tercari-cari sesuatu untuk dijadikan pelindung dari kebasahan tiba-tiba pintu keretanya diketuk seseorang. Pantas Alya menoleh ke sisinya. Dia terkesima seketika. 'En. Fahmi! Mampus! Kenapalah dia ada kat sini?' gumamnya dalam hati.
Lelaki yang mengetuk tingkap keretanya memberi isyarat supaya dia keluar. Alya tersenyum sumbing menahan malu. Dengan berat hati Alya keluar juga dari keretanya. Sebaik Alya keluar dari keretanya Fahmi sudah bersedia dengan payung supaya Alya tidak basah dengan air hujan.

Hati Alya berdebar-debar tatkala jalan beriringan dengan Fahmi Ashwal. Sememangnya Alya meminati Fahmi Ashwal namun dia sedar siapalah dirinya. mana mungkin dapat bergandingan dengan lelaki sehebat Fahmi Ashwal. 'Duda berhias' nama jolokan teman-teman sekerjanya.
"Harini lambat lagi Alya?" Fahmi Ashwal menegur.
Alya tersipu2 malu.
"Sorry boss, jalan jammed," Alya memberi alasan biasa.
"Please improve to manage yourself Alya. 1 day, when I free I want to see you. Discuss a few things with you" kata Fahmi Ashwal tegas lantas meninggalkan Alya terkebil2.

**************
“Ya, duda berhias tu masuk kerja harini,” bisik idora perlahan bimbang didengar Shirley Tan, pengurusnya.
“Ye ke? Mana kau tau ni?” Alya seakan teruja.
“Aku terserempak dengan dia kat bilik Elaine tadi. Kalau kau nampak dia mesti kau terkejut.”
“Hah! Kenapa? Dia dah tumbuh tanduk ke?”
“Huish! Kau ni sengal la. Huhu surprise!” Idora mengenyitkan mata dan berlalu ke mejanya 
Sejak peristiwa hujan lebat beberapa minggu yang lalu kelibat Fahmi Ashwal tidak kelihatan. Ucapan terima kasih dari Alya melalui skype juga tidak berbalas. Bagi Alya, Fahmi Ashwal memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya. Tetapi dia tidak faham mengapa lelaki sesempurna Fahmi Ashwal ditinggalkan isteri. Sebenarnya siapa yang meninggalkan siapa juga tidak diketahui. Tiada siapa yang berani bercerita atau bergosip mengenainya.
Sedang Alya tekun dengan tugasannya, tetingkap skypenya berkelip-kelip minta dibuka.
Shirleytan : Alya Fahmi want to see you now.
Alya : now ke? I ada task urgent nak kena settle before lunch la Shirley.
Shirleytan : leave your task to Mira. I’ll guide her.
Alya : Ok, noted.
Nampaknya Fahmi Ashwal memang mengotakan kata-katanya beberapa minggu yang lalu. Setelah memberi arahan kepada Mira, Alya bersedia dengan buku catatannya untuk menemui Fahmi Ashwal di tingkat 3.
Sedang Alya berjalan menuju ke lif, Shirley Tan keluar dari biliknya dan menyapa Alya.
“You dah ready nak naik ke?”
“Aah. Err.. Boss nak Tanya pasal apa eh Shirley? Dia nak ‘bom’ I ke?”
“No lah. You don’t worry. Dia Cuma nak Tanya your work flow je.”
“Emm…. I takut la Shirley… kalau dia ‘bom’ I macammana?”
“Alamek… go, go. Janganlah takut Boss takkan makan you punya,”
“Ok lorr….” Dengan langkah malas Alya berlalu.

Thursday, April 21, 2011

RUKUN NEGARA

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran perlembagaan  
  • Kedaulatan undang-undang
  • Kesopanan dan kesusilaan













 

Ada kisah disebalik rukun negara yang aku rasa nak cerita pun sebenarnya aku agak malu. Serius aku memang dah lupa dengan rukun negara. aku ingat masa zaman2 sekolah dulu jer.... huhu...
Suatu hari masa tengah santai2 ngan anak2 buah aku, Nurul Syazwani (darjah 3) tanya soalan cepu emas...

"Cik Siti tau rukun negara?"
"Tau," wah dengan confidentnya aku menjawab.
"Apa dia?" tanya Wani lagi sambil tersengih2. Aku pun tanpa berfikir terus menjawab.
"Kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada raja dan negara, kepercayaan undang2.... ," sampai rukun yang ke3 Wani menyampuk.
"Cik Siti macam baca rukun Iman jer... wakakaka...." boleh dia gelakkan aku sampai guling2... bukan dia jer semua yang ada kat situ gelakkan aku.
"Apasal gelak?? betul la tu rukun negara..." aku control cun... padahal masa tu aku perasan yang aku cakap tu salah. Lagi tambah bengang bila ketawa diorang lagi tambah kuat.
"bukan ke rukun negara tu... kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, kedaulatan undang2... bla..bla..." kata adik aku....
Adussss!!!! malunyaaaaaaaa aku.....

Moral : Rukun Negara jangan dilupakan.... :)

Wednesday, April 20, 2011

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH & AYAT

Assalamualaikum... hikmat, rahsia & khasiat surah2 untuk kita amalkan... maaf.. sumbernya kurang pasti dari mana... tapi yang pasti dapat dari email seorg rakan....

1) BISMILLAH Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
(19) SURAH AL-KAHF Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

(21) SURAH THAAHAA Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(27) SURAH ASY-SYU A'RA Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(35) SURAH SABA' Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin." Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.
(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

Farewell utk Nurul.....

Akhirnya Nurul tingglkan DNE jugak... Setelah lebih 5 tahun berkhidmat & telah beberapa kali tender resign letter. Kali ni boss aku dah tak dapat nak menahan Nurul lagi. Semoga Nurul lebih berjaya dalam bidang baru yg dia ceburi....

Akan rindulah kami dengan lagu2 dangdut, hindustan & lagu2 klasik dari HP Nurul. Hari terakhir Nurul penuh syahdu... ramai yang menitiskan airmata.... aku?? sebak la... tapi airmata x mahu jatuh....

Gambar2 sekitar majlis perpisahan utk Nurul....



nurul

Monday, April 18, 2011

SABAR ITU LAKSANA MENTARI…

Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat. Fikiran jadi terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sabar itu umpama sinar matahari.” (Muttafaq ‘alaih) Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan. 

Sabar itu bukan sahaja satu tuntutan syariatullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi oleh manusia), malah ia adalah satu sunnatullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk mengatur seluruh alam dan kehidupan). Seluruh alam ini dicipta dan diatur atas tapak sabar. Langit dan bumi diciptakan oleh Allah penuh kesabaran yakni dalam tempoh enam masa, padahal Allah mampu menciptakannya hanya dalam sekelip mata. 
Matahari terbit dari sebelah Timur dan naik sedikit demi sedikit untuk tenggelam di sebelah Barat. Tumbuh-tumbuhan juga membesar sedikit demi sedikit, daripada anak benih sampailah berbatang, berdahan, ranting, berdaun dan berbuah. Begitu juga penciptaan haiwan, tumbesaran manusia, kejadian planet dan segala-galanya. Ia sentiasa mematuhi hukum tadarruj (gradually) yang bertapak atas kesabaran!
Allah sebagai Pencipta yang Maha Berkuasa juga bersifat sabar. Allah tidak segera menghukum hamba-hamba-Nya yang berdosa. Allah bersabar atas kerenah dan perbuatan hamba-Nya. Justeru salah satu daripada nama-nama Allah yang baik (Asma al-Husna) adalah aa–Sabur (Zat Yang Maha Sabar).
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki.” (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash‘ari) 
Sepatutnya ini menyedarkan manusia untuk rasa malu dan takut untuk tidak bersabar. Jika Allah sendiri yang memiliki segala sifat kesempurnaan lagikan sabar, apatah lagi manusia yang begitu banyak kelemahan dan kekurangannya. Kenangkanlah sifat sabar Allah s.w.t. itu, insya-Allah kita akan rasa malu untuk cepat melenting, marah, kecewa dan putus asa dalam menghadapi apa jua perlakuan negatif orang lain terhadap diri kita.
Sabar adalah tuntutan yang khusus buat manusia. Ia tidak dituntut ke atas haiwan kerana haiwan hanya memiliki syahwat tanpa akal dan hati nurani. Oleh sebab itu, ia tidak dibekalkan oleh Allah dengan keupayaan untuk bersabar. Hidupnya hanya dipandu oleh syahwat (nafsu). Manakala malaikat pula memang telah sedia baik, tidak mempunyai nafsu. Jadi tidak ada pertarungan dalam dirinya untuk melakukan kebaikan atau kejahatan yang memerlulan sifat sabar.
Sebaliknya manusia perlu melawan nafsunya untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan ini sangat memerlukan sifat sabar. Segala macam potensi yang dibekalkan kepada manusia seperti akal, nafsu, cabaran dan bakat menyebabkan manusia dianggap mukalaf (yakni dibebani) untuk memenangkan unsur baik dan mengalahkan unsur jahat dalam dirinya sendiri.
Apabila kita bercakap tentang sabar, ertinya kita menyentuh soal keimanan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 2: 177)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh daripada iman.” (Riwayat) Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran. Iman itu bukan hanya sekadar ilmu di kepala, ucapan di mulut, tetapi adalah soal keyakinan dalam hati serta dibuktikan dengan perbuatan.
Apabila pesan sabar diluahkan, ia sekali gus ialah pesanan yang berkaitan dengan keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Allah menyebut tentang sabar lebih daripada 90 tempat dalam al-Quran. Ini menunjukkan betapa perlunya sifat tersebut untuk dimiliki oleh setiap manusia. Tanpa sabar, tidak akan ada kejayaan di dunia dan akhirat.  
Pesan-berpesan atas kesabaran tidak boleh dianggap jumud, menyerah atau eskapisme seperti tanggapan sesetengah pihak. Bukankah kalimah itu yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika melihat keluarga Yasir (Yasir, isterinya Sumayyah dan anaknya Ammar) diseksa oleh pemuka Quraisy? Apakah ucapan “sabar keluarga Yasir, bagimu syurga” satu ucapan jumud, berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab?
Tidak, tetapi itulah iman. Iman itu percaya tentang adanya soal-soal ghaibiyyat yang tidak dapat dilihat oleh mata tetapi dapat dirasa oleh hati. Kesannya, Yasir dan Sumayyah terkorban tanpa mendapat sebarang pembelaan mahupun ganjaran dari segi material dan fizikal. Jadi, hanya orang yang beriman sahaja yang boleh diperingatkan tentang sabar kerana minda dan jiwanya ada rasa “sense of the end” (yakin adanya hari pembalasan), manakala orang yang tidak beriman atau lemah imannya akan marah, rasa disindir, dieksploitasi dengan kalimah sabar yang dipesankan kepada mereka.  Firman Allah yang bermaksud: “Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu akan memberi manfaat kepada orang yang beriman.” (Surah al-Dhariyat 51: 55)
Tidak! Sabar itu akan diganjarkan dengan syurga. Itulah keyakinan orang beriman. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Rasulullah s.a.w. yakin hakikat itu dan keyakinan itulah yang dipesankan kepada keluarga Yasir yang juga mempunyai keyakinan yang sama. Dan sesungguhnya, pesanan itu meresap ke dalam hati kerana ia disampaikan daripada hati.
Ketika para sahabat Rasulullah s.a.w. diseksa begitu dahsyat di Makkah, tidak ada senjata yang diangkat untuk melawan. Semuanya dihadapi dengan pasrah dan tawakal. Daripada Khabab bin al-Arat, dia berkata: “Kami mengeluh di hadapan Rasulullah saat Baginda sedang bersandar di Kaabah. Kami bertanya kepadanya: ‘Apakah engkau tidak memohon pertolongan bagi kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?’ Rasululllah s.a.w. bersabda (yag bermaksud): ‘Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkan dan kepalanya dibelah dua, namun hal itu tidak menghalangnya daripada agamanya. Dan disikat dengan sikat besi sehingga mengelupaslah daging dan kulit sehingga nampak tulangnya, namun itu tidak menghalangnya daripada agamanya. “ (Riwayat al-Bukhari no. 3343)     
Orang yang beriman akan mendapat kekuatan daripada pesan sabar. Hatinya mampu mengaitkan apa yang sedang dihadapinya dengan ketentuan Allah. Apabila berlaku sesuatu musibah terhadap dirinya, dia dapat menerima dan menghadapinya dengan baik kerana menyedari hakikat berikut:
i)                    Dia yakin bahawa akan mendapat pahala tanpa batas daripada Allah
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar 39: 10)

ii)                  Mendapat  berita gembira dengan rahmat dan petunjuk dari Allah
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, ‘Kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami akan dikembalikan.’ Mereka itulah orang yang mendapat rahmat daripada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah 2: 155-157)

iii)                Diampunkan segala dosa
Dia faham bahawa ujian yang didatangkan Allah kepadanya ialah jalan pembersihan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya. Jadi, dia tahu kepahitan ujian itu hakikatnya ubat kepada penyakit-penyakit hatinya. Sepertimana pesakit fizikal gembira apabila mendapat ubat bagi penyakitnya, maka begitulah juga orang yang beriman akan berasa lega apabila diuji dengan kesusahan kerana mendapat ubat kepada penyakit rohaninya. Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

iv)                Mendapat syurga di hari akhirat kelak
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkannya), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Surah al-Ra‘d 13: 23-24)
Seseorang yang diuji dengan kematian anak misalnya akan digembirakan oleh Allah menerusi janji-Nya yang disampaikan oleh baginda Rasulllah s.a.w., mafhum sabda Baginda:
“Jika anak seorang hamba mati, Allah berkata kepada malaikat-Nya: ‘Engkau telah mengambil nyawa anak daripada hamba-Ku?’ Mereka menyatakan: ‘Ya.’ Allah kemudian berkata: ‘Apa yang dikatakan oleh hamba-Ku?’ Mereka berkata: ‘Ia memuji-Mu dan beristirja.’ Maka Allah berkata: ‘Dirikanlah sebuah rumah di syurga buat hamba-Ku dan berikanlah nama dengan Baitul Hamd (rumah pujian).” (Riwayat al-Tirmizi daripada Abu Musa al-Ash‘ari)     

Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga:

1.      Sabar untuk taatkan perintah Allah.

2.      Sabar untuk meninggalkan larangan Allah.

3.      Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah.

Daripada pembahagian sabar ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat ubudiyyah (penghambaan) kepada Allah. Dengan sabar kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, manakala tanpa sabar kita akan kehilangan segala-galanya.

Mari kita memperincikan ketiga-tiga peringkat sabar itu:
  1. Sabar dalam Mentaati Perintah Allah
Bukan mudah untuk melakukan ketaatan kerana ia sesuatu yang tidak disenangi oleh hawa nafsu yang ada dalam diri kita sendiri. Usaha melakukan ketaatan samalah seperti “berperang” dengan sendiri. Namun, bagi orang yang sabar, ia melihat bahawa ketaatan itu umpama ubat – pahit tetapi itulah yang akan menyembuhkan. Walaupun betapa pahitnya mujahadah, sanggup ditempuh jua kerana mengharapkan manisnya syurga.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya. Kami tidak akan minta rezeki kepadamu (bahkan) Kamilah yang memberikan rezeki. Dan akibat terpuji adalah bagi orang yang bertaqwa.” (Surah Taha 20: 132)
Kalau kita benar-benar mengharapkan syurga, sabarlah dalam menempuh jalan ketaatan ini sepertimana Rasulullah s.a.w. dan 10 orang para sahabatnya yang telah dijamin syurga. Bagaimana mereka rela berkorban dan terkorban untuk beriman dan berhijrah di jalan Allah. Mereka sanggup hidup miskin, dihina, diboikot, meninggalkan kampung halaman, hatta mengorbankan nyawa untuk mentaati Allah dan Rasul.
Untuk “bersama” berada di jalan mereka, renungilah perintah Allah ini, mafhumnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaan itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi 18: 28)
Bukan mudah untuk mencari rezeki yang benar-benar halal akhir zaman ini. Apabila kita menolak riba, pendedahan aurat, rasuah, judi, arak daripada sumber-sumber yang haram dan syubhat, besar kemungkinan kita tidak dapat merebut peluang membuat kekayaan atau terlambat untuk menikmati kesenangan.
Namun mereka tetap menahan diri (sabar) kerana mengenangkan sabda Rasulullah s.a.w. ini, maksudnya: “Janganlah kamu merasakan bahawa rezekimu lambat datangnya, kerana sesungguhnya seorang hamba akan mati sehingga datang kepadanya rezeki yang terakhir (yang ditentukan untuknya), maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yakni dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (Riwayat …)       
  1. Sabar Meninggalkan Maksiat
Walaupun meninggalkan maksiat tidak memerlukan tenaga berbanding melakukan ketaatan yang memerlukan tenaga, namun para ulama menyatakan bahawa meninggalkan maksiat jauh itu lebih berat daripada melakukan ketaatan. Contohnya, untuk meninggalkan perbuatan mengumpat, kelihatannya agak lebih mudah daripada memberi nasihat. Meninggalkan mengumpat, kita perlu “berdiam” diri sahaja. Sedangkan untuk memberi nasihat kita perlu mengeluarkan tenaga dan usaha untuk berkata-kata, mencari bahan dan masa.
Namun, hakikatnya meninggalkan perbuatan mengumpat lebih payah daripada memberi nasihat kerana ia sangat disukai oleh hawa nafsu. Menceritakan aib orang lain lebih menyeronokkan daripada mengenang aib diri. Malah sering kali kita bercerita tentang kelemahan orang lain di belakangnya untuk menunjukkan kelebihan diri kita. Jadi, dalam pergaulan sesama manusia misalnya, apa-apa yang dilarang (diharamkan) melakukannya adalah lebih utama dilaksanakan berbanding dengan apa-apa yang disuruh lakukan.
Lihat sabda Rasulullah s.a.w. ini yang bermaksud: “Jangan kamu saling marah-memarahi, jangan kamu saling berhasad dengki, jangan kamu kata-mengata.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tegasnya, tidak menimbulkan kebuntuan dalam pergaulan sesama manusia lebih perlu diutamakan daripada menghulurkan bantuan. Kata bijak pandai ini boleh dijadikan panduan: “Jika tidak dapat menjadi garam yang memasinkan ikan, janganlah jadi lalat yang membusukkannya.”     

  1. Sabar Ketika Ditimpa Musibah
Sabar jenis yang ketiga ini berada di luar ikhtiar manusia. Taat dan maksiat masih tergantung kepada kehendak manusia (masih boleh membuat pilihan), tetapi musibah datang terus daripada Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Taghabun 64: 11)
Manusia tidak mampu menahan musibah. Dalam hidup ini sering berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidak dijangka apatah lagi yang diharapkan. Maka ketika itu hanya dengan bersabar kita boleh berdepan dengannya. Apa yang berlaku dalam hati kita sebenarnya lebih penting berbanding dengan apa yang berlaku di luar diri kita. Jadi jika sifat sabar sudah tersemat dalam hati, musibah dari luar yang besar bagaimanapun akan dapat dihadapi dengan sebaik-baiknya.
Ada pandangan yang mengatakan bahawa sabar jenis yang ketiga inilah yang paling tinggi darjatnya, justeru kepedihan yang menimpa di hati sangat pedih. Orang boleh bersabar dengan kesusahan melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat, tetapi derita kegagalan, kematian, penyakit dan lain-lain musibah lebih menekan hati. Manakala ada pula yang berpandangan, musibah jenis yang pertama dan kedua lebih sukar kerana ia adalah musibah yang ikhtiyari (secara sedar dan boleh membuat pilihan), manakala kesabaran jenis yang ketiga lebih bersifat ijbari (terpaksa, tidak ada pilihan).
Mereka yang berpandangan demikian,  menyatakan bahawa kesabaran Nabi Yusuf a.s. (yang menolak godaan isteri menteri Mesir) lebih tinggi daripada kesabaran Nabi Ayyub a.s. (yang ditimpa penyakit kronik). Ini kerana Nabi Yusuf mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak, tetapi Nabi Ayyub tidak boleh menolaknya lagi. Sama ada rela atau terpaksa, penyakit itu tetap menimpa.
Ilmu kita terbatas. Ilmu Allah Maha Luas. Jika sabar itu tidak indah, bukan kerana ia tidak indah, tetapi mata hati kitalah yang kabur untuk melihat keindahan itu. Sama seperti kelawar yang tidak dapat melihat siang, bukan kerana kegelapannya tetapi siang itu terlalu terang dan mata kelawar tidak mampu menatapnya.

Sabar itu sesungguhnya akan memberikan keindahan pada fizikal kita. Sabar juga akan memberi keindahan pada jiwa dan perasaan kita. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa sabar itu ada dua. Pertama bersifat badani (fizikal). Sabar fizikal berupa seksaan, penyakit dan kesusahan yang menimpa jasad. Yang kedua bersifat rohani (spiritual) seperti ejekan orang, perpisahan, kekecewaan, kegagalan, kematian dan lain-lain yang kebanyakannya menekan nafsu dan bertentangan dengan kehendak diri.

Justeru, jika seseorang mampu bersifar sabar (ketika kesusahan menimpa fizikal dan rohaninya), maka dia akan memiliki dua keindahan. Pertama, keindahan fizikal dan kedua keindahan rohani. Sabar itu bererti “menahan”. Jika kita mampu menahan diri ketika melakukan ketaatan, meninggalkan maksiat dan ditimpa musibah, nescaya akan semakin indahlah wajah dan akhlak kita.

Sabar itu ada di hati. Apabila hati baik, wajah akan kelihatan cantik. Apabila hati baik, kita akan sentiasa dapat melihat kebaikan. Ya, bersabarlah! Do good, you will become good and feel good – buat baik, kita akan jadi orang baik dan kita akan merasai ketenangan dan keindahan dengan kebaikan itu. Sesungguhnya… sabar itu indah!

Sabar Itu Indah

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran  
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah

Ujian itu penebus dosa…
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak…
penghias samudera!


SUMBER : gentarasa

Friday, April 8, 2011

MELIHAT ORANG YANG KITA SAYANG PADA SAAT DIA TIDUR...

Jom kita cuba buat ni... copy dari kiriman email seorg teman..... baca jer pun aku da sebak.... kalau buat confirm hujan airmata... huhu...

gambar hiasan jer...


MUHASABAH DIRI
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

 Pernahkah anda menatap orang-orang
 yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
 Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
 mereka saat sedang tidur.

 Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
 wajar dan paling jujur dari seseorang.
 
 Orang paling kejam di dunia pun
 jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

 Perhatikanlah ayah anda
 saat beliau sedang tidur.
 Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
 dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
 betapa rambut-rambut putih
 mulai menghiasi kepalanya,
 betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
 Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
 untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
 Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
 perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar .

 
Sekarang, beralihlah. ...
 Lihatlah ibu anda....
 Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
 yang dulu halus membelai- belai
 tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
 menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
 Orang inilah yang tiap hari
 menguruskan keperluan kita.
 Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
 membebeli kita semata- mata
 kerana rasa kasih dan sayang,
 dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Tataplah wajah.... Ayah, Ibu, Suami,
 Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
 Semuanya...

 Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. >
 Rasakanlah energi cinta yang mengalir
 perlahan-lahan
 saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
 Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
 deras ketika mengingat betapa
 banyaknya pengorbanan yang telah
 dilakukan orang-orang itu untuk
 kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
 salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

 Secara ajaib Tuhan mengatur agar
 pengorbanan itu akan tampak lagi
 melalui wajah-wajah jujur mereka
 saat sedang tidur.
 Pengorbanan yang kadang melelahkan
 serta memenatkan mereka
 namun enggan mereka ungkapkan.
 Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
 membantu untuk mengungkap segalanya.
 Tanpa kata, tanpa suara dia
 berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
 Dan penyebab lelah dan penat itu?
 Untuk siapa dia berpenat lelah
 Tak lain adalah
 KITA.....

 Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
 isteri yang bekerja keras mengurus dan
 mendidik anak, juga rumah.
 Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
 telah menemani hari-hari suka dan duka                  
 bersama kita.

 Resapilah kenangan-kenangan manis dan
 pahit yang pernah terjadi dengan
 menatap wajah-wajah mereka.
 Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
 rasa terharu seketika menerpa jika
 mengingat itu semua.

 Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
 esok mereka "orang-orang terkasih itu"
 tak lagi membuka matanya,
 untuk selamanya ...
"

Thursday, April 7, 2011

Thank you Ms.Tan..... (^_*)

tutti frutti
Alhamdulillah... pepagi samapai ofis ada sesuatu kat atas meja aku.... birthday cake from my manager.... alamak terharunya... thank you Ms. Tan.... thank you gak utk suhaida sebab belikan kek ni yg sponsor by Ms. Tan ni.... & thanks utk kawan2gak......



<>








Ulang tahun yang ke 32....

Alhamdulillah.... dengan izin Allah aku masih boleh bernafas di bumi Allah yang luas ni... Melalui usia ke 32 ... erkkk dah 32 tahun rupa-rupanya aku?? Rasanya macam baru semalam aku tinggalkan zaman persekolahan. Rasanya baru semalam aku bersuka ria di hari konvokesyen kolej, berpeleseran dengan classmate.... ah pantasnya masa berlalu....

Terima kasih yang tak terhingga utk adik2ku untuk surprise kek ni.... :)
Add caption
sayang korang....

Tuesday, April 5, 2011

Cahaya mata itu bukan milik kami.... :(

8 tahun melayari kehidupan berumahtangga, terasa terlalu sunyi tanpa tangisan anak kecil. aku terlalu menginginkan cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga kami.
Pernah beberapa kali aku menyaran suamiku untuk berkahwin lain. Menyambung zuriat keturunannya (wah mcm kuat sangat emosi aku nk bg laki kawin lain... huhu) tapi dia enggan (Alhamdulillah... hehe). Alasannya, belum tentu akan ade cahaya mata kalau dia kawin lagi ...
Kami bersepakat untuk mencari anak angkat. beberapa kali juga tertipu.

11/3/11 - dengan bantuan seorang rakan, kami diperkenalkan dengan pasangan suami isteri yang dengan rela hati menyerahkan anak mereka. bersemangat sungguh husban aku masa tu. sampai sanggup menawarkan diri untuk membantu bil rawatan hospital.

Jangkaan bersalin pada akhir Mac dan hsbn aku dah merancang beberapa agenda untuk bakal anak kami. Jantinanya juga sudah diketahui - perempuan. Setiap hari wajahnya berseri2 memikirkan cahaya mata yg bakal kami miliki. Aku?? biase2 saje... tak mahu terlalu teruja. bimbang impian tidak tercapai....

Kami pun sudah memilih nama nama utk bakal anak kami tu... WAN NUR IMAN HIDAYYAH..

WAN - sempena nama keturunan suamiku
NUR IMAN - nama pilihan ku (semoga bakal anak kami akan jadi seorg yg beriman)
HIDAYYAH - nama yag mak aku bagi

Semakin menghampiri tarikh bersalin semakin aku kerap bermimpikan tentang anak2 kecil. pernah suatu mlm aku bermimpi aku yang mengandung tetapi bayi telah meninggal didalam kandungan. kerap juga hadir mimpi yang sama. tapi aki ignore saje... mimpikan mainan tidur...

1/4/11- sempena tarikh lahirku... kami diberitahu ibu kepada bakal anak kami telah dimasukkan ke wad. Hati kami suami isteri sudah berbunga2. mungkinkah si kecil yg bakal lahir sama dengan tarikh lahirku???

2/4/11 - dikejutkan dengan berita si ibu terpaksa dimasukkan kedalam unit rawatan rapi. ada komplikasi dalam kandungannya. hatiku berdebar2. Rasanya hampir setiap detik aku ingin bertanyakan khabar mereka.

3/4/11 - diberitahu pembedahan terpaksa dijalankan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. (lokasi hospital : di suatu tempat di utara tanahair..)

4/4/11 - 0421AM terima berita yg menyedihkan - cahaya mata itu bukan milik kami. sebak hatiku.. tapi airmata tak mahu gugur. suamiku?? dia tak mampu menahan perasaan.. akhirnya gugur juga air matanya mengenangkan impiannya yang musnah.

kita hanya merancang Allah yang menentukan.... telah tertulis di Loh Mahfus... bayi itu bukan milik kami...
kami redha walaupun ianya amat pahit utk ditelan.... Dari Allah Kita datang... Kepada Allah Juga Kita Kembali....

Sunday, April 3, 2011

Mak Ja & Naufal.....

Alhamdulillah... bertambah lagi anak saudara ku.... beberapa minggu lepas Naufal (anak kak long) lahir sebagai cucu pertama mak & ayah angkatku.... cucu yang dinanti-nanti sekian lama. berakhir sudah penantian itu.... cucu kedua (anak abg Boy) bakal lahir bulan 7 nanti....
Mereka menggelar aku Mak Ja....hehe mcm kelakar jer... tapi ok what.... lain dari yang lain...


lenanya Naufal dipelukan Mak Ja....


Blog yang da lama tak update

Lamanya dah tak update kat sini. Sampai ada yang bertanya.... hehe.... terima kasih sbb bagi sokongan yer.... InshaAllah akan cuba selalu luangkan masa kat sini. selalu tu ada singgah gak... tapi x de idea la... skg idea sudah mari... 
Tapi bukan la nk citer pasal I-City.... nak citer pasal lain..... tungguuuuuuuuuuuu.....