Friday, December 21, 2012

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA



Assalamualaikum......

Pagi ni aku dapat email dari seorg kawan.... jom baca utk renungan bersama..


Tuan/puan,
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Saudara saudari sekelian ,saya ingin berkongsi sedikit info yang mungkin saudara  saudari sudah pun dengar dan berfikir- fikir.
Sejak kebelakangan ini banyak sudah di perkatakan mengenai ‘The alignment of the Universe  or planets’ pada 23,24 dan 25 Dec 2012.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘the allignment of the universe atau planets’.Kita tahu sudah berkali -kali berlakunya gerhana matahari dan bulan.Di antara kita, ada yang pernah lihat dengan mata kita sendiri gerhana tersebut. Dalam bahasa mudah,ia berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam satu garisan lurus.  Kita tahu Setiap planet jarak pusingannya berlainan begitu juga dengan kelajuan pusingan tidak sama, makin jauh daripada matahari makin kurang daya tarikan gravity masing- masing dan juga ‘mass’ mereka berlainan. Maka tidaklah mustahil pada satu ketika kesemua 9 planet (Al Quran kata ada 11 ) yang mengelilingi matahari akan berada pada satu garisan lurus.
Mengikut pengetahuan sains yang dikurniakan kepada manusia daripada Allah S.W (umpama setitik dalam lautan) manusia dapat mengira dengan tepat kepada  ‘the nearest second atau minit’, bila masa dan tarikh akan berlakunya gerhana matahari,gerhana bulan mahu pun b ila ‘ comet halley’ akan sampai ke angkasa bumi sekali lagi.’Comet Halley’dijangka akan masuki ruang angkasa kita sekali lagi pada tahun 2061,kali terakhir ia masuk ke ruang angkasa kita pada tahun 1986.Jadi tidak mustahil untuk manusia mengiira bila masa akan berlaku ‘the alignment of the planets’.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh  NASA (kalau betul sumbernya,mereka dikatakan tarik balik kajian tersebut atas alasan ia akan buat manusia panic),apabila kesemua planet ada pada satu garisan, dunia akan beralih  dari  dimensi ke 3  ke dimensi 0 dan selepas itu akan beralih ke  dimensi ke 4 (Jika dimensi ke 2 atau tiga kita boleh bayangkan tetapi dimensi 0 dan ke 4 tidak dapat saya bayangkan,mungkin tuan-tuan lebih arif dalam hal ini) .  Sudah tentu planet planet ada pada jarak yang paling dekat ketika berada dalam satu garisan lurus.

Pada ketika itu juga Daya tarikan  gravity musytarikh(Jupiter)Planet yang ke 5 dari Matahari dan terbesar di Solar system kita, 318 kali ‘mass’ bumi kita dan 1320 kali isipadu bumi, dikatakan begitu kuat sehinggakan akan menarik bumi pusing berlawanan,iaitu bumi akan pusing mengikut pusingan jam ,kebiasaanya bumi pusing berlawanan jam pada paksinya (jika dilihat dari atas kutub Utara).
 Apabila bumi pusing mengikut pusingan jam maka kita akan lihat seolah olah matahari terbit dari arah barat, bukan seperti biasa dari arah timur.Dan dikatakan bumi akan berada dalam kegelapan selama tiga hari berturut turut disebabkan planet Zuhrah(Venus),planet yang ke dua dari matahari, melindungi bumi. Bumi adalah planet yang ketiga.Bumi juga dikatakan akan berhenti pusing pada paksinya seketika.
Apakah akan jadi jika bumi berhenti pusing seketika.!!!

Kita semua tahu apabila berada dalam kereta yang sedang bergerak  kalau ditekan ‘brake’ tiba tiba, maka kita melonjak ke depan.Maka kalau bumi berhenti pusing seketika ,sudah tentu air laut akan menjunam masuk ke darat. Fenomena ini dikatakan akan berlaku seketika sahaja ,selepas itu bumi akan putar berlawanan jam sepert sedia kala dan ditambahnya,selepas itu bumi akan jadi satu bumi baru.
Soalannya tuan tuan apakah yang dimaksudkan dengan bumi baru itu.!!!

Cuba kita lihat pula satu Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra
Rasullullah saw. Bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum matahari terbit daripada sebelah barat.Apabila matahari terbit daripada sebelah barat semua manusia akan jadi orang yang beriman,maka pada waktu itu iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya dia tidak beriman”(ada 6 rukun iman).
Kalau semua manusia jadi orang beriman,tiada orang jahat.tiada yang buat dosa dan maksiat,bukankah itu satu dunia baru . Dan  ketika itu tiada guna lagi beriman kerana pintu taubat sudah pun tertutup.
Berdasarkan pada huraian para Ulamak “Matahari akan terbit sebelah barat tetapi sekali sahaja dan sebelum matahari terbit sebelah barat bumi akan kegelapan selama 3 hari, dan itu adalah tanda kiamat hampir tiba”

Kita cuma nak lihat persamaan kajian manusia dan hadis Rasullullah saw.
Walau apa juga pendapat kita, jangan pandang ringan Hadis sahabat, Abu Hurairah r.a. Beliau adalah perawi kita Ahlus Sunnah WalJamaah dan telah meriwayatkan lebih 5000 hadis dan hafal lebih 1000 hadis.Kiamat sudah pasti berlaku,tetapi tidak semestinya fenomena tersebut diatas pasti berlaku,kesemuanya ditangan Allah swt…. Rasullullah saw. sendiri tidak pernah menyatakan bila masa akan berlaku kiamat,hadis tersebut di atas pun tidak menyatakan bila akan berlaku peristiwa tersebut.

Maka kita boleh lah senyum sikit….sikit sahaja.Mungkin ia tidak berlaku pada hujung tahun ini atau pun pada masa terdekat ini.
Jadi sediakanlah banyak banyak bekalan  iman sebelum terlambat.Tidaklah rugi kalau kita percaya akan fenomena ini jika ia boleh  menggalakan kita meningkatkan keimanan kita. Disamping banyak bertaubat , kita banyak berdoa memohon pada Allah swt  supaya ia tidak  berlaku.Kalau ia berlaku, ia akan berlaku juga, tidak ada makhluk yang berkuasa  menghentikanya melainkan Allah swt. dan kalau tidak berlaku maka shukur Alhamdulillah.Wallahualam.

Sekian, sekadar untuk  renungan sahaja ,jika ada salah silap harap maaf.Terima kasih.

Wednesday, December 19, 2012

13 Aurat Wanita

Assalamualaikum....

13 Aurat Wanita (INGATAN UTK DIRI SENDIRI & RAKAN2 YG SUDI MEMBACA)

 1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari... Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

 4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

 6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

 7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

 8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

 9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

 10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

 11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

 12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

  13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Friday, December 7, 2012

SEDIH DIDALAM REDHA......

Assalamualaikum..... Rasanya lama sangat dah tak meluah isi hati kat sini(mcmlah semua isi hati tercurah kat sini.. :P). x jenjalan kat blog kengkawan.... ada masa nanti aku singgah jenjalan & tinggalkan komen ye kengkawan.... Minggu lepas 29/11/12 sesuatu yg tak disangka terjadi dalam hidup aku.... AKU KEGUGURAN..... sedih, sebak & pelbagai rasa lagi. kehadiran indah yg kutunggu hampir 10 tahun itu belum redha untuk berada didalam rahimku... sungguh aku redha andai Allah belum mengurniakan untukku. sedih, sayu, pilu tu aku rasakan wajar asalkan tidak berlebihan & menyalahkan takdir Allah. aku percaya akan Qada & qadar Allah. DIA maha mengetahui...DIA juga berhak. pasti Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untukku.... terima kasih pada ahli keluarga & sahabat handai yg banyak memberikan sokongan...terima kasih untuk doa anda semua...