Monday, June 25, 2012

DOA MATI DALAM ISLAM...



Assalamualaikum....

Ya Allah.... semoga Hidup & matiku  sentiasa dalam Islam..... Aminnnnn....





















Thursday, June 21, 2012

eh! cmne boleh jadi cmni??


Assalamualaikum.......

Achaner adik bleh ade kat situ?? ceciter2... hehehe

Thursday, June 14, 2012

Dimanakah Allah...


Dimanakah Allah

design by hasnulhadiahmad.com
DIMANAKAH ALLAH
Padang pasir terbentang luas. Matahari bersinar menyala seolah-olah hendak membakar ubun-ubun kepala. Disebuah jalan yang membelah padang pasir, kelihatan seorang berjubah putih sedang berjalan keletihan. Orang itu tidak lain adalh Abdullah Bin Umar r.a, salah seorang sahabat Nabi Muhammad Saw, yang terkenal kealiman (tinggi ilmu) dan kezuhudannya (sederhana). Dia sedang berjalan keluar dari Madinah menuju ke Mekah untuk beribadah di Baitullah.
Berkali-kali Abdullah Bin Umar menghentikan langkahnya sesaat, untuk meminum seteguk air bekalannya. Namun sayang, kantong airnya telah kering kontang. Dia benar-benar kehausan. Dia melihat kearah sekitarnya, siapa tahu ada orang Badwi atau pengembala yang boleh memberinya seteguk air sebagai penawar dahaga. Nmun, sejauh mata memandang, yang dia temukan hanyalah warna kecoklatan samudera pasir.
Dia tetap bersabar dan terus berjalan, akhirnya matanya menagkap beberapa titik-titik hitam dan putih di kejauhan sana. Di sebalik bukit pasir. Hatinya berasa lega., berkali-kali dia mengucapkan syukur Alhamdulillah. Dia yakin, titik hitam dan putih itu adalah manusia. Abdullah terus melangkah kaki mendekati titik hitam dan putih itu. Apabila sudah dekat, persekitarannya tidak meleset. Titik hitam dan putih itu adalah seorang pengembala dan kambing-kambingnya.
Ketika Abdullah bin Umar r.a berada tidak jauh dari pengembala itu, tiba-tiba terlintas dalam fikirannya untuk menguji pengembala itu. Dia ingin tahu, apakah ajaran islam telah sampai ke tengah padang pasir yang terpencil jauh ini? Dia juga ingin tahu, adakah pengembala itu telah menerima ajaran suci yang dibawa Nabi Muhammad saw?
Setelah menyucapkan salam, Abdullah bin Umar berkata kepada pengembala yang merupakan seorang hamba, “ Wahai pemuda! Aku ingin membeli seekor kambing yang kau gembalakan ini. Bekalanku sudah habis.”
“ Maaf tuan, aku hanyalah seorang hamba yang bertugas mengembalakan kambing-kambing ini. Aku tidak boleh menjuainya. Ia bukan milikku. Aku tidak diberi kebenaran menjuainya,” jawab pengembala kambing itu.
“ Ah! Itu masalah mudah. Begini, kau juai seekor saja kambing gembalaanmu padaku. Kambing yang kau jaga ini sangat banyak, tentu sangat sukar bagi pemiliknya untunk menghitung jumlahnya. Kalau pun dia tahu ada seekor kambingnya tidak ada, cakap saja telah dibaham serigala. Mudah sekalikan? Kau pun boleh membawa wangnya,” Pujuk Abdullah bin Umar r.a dengan wajah ang serius.
“ dengan itu, dimanakah Allah? Pemilik kambing iini memang tidak akan tahu dan boleh dibohongi, tetapi ada Zat yang Maha tahu, yang pasti melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan. Apa kau kita Allah tidak ada?” jawab pengembala itu mantap.
Sungguh, jawapan itu membuat Abdullah bin Umar tersentak.
“ aku tidak diberi kuasa oleh pemilik kambing ini untuk menjuainya. Aku hanya ditugaskan mengembalakannya dan meminum air susunya ketika aku memerlukannya dan member minum kepada para musasir yang kehausn,” sambung pengembala itu.
Dia berkata begitu sambil memerah susu seekor kambing ke dalam sebuah mangkuk. Selepas penuh berisi susu, dia memberikannya kepada Abdullah bin Umar.
“ minumlah tuan, aku lihat kau kehausan. Jika masih kurang, boleh ditambah. Jangan risau, susu ini halal sebab pemiliknya menyuruh aku member minum musafir yang memerlukannya.,” kata pengembala itu dengan tutur kata yang halus dan ramah.
Abdullah bin Umar menerima angkuk berisi susu itu dengan hati terharu. Dia minum sehingga rasa hausnya hilang. Setelah itu,, dia mohon diri. Di perjalanan, dia tidak boleh menyembunyikan tangisnya, teringat kata-kata pengembala itu.
“ Di manakah Allah ? Apakah kau beranggapan Allah tidak ada?”
Abdullah bin Umar menangis teringatkan bahawa seorang pengembala kambing di tengah padang pasir yang pakaiannya kotor, ternyata memiliki kejujuran yang tinggi. Hatinya menyinarkan keimanan. Akhlaknya sungguh mulia.Ajaran Rasulullah saw telah terpatri dalam jiwanya. Abdullah bin Umar terus melangkah kaki sambil bercucuran air mata.
Kemudian, Abdullah bin Umar mencari kampong terdekat dan menanyakan,siapakah tuang pengembala kambing itu. Setelah berjumpa, Abdullah bin Umar terus membeli hamba itu dan memerdekakannya.
Seorang manusia yang jujur dan memiliki rasa ketakwaan kepada Allah yang begitu tinggi tidaklah sepatutnya menjadi hamba kepada manusia. Dia layak menjadi hamba Allah SWT.
Wallahu’alam….

Thursday, June 7, 2012

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

 



Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com