Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Friday, April 12, 2013

kekasihku diambil org....:(


Assalamualaikum...

Harini aku rasa sedih sangat... ingatkan lama lagi aku nak berpisah dengan 'dia'... tapi rupa2nya mmg jodoh kami tak panjang. harini lepas solat Jumaat tadi, 'kekasih' aku yg satu tu dah jadi milik org lain.... :( 

10 tahun dah dia berkhidmat utk aku... mendengar keluhan aku walau hakikatnya dia tak punya telinga.... sedih .. sedih dan sedih....

sejak ada yg persona, aku mmg jarang sgt guna iswara tu..... bukan sbb apa pun, iswara tu manual. sejak iman ada ni dia suka2 jer nak duduk atas riba bila aku drive. bila guna auto senang sikit. manual kan susah nak tukar2 gear.

En. Hubby lak lebih suka guna motorsikal. tak payah kalut dengan jammed katanye... jadinya amat2lah jarang digunakan. 

semalam bila ade org bertanya (bf en. hubby) dia terus tanya pendapat aku.... setelah ditimbang kati, kilo & kira longgok aku pun setuju. tapi sekarang aku yg sedih terlebih. En. hubby pun same siap meleleh airmata dia.. huhuhu.... nostalgia sungguh iswara tu ... dari selatan ke utara dia berkhidmat utk kami sekeluarga... akhirnya...... kami berikan hak milik kepada org lain... semoga tuan barunya nanti dapat menjaga dia dgn lebih baik...... :(




Saturday, January 5, 2013

27 tahun telah berlalu.....



Assalamualaikum..... 

Tanpa aku sedar sudah 27 tahun berlalu meninggalkan zaman kanak2. Gambar kat atas tu diambil masa aku darjah 1. Minggu lepas classmate aku post gambar ni kat facebook. bila gambar ni di tag ramai jugak la kawan2 lama yg lost contact sebelum ni muncul balik... memang seronok mengimbas nostalgia lama.

Alhamdulillah masing2 dah punya keluarga & mempunyai kerjaya yang bagus. hinggakan antara kami mendesak untuk mengadakan reunion. menemukan semula sahabat2 lama yg terpisah dek jarak dan waktu (ayat drama la pulak :p) entah bila akan terlaksana ... belum ada jawapan.

semoga impian kami utk bertemu semula akan terlaksana suatu hari nanti...... Aminn...

Thursday, May 24, 2012

DAPUR KAYU




Assalamualaikum....

Korang pernah ke merasa guna dapur kayu? kalau dok kat bandar mestilah tak pernah kan.... tapi sekarang ni pun susah nak cari rumah yang masak menggunakan dapur kayu kat kampung. kebanyakannya dah guna dapur gas. kat rumah mak aku pun sama. susah beno nak cari kayu api nak wat masak.

Masak menggunakan dapur kayu ni bagi aku rasanya lebih sedap dan beraroma. waahh!!! rindu lak dgn zaman kecik2 dulu. bentuk dapur kayu kat kebanyakan rumah lebih kurang sama je mcm kat gmbr tu. (tu kat kg aku la. tmpt lain aku tak tau).

Cara nak hidupkan api guna getah tube basikal atau motosikal yg dah di potong kecil2. Ada jugak yg guna getah skrap. lepas tu kayu pun kena susun elok2. tak boleh rapat2 nanti api susah nak nyala. dulu bila nyalakan api tak hidup mak aku ckp kencing x cebuk la tu sbb tu api nak nyala. hahaha. lepas dah selesai masak kene renjis dapur dengan air utk mengelakkan abu berterbangan.


Thursday, February 23, 2012

15 tahun telah berlalu...


Assalamualaikum.....

Diam tak diam dah lebih 15 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan. zaman yg penuh kemanisan. terutamanya mase zaman form 4 &5 kat SMV Muar. tempoh persahabatan yg singkat tapi cukup bermakna. 

lepas SPM masing2 membawa haluan. ada yg terus bekerja & ada gak yg menyambung pelajaran. selepas beberapa tahun... kami dipertemukan dia alam maya.. facebook tentunya... ada jugak yg terus menghilang tanpa jejak. bila dah jumpa semula ni mcm2 cerita lama tersingkap semula. kalau dulunya kisah itu pahit, tapi sekarang dah jadi kenangan paling manis & lawak pun ada juga... hehe

Apabila 9 course bergabung (EK, EN, BB, AUTO, PPU, ABM, KFL, RF & KT) ada lagi macam2 versi cerita kisah kenangan kami semua. alangkah indahnya kalau kami bertemu semula di dunia nyata bukan sekadar di alam maya sahaja. bilakah masanya?? belum tahu lagi...


gambar kenangan class mate aku...
atas dari kiri :ahmad nikman, noorazli, wan fadzil, shahril yunus, isa, shukri, norul rizal, ragunaga, sanusi, khairul azli, rizal jaws, pelit, sharip, amirul, zai bai, tohe, zulhilmi, wak redza.
tengah dari kiri : ros, ayu, faiz, ida, ana, ina, zehan, mar, wati, aku, noor.
bawah dari kiri : hafiz, salleh, shahril pairon, zahari, irwan, mr. khoo, rin, lin, nora, umah, dila.