Wednesday, April 3, 2013

VIDEO LUCAH SANA SINI

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? aku dah muncul balik setelah beberapa ketika hehehe...

Tak tau nak cerita ape pun... cuma sekarang ni parlimen dah bubarkan... jadi aku lebih tertumpu pada blog2 politik la... aku akan undi siapa??? usahlah ditanya kerana undi adalah rahsia...

Aku ikut perkembangan dua belah pihak. ada pro dan kontra.... yg baik kita jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.... tak kiralah kamu mengundi sesiapa jagalah budi bahasa dan perkataan yg nak diluahkan agar tidak meluka @ menyakitkn hati mana2 pihak..... bersainglah secara sihat... yakinkan pengundi dengan budi pekerti yang baik & jadilah contoh yang baik....

sememangnya kita hanyalah manusia biasa tidak sempurna & tak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak. kalau kita boleh tunjukkan teladan yg baik lambat laun org akan menghargai pengorbanan kite.... cheewah!!! pandai lak aku cakap... err cakap x kena bayarkan... sendiri mau ingat lah.... huhu..

Dan TOLONG... TOLONG... TOLONG  juga HENTIKANLAH penyebaran video lucah sana sini. aku tak nmpk pun faedahnya dengan penyebaran tu....suatu ketika dulu.... sebarang urusan berkenaan dengan bahan lucah amatlah dilarang tapi sekarang???? sangatlah berleluasa seolah2 tiada sekatan.

kita menutup keaiban org, pasti Allah juga akan menutup keaiban kita... fikir2kan ye.....

No comments: