Thursday, August 30, 2012

apesaje..


Pageview chart 6585 pageviews - 
Assalamualaikum....
baru 6585 pageviews...... mekasih le pad yg sudi menjengok blog aku yg x seberapa ni...
aku suka ngn no 6585 ni sbb sama ngn no phn aku... hihihi..... satu2nye no yg aku guna melebihi 5 thn...
err... cume nk merapu pasal tu jerk..

Wednesday, August 22, 2012

Thursday, August 9, 2012

N3 TIADA TAJUK...

Assalamualaikum....

Apa khabar kawan2 sume?.. lama dah tak membebel kat sini... N3 yg ada tu pun selalu copy paste dari email @ facebook...... nak blogwalking pun amatlah terhad masanye.... huhu...

1 Ramadhan aritu aku sambut kat my hometown... Johor negeriku.... hehe.. last minute en. suami ajak balik... aku apa lagi.... mestila suka kan...

beberapa minggu sebelum tu mak aku mmg da suruh balik tapi aku cuma cakap Inshaallah je.. tak berani janji. mak aku kata kalau tak nak balik pos jer Iman kat adik2.. haha boleh pulak camtu?? mak aku tu dah rindu sgt kat cucunya yg sorg tu....

mak kata balik ler... mak nk masak2 nak 'munjung' (ni istilah jawa aku x tau istilah dlm bahasa melayu).
'Munjung' di 1 ramadhan ni kene catat dalam diari tau. pertama kali selama 33 thn aku hidup.... selalunya mak masak2 utk munjung tu lepas 2 minggu puasa..... munjung tu dah jadi tradisi masyarakat jawa kat johor... mungkin ada jugak kat tempat lain tapi aku x pasti....

hari yg dinanti tiba... kami 3 beranak pun baliklah kekampung.... igtkan nak surprisekan mak & abg khalid serta anak2... rupa2nye kami lak yg tersurprise pulak sbb diorg sume dah pergi surau utk solat terawih.... huhu.. terpaksalah call abg khalid utk ambil kunci... hurmmmm..

waktu siang 1 ramadhan tu bergotong-royong lah kami adik beradik memasak juadah utk punjungan.... ada sambal tumis telur puyuh, daging masak kari, sayur lodeh & nasi impit.... kuih buah melaka & pengat labu bersama candel pun ade juga...semua juadah selesai dimasak dan dibungkus sekitar jam 3.30 ptg. mak bahagi2kan tugas utk menghantar punjungan pada jiran2 dan saudara mara.
juadah yg dipunjung.. (erkk.. dam mcm raya jerk..)








Wednesday, August 1, 2012

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS


ASSALAMUALAIKUM......

TERIMA EMAIL DARI SEORG SAHABAT.... JOM SAMA2 KITA BACA...
 

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.