Thursday, May 24, 2012

DAPUR KAYU




Assalamualaikum....

Korang pernah ke merasa guna dapur kayu? kalau dok kat bandar mestilah tak pernah kan.... tapi sekarang ni pun susah nak cari rumah yang masak menggunakan dapur kayu kat kampung. kebanyakannya dah guna dapur gas. kat rumah mak aku pun sama. susah beno nak cari kayu api nak wat masak.

Masak menggunakan dapur kayu ni bagi aku rasanya lebih sedap dan beraroma. waahh!!! rindu lak dgn zaman kecik2 dulu. bentuk dapur kayu kat kebanyakan rumah lebih kurang sama je mcm kat gmbr tu. (tu kat kg aku la. tmpt lain aku tak tau).

Cara nak hidupkan api guna getah tube basikal atau motosikal yg dah di potong kecil2. Ada jugak yg guna getah skrap. lepas tu kayu pun kena susun elok2. tak boleh rapat2 nanti api susah nak nyala. dulu bila nyalakan api tak hidup mak aku ckp kencing x cebuk la tu sbb tu api nak nyala. hahaha. lepas dah selesai masak kene renjis dapur dengan air utk mengelakkan abu berterbangan.


AL-FATIHAH....NORMA TELAH PERGI BUAT SELAMANYA.... (t_t)

Assalamualaikum......

Pernah baca kisah Norma yang menghidap penyakit tumor otak? Aku start baca bila tersebarnya kat beberapa blogger yg buat N3 utk norma beberapa bulan yg lepas. lepas tu aku pn start follow blog MOON biras Arwah Norma ni.

Semalam pukul 1 pagi norma dah menghembuskan nafasnya yg terakhir. sedih sgt2. berakhir sudah penderitaan norma. semoga Allahyarhamah Noormawati Binti Mohd Rasif ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...

semua kisah2 norma boleh dibaca kat blog MOON.... AL-FATIHAH..



CREDIT GAMBAR DARI BLOG MOON

GADIS 15 TAHUN DIROGOL TEMAN LELAKI

Assalamualaikum.....

Macam2 kes sekarang ni.... anak2 gadis sekarang ni makin berani. pengawasan ibubapa pun tak begitu ketat. aduhai risaunyaaaa aku. walaupun aku belum ada anak gadis tapi anak2 abg2 aku kebanyakannya perempuan. kekadang sampai sesak dada memikirkan tingkah laku anak2 gadis sekarang yg x berapa cerdik nk menjaga diri.

Kalau dah dengan rela hati diri dijadikan pemuas nafsu lelaki layak ke dikatakan di rogol? Entah ler... jom kita baca kisah rogol tu kat SINI .

Thursday, May 17, 2012

Tuesday, May 15, 2012

wajarkah??

Assalamualaikum....

sebenarnya dah lama aku nak menulis akan rasa hatiku ni..... tapi tak tau macamana aku nak meluahkannya. lagipun aku sedar diri ini... siapalah yang akan ambil pusing akan cakap2 & luahan hatiku...

aku rasa hampir seluruh rakyat Malaysia menyedari yang MALAYSIA kini sedang mengalami masalah keruntuhan kewajaran fikiran & akhlak. lebih2 lagi bila musim pilihan raya yang bakal tiba.

perbezaan pendapat itu kadang2 perlu. tetapi wajarkah hingga mengadakan perhimpunan jalanan yg menyusahkan banyak pihak? wajarkah mencanangkan keaiban orang berulang kali? orang dewasa bergaduh, menghasut, perang mulut sesama sendiri. wajarkah itu?

inikah cara orang dewasa yg memimpin atau bakal memimpin negara mempengaruhi anak muda yg bakal mewarisi negara? media elektronik & cetak seolah2 tidak mempunyai tapisan. gambar yang tidak sepatutnya menjadi tajuk utama. sedangkan semua tahu media bukan sahaja ditonton & dibaca oleh org dewasa sahaja. (zaman aku sek dulu ada program akhbar dalam darjah utk meluaskan pengetahuan) tapi sekiranya berita & gambar yang tidak sepatutnya yg dipertontonkan wajarkah dijadikan akhbar dalam darjah? (kalau program itu masih wujud)

tidak bolehkah diadakan 'rundingan meja bulat' yang membawa kata sepakat? aku faham mentadbir negara bukan semudah 123 & ABC. tapi jika masa & tenaga yg ada hanya dihabiskan untuk ceramah2 politik yg membawa kepada perpecahan adakah itu berbaloi? kalau ceramah menambah ilmu akhirat tu tidak mengapalah juga. memang banyak faedahnya.

kalau boleh aku nak merayu kepada pemimpin negara DS Najib tentunya supaya mengadakan rundingan dengan semua pihak2 yg terlibat (semua parti) utk menghentikan perbuatan mereka yg tidak berfaedah itu. ceramah2 mereka itu tidak memberi kesan positif pada ekonomi negara pun. bergaduh, memfitnah, menghasut dan akhirnya apa akan jadi pada negara kita??

fikir2kan lah... sekian..

Thursday, May 10, 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Assalamualaikum......





Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya



By: Islamic Articles