Friday, December 21, 2012

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA



Assalamualaikum......

Pagi ni aku dapat email dari seorg kawan.... jom baca utk renungan bersama..


Tuan/puan,
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Saudara saudari sekelian ,saya ingin berkongsi sedikit info yang mungkin saudara  saudari sudah pun dengar dan berfikir- fikir.
Sejak kebelakangan ini banyak sudah di perkatakan mengenai ‘The alignment of the Universe  or planets’ pada 23,24 dan 25 Dec 2012.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘the allignment of the universe atau planets’.Kita tahu sudah berkali -kali berlakunya gerhana matahari dan bulan.Di antara kita, ada yang pernah lihat dengan mata kita sendiri gerhana tersebut. Dalam bahasa mudah,ia berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam satu garisan lurus.  Kita tahu Setiap planet jarak pusingannya berlainan begitu juga dengan kelajuan pusingan tidak sama, makin jauh daripada matahari makin kurang daya tarikan gravity masing- masing dan juga ‘mass’ mereka berlainan. Maka tidaklah mustahil pada satu ketika kesemua 9 planet (Al Quran kata ada 11 ) yang mengelilingi matahari akan berada pada satu garisan lurus.
Mengikut pengetahuan sains yang dikurniakan kepada manusia daripada Allah S.W (umpama setitik dalam lautan) manusia dapat mengira dengan tepat kepada  ‘the nearest second atau minit’, bila masa dan tarikh akan berlakunya gerhana matahari,gerhana bulan mahu pun b ila ‘ comet halley’ akan sampai ke angkasa bumi sekali lagi.’Comet Halley’dijangka akan masuki ruang angkasa kita sekali lagi pada tahun 2061,kali terakhir ia masuk ke ruang angkasa kita pada tahun 1986.Jadi tidak mustahil untuk manusia mengiira bila masa akan berlaku ‘the alignment of the planets’.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh  NASA (kalau betul sumbernya,mereka dikatakan tarik balik kajian tersebut atas alasan ia akan buat manusia panic),apabila kesemua planet ada pada satu garisan, dunia akan beralih  dari  dimensi ke 3  ke dimensi 0 dan selepas itu akan beralih ke  dimensi ke 4 (Jika dimensi ke 2 atau tiga kita boleh bayangkan tetapi dimensi 0 dan ke 4 tidak dapat saya bayangkan,mungkin tuan-tuan lebih arif dalam hal ini) .  Sudah tentu planet planet ada pada jarak yang paling dekat ketika berada dalam satu garisan lurus.

Pada ketika itu juga Daya tarikan  gravity musytarikh(Jupiter)Planet yang ke 5 dari Matahari dan terbesar di Solar system kita, 318 kali ‘mass’ bumi kita dan 1320 kali isipadu bumi, dikatakan begitu kuat sehinggakan akan menarik bumi pusing berlawanan,iaitu bumi akan pusing mengikut pusingan jam ,kebiasaanya bumi pusing berlawanan jam pada paksinya (jika dilihat dari atas kutub Utara).
 Apabila bumi pusing mengikut pusingan jam maka kita akan lihat seolah olah matahari terbit dari arah barat, bukan seperti biasa dari arah timur.Dan dikatakan bumi akan berada dalam kegelapan selama tiga hari berturut turut disebabkan planet Zuhrah(Venus),planet yang ke dua dari matahari, melindungi bumi. Bumi adalah planet yang ketiga.Bumi juga dikatakan akan berhenti pusing pada paksinya seketika.
Apakah akan jadi jika bumi berhenti pusing seketika.!!!

Kita semua tahu apabila berada dalam kereta yang sedang bergerak  kalau ditekan ‘brake’ tiba tiba, maka kita melonjak ke depan.Maka kalau bumi berhenti pusing seketika ,sudah tentu air laut akan menjunam masuk ke darat. Fenomena ini dikatakan akan berlaku seketika sahaja ,selepas itu bumi akan putar berlawanan jam sepert sedia kala dan ditambahnya,selepas itu bumi akan jadi satu bumi baru.
Soalannya tuan tuan apakah yang dimaksudkan dengan bumi baru itu.!!!

Cuba kita lihat pula satu Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra
Rasullullah saw. Bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum matahari terbit daripada sebelah barat.Apabila matahari terbit daripada sebelah barat semua manusia akan jadi orang yang beriman,maka pada waktu itu iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya dia tidak beriman”(ada 6 rukun iman).
Kalau semua manusia jadi orang beriman,tiada orang jahat.tiada yang buat dosa dan maksiat,bukankah itu satu dunia baru . Dan  ketika itu tiada guna lagi beriman kerana pintu taubat sudah pun tertutup.
Berdasarkan pada huraian para Ulamak “Matahari akan terbit sebelah barat tetapi sekali sahaja dan sebelum matahari terbit sebelah barat bumi akan kegelapan selama 3 hari, dan itu adalah tanda kiamat hampir tiba”

Kita cuma nak lihat persamaan kajian manusia dan hadis Rasullullah saw.
Walau apa juga pendapat kita, jangan pandang ringan Hadis sahabat, Abu Hurairah r.a. Beliau adalah perawi kita Ahlus Sunnah WalJamaah dan telah meriwayatkan lebih 5000 hadis dan hafal lebih 1000 hadis.Kiamat sudah pasti berlaku,tetapi tidak semestinya fenomena tersebut diatas pasti berlaku,kesemuanya ditangan Allah swt…. Rasullullah saw. sendiri tidak pernah menyatakan bila masa akan berlaku kiamat,hadis tersebut di atas pun tidak menyatakan bila akan berlaku peristiwa tersebut.

Maka kita boleh lah senyum sikit….sikit sahaja.Mungkin ia tidak berlaku pada hujung tahun ini atau pun pada masa terdekat ini.
Jadi sediakanlah banyak banyak bekalan  iman sebelum terlambat.Tidaklah rugi kalau kita percaya akan fenomena ini jika ia boleh  menggalakan kita meningkatkan keimanan kita. Disamping banyak bertaubat , kita banyak berdoa memohon pada Allah swt  supaya ia tidak  berlaku.Kalau ia berlaku, ia akan berlaku juga, tidak ada makhluk yang berkuasa  menghentikanya melainkan Allah swt. dan kalau tidak berlaku maka shukur Alhamdulillah.Wallahualam.

Sekian, sekadar untuk  renungan sahaja ,jika ada salah silap harap maaf.Terima kasih.

9 comments:

Jamal k ahmad said...

yelah iman tu mantap-mantapkan..

kiamat tu pasti dtg..

Knor said...

salam..yg blog jamal tu adalah blog suami kakak..sorry..dia tak logout pulak..ni bru kak nor sebenar..

Kesuma Angsana said...

tq share ye

KuNanGKuNanG said...

kiamat pasti akan berlaku juga cuma kite sbgai manusia xkan tau bila ia berlaku,semuanye kuasa Allah.moga Allah melindungi kite semua..

maya amir said...

betul tu.. kiamat pasti datang.. yg penting kite tingkatkan amal ibadat kite..:)

win3 said...

kiamat pasti datang yang terpenting bagaimana membekali diri untuk menghadapi hari itu

mselim3 said...

kiamat pasti datang cuma kita x pasti bila datangnya ...

mselim3

TiranaAduka said...

Salam sis hajar.....
nice sharing di hari jumaat yang mulia ini...

jemput sis join disini..kalau sis berkelapangan.... dan kalau sis sudi ajak member2 lagi bagi memeriahkan lagi suasana...Terima kasih

http://aku-saya-alam.blogspot.com/2012/12/kertas-soalan-bahasa-jawa-1.html

Cho Zila said...

memang sepatutnyer kita sentiasa bersediakan.. harapkan akak juga akan sedar ... kalau tak kiamatpun, kematian bila2 masa...