Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Santai Bersama BEN ASHAARI

Assalamualaikum... jom2 join segmen nih... aritu konon kata malu nk join segmen tapi join gak (X_X).
hehe.. meh le kritik ape2 yg patut.... ape2 jer aku x kisah... aku adalah seorg yg positif terhadap kritikan.. cheewahhh...

harini Iman da genap sebulan... :)


Assalamualaikum... Alhamdulillah... Iman da genap sebulan harini... amk pic ni mase beberapa hari Iman di lahirkan. muka pun masih merah2 lagi. skg Iman da makin putih. ade masa nanti aku nk upload pic Iman lagi. mgu ni nak buat majlis potong jambul & cukur rambut kat kampung aku (bp).... x saba nk balik kg...




 

sakit beguk??

Assalamualaikum ..  korang pernah kene sakit beguk? aku x taulah dah pernah kene ke belum. org kata seumur hidup sekali mesti kene penyakit tu... pagini masuk ofis, sorang colleague aku kene sakit ni. kesian aku tgk dia. mgu lps kaki bengkak sbb terjatuh kat dpn tangga ofis. arini pipi lak yang bengkak. sampai menangis dia sbb terlalu sakit agaknya. g klinik tadi dapatla mc 2 ari. jom kita amik tau sikit pasal penyakit nih..



gambo2 ehsan dari tok google..

Beguk dan wabak parotitis merupakan penyakit disebabkan virus bagi manusia, disebabkan oleh virus beguk (RNA Paramyxovirus). Sebelum pembangunan vaksin dan pengenalan vaksin beguk, ia merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.[1]
Bengkak pada kelenjar liur (secara klasik dikenali sebagai kelenjar parotid) merupakan ciri penonjolan biasa.[2] Bengkak yang menyakitkan pada bahagian kerandut zakar (orchitis) dan rash juga mungkin berlaku. Simptom ini biasanya tidak teruk pada kanak-kanak. Bagi remaja dan orang dewasa, komplikasi seperti mandul atau separa mandul adalah lebih biasa, sungguhpun masih jarang dari segi bilangan mutlak.[3][4][5] Penyakit ini biasanya terhad, mereka yang sakit sembuh sendiri, tanpa rawatan khusus selain mengawal simptom dengan ubat penahan sakit.

nak tau lebih lanjut? jom merewang kat sini. nak baca kat sini pun boleh..

Friday, July 22, 2011

aku tak sihat.....



Assalamualaikum..... aku tak sihat... batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan semua complete. balik karang nak buat bubur mcm kat gmba ni lah.. pastu buat sambal tumbuk buat pedas2. mkn ngn kicap pun ok jer... rebus telur masin pun ok..

Tak dapatla nk cium Iman. takut berjangkit. nanti susah pulak. rasanya arini rindu kat Iman berkali2 ganda.. rase2 nak jer bwk Iman g keje sok.. ade kat dpn mata senang..hehe bleh ke gitu??

Tuesday, July 19, 2011

kalau join segman...

Assalamualaikum....
n3 ni lebih kepada nak membebel kpd diri sendiri... (boleh gitu??)
kalau aku join segmen confirm followers aku bertambah. tapi tak kan aku nak mengharap segmen jer sedangkan pengisian blog aku cmne?? kekdg malu gak nak join segmen. segan nanti2 bila org singgah blog aku bukan ade ape bende yg menarik... komen2 dari rakan2 seblogger x lama dulu pun banyak yang lom aku perbaiki. ntah bilelah agaknye...
Keadaan masa yang amat2 terhad skg ni aku pun x tau nak wat cmne... bila blogwalking kat blog kengkawan terase rendahnya diri ni... (yang da sememangnye rendah.. )
tengok kengkawan kdg3 satu hari diorg punye n3 lebih dari 3 n3 terase jerk nk jadi mcm diorg.. tapi apa n3 cmne yg aku nk buat? org suka ke ngn n3 aku nanti?
ape2 pun aku akan berusaha mengatasi kelemahan aku ni.... sokongan dari kengkawan amatlah diperlukan.... :)

Friday, July 15, 2011

Lambaian Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum Warahmatullah.
MAAF DIATAS SEGALA KESILAPAN & TELAH LALU... (IKHLAS DARI SAYA)
Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Jadi tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah S.A.W. dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).
Berapa ramaikah daripada kalangan kita yang tidak tercapai hasratnya untuk merasai kemanisan dan kelazatan berada di bulan Ramadhan ini kerana telah dijemput menghadap Allah Taala terlebih dahulu? Berapa ramaikah yang masih mengharapkan tarbiah dan kelebihan dari Ramadhan untuk persiapan dirinya ketika mendapat Allah Taala akan tetapi ajalnya datang terlebih dahulu? Hakikatnya ialah kita dipilih oleh Allah Taala sekali lagi untuk mengecapi bulan Ramadhan ini. Oleh sebab itulah maka bersyukurlah di atas kesempatan yang telah diberikan oleh Allah Taala ini untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Semoga artikel ringkas yang saya sediakan ini dapat menjadi peringatan supaya kita tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah Taala pada Ramadhan kali ini. InsyaAllah.
ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN
Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).
Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).
ANTARA PERISTIWA PADA BULAN RAMADHAN (BULAN KEMENANGAN)
Peperangan Badar al-Kubra.
Pererangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.
Pembukaan Makkah.
Berlaku pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
Peperangan al-Qadisiyah.
Berlaku pada tahun 14 Hijrah.
Pembukaan Andalusia.
Berlaku pada tahun 92 Hijrah.
Peperangan Hittin.
Berlaku pada tahun 583 Hijrah.
Kekalahan Tentera Tartar.
Berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Kekalahan Israel.
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.
KEKUATAN RAMADHAN MENGHADAPI SYAITAN
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Syaitan merupakan musuh tradisi kepada anak Adam. Permusuhan ini bermula sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S. sehinggalah ke hari qiamat. Janganlah sesekali anak Adam tunduk mengabdikan diri kepada tuntutan syaitan yang akan terus-menerus menyesatkan manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
(Surah Yasin: ayat 60 dan 61).
Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan sedangjan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah: ayat 268).
Di antara peranan syaitan ke atas anak Adam ialah:
01. - Berusaha mengkufurkan orang mukmin.
02. - Bersifat gopoh.
03. - Mengikut hawa nafsu.
04. - Hasad dengki.
05. - Takabbur.
06. - Menghapuskan rasa takut dan ingatan manusia kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugikan.
(Surah al-Mujaadilah: ayat 19).
Di kesempatan Ramadhan kali sama-samalah kita menjauhi segala apa yang telah dilarang oleh Allah Taala dan mentaati segala apa yang diperintahkan olehNya. Semoga segala sifat-sifat dan ajakan syaitan tidak dapat menumbusi diri kita kerana syaitan telahpun dirantai sepanjang Ramadhan. Janganlah pula hawa nasfu diri turut menguasi diri tatkala mana syaitan tiada di sisi.
BEBERAPA PERINGATAN DAN NASIHAT SEPANJANG RAMADHAN
01. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah Taala.
02. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
03. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah Taala menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
04. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
05. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
06. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

Blogku belum popular



Assalamualaikum... aku belum popular lagi... sebenonye bukan la popular yg aku kejar... asalkan bleh tambah2 sahabat tu pun da cukup baik... aku suka bw... aku jarang tulis n3. agaknye tu sebab la x ramai yg singgah kat blog aku... utk kengkawang yg sudi singgah blog aku tu mekasih bebyk yer...

Thursday, July 14, 2011

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER



- Nama panggilan Blogger         : Hajar
- Tarikh mula berblog               : December 2010
- Rakan blogger terkini             : 77 org
- Target tambah rakan blogger : 300 org (boleh?)

hurmmm...

Assalamualaikum... lama dah x update kat sini... bz women la katakan... (cam poyo jerk) smlm konon2 nak join segmen ben tapi x menjadi lak sbb kebzan... lagi2 kalu da sampai umah tu tau2 jerlah. mana nak layan karenah anak... mane nak layan karenah bapak anak... (opsss..) mane la nak sempat. lagi2 anak aku tu da pandai nak merajuk kalau ummi  dia menyibukkan diri jer... baru nak bergerak sikit da bunyi ekk... kekdg nak wat ape2 pun terkejar2.. huhu...

tapi semalam buat pertama kali aku dah berani mandikan Iman. Iman pun ok jer dengan air. cuma agak takut gak la mase nak pegang tu. takut terlepas. licin kan... x berapa cekap lagi.

masa nilah baru terasa betapa susahnya masa mak aku jaga aku masa kecik dulu. da la adik beradik aku ramai. lagi macam2 karenah. aku?? baru satu pun aku da kelam kabut. dulu masa baru2 kawin konon2 nak anak ramai satu team bola sepak. sekarang? kalau dapat satu lagi darah daging aku pun dah seribu rahmat syukur Alhamdulillah..

Thursday, July 7, 2011

citer pasal Iman lagi...

Assalamualaikum... Sila jangan muak dgn blog aku ok.. sejak ade Iman ni mmg rase selalu nak citer pasal Iman. Smlm x hantar Iman kat mama pengasuh dia sbb tok dia ada. MIL aku mcm da sayang giler kat Iman sampaikan srh hubby aku tinggalkan Iman kat kg dgn dia. errr.. boleh gitu?? MIL aku tu umurnya pun da 60> x kan nak suruh jaga Iman lak kan. tapi bila dia da berpantun cmtu.. serba salah lak jadinya..

hari pertama MIL aku sampai tu, aku x masak apa2... aku mmg la da jarang2 masak. dgn adenya Iman lagi la dapur umah aku x berasap kecuali masak air jer.

aku : maaf le mak. arini x masak ape2. barang byk da habis. lagipun sejak ade Iman ni x sempat lak nk  
masak.
MIL : alah. kalu dia tidoq buleh je kalu nak masak.

aku senyap jer lah. malas nak kata apa2. takut kang kalu aku bersuara bleh menyakitkan hati lak... maklumlah mulut aku ni kdg2 lupa nk renew insurans. cakap ikut sesedap rase x kira sesiapa.

smlm pagi aku watkan b/f kat MIL aku sbb katanya dia teringin nak mkn nasi goreng. petang smlm aku balik keje MIL aku x masak ape2 (bukanla bermaksud aku srh MIL masak utk aku suami isteri tapi biasenya utk tghari dia akan masak utk dirinya).

aku : tghari td mak x masak mkn ape?
MIL : Nasi goreng yg hang buat pagi tadi la.
aku : aik nasi tu bukan byk mana pun. boleh thn smpi tghari?
MIL : hurm.. buleh2 kan gak lah... x harap nak biar Iman dok kat luaq sorang. takut jadi apa2.. tadi mak mandi pun buka pintu. intai dia kejap2. risau lak. solat tadi pun letak dia kat sebelah.
aku : sengih (dlm hati. tau x pe)
MIL : habaq kat abg hang srh balik waktu mak nk solat pun dia x balik. x harap sungguh kalau dia x tidoq.
aku : ketawa
MIL : kelmarin kata kat hang. la ni da menjangkit kat mak plk.
hahaha makin besar ketawa aku.

hampir 9 tahun berumah tangga baru kali ni rumah aku riuh ngan suara baby, mestilah menterujakan semua org. jiran2 pun berebut nak tgk baby. opah dpn umah aku tu pun sanggup pagi2 terpacak kat dpn umah aku nak mandikan Iman katanya. heheh ape2 jer lah... bertuahnya Iman yg jadi kesayangan semua org...

nanti ada masa aku upload video Iman. umur baru 13 hari dah pandai pegang botol susu sendiri.... cayalah my hero!!

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Santai Bersama BEN ASHAARI

Salam.. nak join gak... ngeeee..... sila lah komen blog aku yg x seberapa ni... blog aku ni mmg simple giler. jauh terkebawah kalau nak di bandingkan dgn blog abg2, kakak2 & adik2 yg lain mmg x terbanding.... jadiii.... kalau ade sesapa yg komen & nak suruh aku make up blog aku ni sila ajarkan aku step by step yer... biasela dik akak ni lembab sikit pasal bab2 cmni (mengaku dengan muka x malunye.. heheh) x kisahla kalau korang nk tglkan komen yg pedas ker masam ker masin ker pahit hatta payau sekalipun aku terima jer.... aku akan anggap sume komen itu komen yg membina.. boleh gitu?? err.. kira boleh lah... :B

buah pelam besar ni utk sukasuki.... heheh


Assalamualaikum... N3 ni utk sukasuki jer... sbb adik ni da tlg bg tutor cmne nk wat kotak komen... sebenonye senang jer tapi dah akk ni malas nak mentelaah.... wat2 x tau jer lah...hehehe.. tq byk2 kat sukasuki.... :)

Wednesday, July 6, 2011

JOM KOMEN ENTRY SAYA ...



Assalamualaikum... Dah agak lama x join segmen.. sblm ni ade gak join segmen En. BA. tapi semenjak jadi antara manusia yang paling busy kat dunia nie... berenti la jap. hehehe.. kawan2 jom lah jengah blog & komen ape2 yg patut... walaupun blog saya x cantik & simple sgt2... jenguk2 lah ye... lagi nak cakap ape yer?? ermmm..... tu jer kottt??

tentang iman... (^_^)

Assalamualaikum... Harini aku nak citer pasl anakku Iman... harini ni dah 12 hari Iman lahir. tapi MIL aku kata Iman ni da mcm baby yg da lps pantang lak. dia punya mengeliat... aktif sungguh.. Alhamdulillah.. semoga Iman terus aktif dan sihat. Iman dah pandai senyum, dah pandai merajuk & mcm da faham apa yg orang cakap kat dia. kalau dia dengar suara ayah dia merengek2 la dia. tapi bila ayah dia angkat senyap. tersenyum2. geram sangat kat dia. hurmmm... anak manja ayah la tu.
buat masa ni tinggal kat rumah pengasuh pun x de masalah. semalam tinggal kat umah pengasuh 1/2 hari jer sbb MIL aku bosan dok sorg2 kat umah. MIL aku kata seblm2 ni Si Awang kecik tu x de dia x kisah pun dok umah sorg2 bila aku & hubby g keje. tapi bila anak aku da ada ni rase sunyi lain mcm lak katanya. Oh ya. pusat Iman da tanggal pada hari ke tujuh. lega rasenya. sebelum pusat dia tanggal tu aku mcm takut2 jer nak pegang. tapi skg aku dah berani. badan Iman pun da agak keras sikit tu yg buatkan aku makin berani tu. ermmm... sayangnyeeeeee dgn Iman.... mudah-mudahan dalam mase terdekat ni Iman bleh ade adik. andai ada izinNYA aku bersusah payah sedikit pun x per lah. semoga dgn adanya Iman akan bertambah bahagialah rumah tangga aku suami isteri.... aminnn...

Tuesday, July 5, 2011

gigi palsu??? adooooiiii!!!

gmbr ehsan google

Assalamualaikum.... adoiiiii!!! sakitnyeeee gigi aku. dugaan betol la... sabar jer lah... petang ni aku x kira aku mesti g cabut gigi aku nih. dah la gigi geraham bawah aku yg belah kiri tu tinggal satu jer... pasni pakai gigi palsu le jwbnye.. huhu..
gigi depan da la jarang2... nyesal lak dulu awal2 aku x wat gigi palsu. kalau x kan gigi aku x jarang2 & jadi bahan gurauan adik2 & kawan2..
aku rase mcm nk wat rawatan akar jer tapi mahal giler la pulak... lagipun ofismate aku ni wat rawatan akar pun gigi masih sakit gak..
bile gigi da sakit ni nak makan ape pun x bleh.. makanan yg sdp2 nmpk biase2 jer pada aku...
kakak aku kirimkan kerepek sukun dari kampung pu aku tgk jer... huhu.. kalau gigi aku ok da lama kepek sukun tu khatam... hehe